Followers

Jun 30, 2009

Futsal Team...~


huuuu...huu..penat bermain, kite bergambar la plak, peluh2 memasing, berkilat je muke sume2, tapi kowang tetap menten cun n hensem, hehehe...

Dapat Map Dah ~ Heeeeee...

carpet merah ni bakal kujejaki...hehehe..hohoho...berangan jerk aku...

Akhirnya aku dapat ape yang aku nak n risau kan tentang pelan tempat majlis aku nnt. hehehee....setel 1 bab... Pentas ni bakal saksi persandingan ku nnt...eceh! heeeeee

Kenduri Kawen lagik...~

Kali ni kami je bergambar, taknak la amik gambar pengantin, hehehee...di Dwan MFI, Bangi...besar dewan nih...huhuuu...dan hiasan dewan dia pun, hurm, not bad, leh tahan la, mesti $$$$$$ kan..........Tahniah buat Puan Sarah n Yazan, moga kowang bahagia ke akhir hayat....pas ni turn aku lak yea, hohoho...

Alahai Si Ikan Kerapu...~

Ikan Kerapu sebesar lengan ayah ni dipancing oleh adik ku, Angah di Rompin, Pahang,
wahhhhh...makan besar kite...huhuu...wat stim tomyam pun sodap!

Jun 24, 2009

Meow Meow Si Kucing~


"abg ckp kucing ni comel...." ye ke comel? aa'ah...comellll...ade bulu ujung tinge dia, nampak tak? tu yg buat saya makin cumel, heee....

saya suke makan kulit udang, tak nak dah makan tulang ikan, tak sedap, heeeee

penah jumpe saya tak? hahahaa...alahai....nak jumpe lagi yea

ARRGHH! Jadi Lagik~ GRRRR!!!

jumper jgn tak jumper, bile tak leh start, kene la wat cenne, mak ayah, thanks, aku masam kt tepi jalan.........huks, hai la kete, jgn main ini mcm loooo....
Kereta kotak comel ini telah brokedown di stesen minyak lepas isi minyak enjin tak mo start, check bateri ok! tip top! sib baik ade jumper, terpaksa call mak ayah,
berpeluh jugak aku kat situ, senja lak tu, sabar je la....

Jun 23, 2009

Alahai Nasib Mu Si Kodok


[6/22/2009 2:51:07 PM] rienduan: HEHEH
[6/22/2009 2:51:22 PM] rienduan: cute x kodok tu...yg dlm gmbo tu?
[6/22/2009 2:53:05 PM] ~eMMi~: tak clear...
[6/22/2009 2:53:10 PM] ~eMMi~: kodok?
[6/22/2009 2:53:23 PM] ~eMMi~: tak mcm kodok la rien...
[6/22/2009 2:53:23 PM] rienduan: ha ah...
[6/22/2009 2:53:39 PM] rienduan: tp lupe arr..gmbo kt situ kecik..
[6/22/2009 2:54:02 PM] rienduan: ala..sbb kecik...
[6/22/2009 2:54:10 PM] rienduan: n kodok tu pon kecik..
[6/22/2009 2:54:25 PM] rienduan: kodok tu merana kena tinggal pakwe..
[6/22/2009 2:54:46 PM] rienduan: sbb sblm tu dia b'psgn..
[6/22/2009 2:54:49 PM] rienduan: hehe..

[6/22/2009 2:59:04 PM] ~eMMi~: mane tau hati kodok betina nih, hehehee
[6/22/2009 2:59:26 PM] rienduan: tau arr...
[6/22/2009 2:59:59 PM] rienduan: sbb ms nak fokus lense kamera tu...x m'jadi jek..
[6/22/2009 3:00:24 PM] rienduan: pastu tetiba sekor drpdnya mcm dah menyampah...sbb kena skodeng

[6/22/2009 3:00:38 PM] rienduan: dia trus blah..m'hilang ntah kmana
[6/22/2009 3:02:05 PM] rienduan: heheh

Jun 22, 2009

Hari Ini, Semalam dan Kelmarin~

Pagi ini cuaca amat elok sekali, bangun pun senang, awal je... sebelum mandi aku terus ke dapur, tgk ape yg ade utk dibawa bekal ke opis, hehhehe...
"mak tempoyak ade tak? saja mengejut kan mak yg sedang lena diulit dingin pagi....
eh, mcm wat cerpen lak, sape tak sayang anak n bakal menantu, hehehehe....



dipendekkan cerita, meneropong la aku di jendela dari bilikku ini, lihat....aku rasa tenang melihat kesesakkan di jalan raya dari atas bangunan ku, hehehehe,
dlm hati berkata," lega kala sampai opis awal pagi, tak la berhimpit sesak mcm tu..."
tersenyum........

Semalam, baliknya dari Slim River, mak yg pandu kereta, tgk la meter tu,
nak amik gambar pun gegar, ye la, kualiti camera pun kureng kan, hahaha!
selalu ingatkan mak, "mak, i ni darah manis tau..." mak gelak je....



Kelmarin maksud aku adalah har Jumaat, aku menemani officemate aku jogging di taman botani, aku leka melihat aksi seekor tupai yg sggt la lucu n licah, lihat, dimanakah si tupai itu? hehehehe...



Jun 19, 2009

Kata-Kata Hikmah~


Membalas sikap buruk lawan dengan budi yang baik
adalah budi paling tinggi

- Hamka

Jun 18, 2009

Aktiviti Semalam~

Antara yang menarik semalam.......








Setelah puas berpeluh....




Tak Dapek Den....



cantik kan????
cantik laaa.....
suke color dia
nampak grand gitu
tapi...........
tak dapek do nak pakai
coz, dah tempah dah....
suprise........!!!
:)

Jun 17, 2009

Masih Cinta~

Tik tik tik waktu berdetik
Tak mungkin bisa kuhentikan
Maumu jadi mauku
Pahit pun itu ku tersenyum

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu

Tik tik tik air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mauku tak penting lagi
Biar kubuat bahagiamu

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta

Kamu tak tahu hancurnya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta

p.s.: Kau tetap dan masih ku Cinta~

Jun 16, 2009

i-CHARGE ~ Sayangkah Anda dgn Kereta Anda?




Kepentingan voltan elektrik terhadap kereta


Tahukah anda betapa pentingnya kuasa voltan terhadap pergerakan dan jangka hayat sebuah kereta? Kebanyakan masalah kereta yang timbul adalah berkaitan dengan bekalan kuasa voltan yang tidak stabil, sehingga ia berubah menjadi masalah yang serius. Biasanya, pemilik kereta selalu meminta bantuan mekanik apabila kereta bermasalah. Namun, mereka gagal menemui sebab utama dan jalan keluar untuk menangani masalah tersebut. Apa yang menyedihkan, pemilik kereta pula terpaksa berkompromi atas masalah tersebut. Cuba anda fikirkan, “mencegah lebih baik daripada merawati”, jadi, kita berbelanja demi menjaga kesihatan badan, begitu juga dengan kereta kesayangan kita. Berbelanja kecil dalam penjagaan kereta terdahulu bagai suatu pelaburan yang mendatangkan hasil pulangan yang berbaloi kepada anda kelak.

Sistem litar elektrik dan penggunaan petrol kereta juga berhubung kait sesama lain. Jika sistem litar elektrik itu usang, ia bukan saja semakin menghaus petrol kereta, penekan petrol bermasalah, kadar penghidupan enjin rendah, malah penukaran gear kereta juga tidak lancar. Kesemua masalah ini mungkin akan berlaku sebab satu kecacatan kecil yang timbul dalam sistem litar elektrik kereta. Jadi, untuk mencapai tahap penggunaan kuasa voltan kereta yang optimum, anda perlukan satu sistem litar elektrik yang sempurna dan stabil. Kini, kemunculan i-CHARGE, produk elektronik Jepun yang terbaru dan dihakpatenkan ini berupaya untuk membaiki kestabilan sistem litar elektrik kereta menerusi Pemantap Voltan. Sebaik sahaja i-CHARGE digunakan, kereta anda akan dikawal sempurna kerana ia berupaya mengatasi semua masalah kecil yang disebabkan oleh kuasa voltan yang tidak stabil. Satu lagi kelebihannya, cara pemasangan i-CHARGE ini amat mudah. Ia akan beroperasi apabila anda menyambungkannya kepada suis pencucuh, tanpa memasang sebarang alat-alat kelengkapan pada tangki petrol yang mungkin merosakkan kereta anda.

Ciri-Ciri Khas i-CHARGE

Pemantap Voltan i-CHARGE merangkumi 3 sistem, yakni :

• Sistem Pemantap Voltan
• Sistem Doktor Bateri
• Sistem Pengurangan Gangguan

Petunjuk Lampu LED bagi Sistem Doktor Bateri i-CHARGE adalah seperti berikut :

Fungsi dan Keberkesanan i-CHARGE

• Menjimatkan petrol secara berkesan
• Menstabilkan gerak balas RPM
• Meningkatkan tork enjin (engine torque)
• Meningkatkan kuasa motor enjin kereta
• Mengoptimumkan fungsi alat-alat kelengkapan elektronik dalam kereta

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
• Jangan buka atau ubahsuai produk demi mengelakkan sebarang kerosakan atau kecederaan.
• Produk ini hanya direka bentuk untuk kereta yang berkuasa voltan 12V saja.
• Jangan mencabut atau mengalihkan produk daripada suis pencucuh semasa kereta dipandu.
• Semasa i-CHARGE digunakan, pastikan setiap palamnya dimasukkan ke dalam soket dengan selamat.
• Jika soket suis pencucuh terlonggar, ketatkan setiap mata soket sebelum ia dipasang.
• Kesan penjimatan petrol adalah berbeza-beza mengikut cara memandu, iklim, keadaan jalan raya dan jenis kereta masing-masing.

Kelebihan-kelebihan produk

• Meningkatkan gerak balas penekan petrol dan kuasa motor enjin.
• Mengurangkan kadar kesilapan CPU kereta, meningkatkan kecekapan peralatan elektronik kereta.
• Melancarkan proses penukaran gear kereta
• Membaiki dan memecutkan gerak balas motor enjin supaya lebih menjimatkan petrol.
• Memaksimumkan kecekapan penghidupan enjin supaya berjalan lebih lancar.
• Memanjangkan jangka hayat sistem litar elektrik dan alat-alat elektronik kereta.
• Cara pemasangan yang mudah dan selamat digunakan. Satu pilihan DIY yang pertama bagi pemandu wanita
• Sesuai untuk semua jenis kereta dan motosikal.
• Mengurangkan gangguan bunyi bising menerusi penapis gangguan bunyi, supaya menyediakan sistem bunyi yang lebih berkesan.
• Dilengkapi dengan 2 Pelindung Fius untuk perlindungan yang lebih baik dan selamat digunakan.
• Meningkatkan gerak balas RPM dengan kadar pecutan yang tinggi walaupun alat penyaman udara kereta dipasang pada tahap
maksimum ketika cuaca panas.
• Mengurangkan kadar pembebasan gas-gas karbon monoksida (CO) dan hidrokarbon (HC) ke udara.
• 12 bulan waranti produk.

Laporan Ujian
Jadual Perbandingan Ujian Tork Enjin (Engine Torque) : Jadual Perbandingan Pembebasan gas-gas karbon monoksida(CO) dan hidrokarbon (HC).

Panduan praktikal daripada Pakar Penjimat Petrol

Bersama-sama kita jimatkan petrol demi memulihara alam sekitar!
Berikutan daripada harga minyak antarabangsa yang melambung naik, harga minyak tempatan turut meningkat dengan mendadak, secara tidak langsung telah mengakibatkan kenaikan harga barangan. Keadaan ini memberi impak yang besar kepada orang ramai, khususnya mereka yang membawa kereta, apatah lagi gaji pula kekal sama. Anda disarankan mempraktikkan cara-cara menjimatkan petrol seperti berikut demi menyelamatkan diri kita dan memulihara alam sekitar.

Semasa hidupkan enjin

• Elakkan menekan minyak dengan kuat, tambahkan kelajuan secara perlahan-lahan
Berbanding menambahkan kelajuan secara perlahan-lahan, menekan minyak dengan kuat akan menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 2 hingga 3 kali ganda. Tabiat pemandu yang kasar, contohnya menekan minyak dengan kuat atau tiba-tiba menekan brek, boleh menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 30%. Jadi, pandulah dengan cermat untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar dan menyenangkan sepanjang hari.

Memandu sambil memanaskan kereta
Kebanyakan kereta pada masa sekarang tidak lagi menggunakan karburetor, jadi enjin kereta tidak perlu dipanaskan sebelum berjalan. Tarikkan injap sambil membawa kereta dapat memanaskan enjin secara perlahan-lahan. Pandulah kereta dengan kelajuan yang biasa sambil memanaskan kereta anda. Selepas 1 – 2 km, enjin kereta anda akan mencapai suhu yang sesuai.

Semasa isikan minyak
Jangan bertindak keterlaluan
Apabila pam minyak berhenti secara automatik, bermakna tangki minyak telah penuh dan harus alihkan muncung bagi mengelakkan lebihan pengisian. Keadaan ini samalah seperti anda dipaksa makan bila perut sudah kenyang. Minyak berlebihan akan menumpah keluar jika kereta anda berjalan di atas jalan raya yang tidak rata. Keadaan ini bukan sahaja membazirkan, malah tidak mesra alam.

Dalam perjalanan
Kekalkan jarak yang selamat dan elakkan menekan brek secara mengejut
Kelajuan kereta akan berkurangan atau berhenti jika brek ditekan, jadi enjin perlukan petrol yang lebih untuk menggerakkan semula kereta daripada gear rendah atau daripada keadaan statik.

Elakkan memecut!
Semasa di lebuh raya, anda barangkali akan menambahkan kelajuan tanpa disedari sambil menikmati keseronokan memecut yang tak terpada. Memecut bukan sahaja akan meningkatkan penggunaan petrol, malah juga akan meningkatkan risiko ditimpa kemalangan jalan raya.

Perintang
Ramai yang suka pasangkan bendera kecil atau aksesori dan kelengkapan lain pada bumbung kereta. Benda-benda seperti itu sebenarnya merupakan perintang yang akan membebankan kereta anda dan memperlambatkan kelajuan kereta anda, seterusnya menambahkan penggunaan petrol.

Elakkan kerap menekan brek
Asyik merehatkan kaki kanan anda pada brek dan menekan brek bukan sahaja menambahkan penggunaan perol, bahkan juga akan memendekkan hayat brek kereta. Keadaan ini juga akan membahayakan pemandu yang mengikut di belakang kereta anda.

Tayar lebar dan rendah lebih stabil tetapi lebih tinggi penggunaan petrol
Sesetengah pemandu suka menukar tayar lebar dan rendah yang lebih luas permukaannya demi menikmati pemanduan yang lebih stabil semasa memecut. Oleh kerana permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan adalah lebih luas dan menyebabkan geseran yang lebih kuat, jadi ia perlukan kuasa enjin yang lebih. Keadaan ini akan meningkatkan penggunaan petrol, khususnya bermula daripada keadaan statik.

Pengetahuan Am
Letakkan kereta di tempat berteduh
Elakkan daripada meletakkan kereta di tempat tidak berteduh. Suhu dalam kereta akan naik jika kereta terdedah di bawah bahangan matahari dalam tempoh masa yang panjang. Apabila kereta dibawa, sistem penghawa dingin mengambil masa yang lebih panjang untuk menyejukkan keadaan dalam kereta, akibatnya penggunaan petrol turut bertambah.

Jangan melengahkan penyenggaraan berkala

Penyenggaraan adalah wajar bagi setiap 5,000 atau 10,000 km, untuk memeriksa penapis minyak, bendalir, angin, bateri, penyambung CV dan sebagainya bagi membolehkan kereta anda berkeadaan optimum dan lebih menjimatkan petrol. Tekanan tayar juga mesti diperiksa supaya berkeadaan normal. Tekanan angin yang sesuai dapat menambahkan 3.3% jarak yang dijalani. Kekurangan tekanan tayar menghabiskan petrol yang banyak iaitu penggunaan petrol akan bertambah 0.4 sen bagi setiap pengurangan 1 paun tekanan angin. Lebih teruk lagi tayar mungkin akan pancit kerana terlampau panas. Jadi pemeriksaan tekanan tayar dengan kerap bukan sahaja menjimatkan wang, malah juga dapat melindungi keselamatan anda. Tayar akan menggoncang jika tekanan tayar terlampau tinggi, ia juga akan mengakibatkan pancit dan membahayakan.

Bersihkan plag pencucuh
Karbon mungkin terkumpul pada bahagian enjin dan di sekeliling plag pencucuh jika kereta anda selalu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Penimbunan karbon ini akan melemahkan proses pembakaran dan menghabiskan petrol yang lebih banyak. Jadi, plag pencucuh yang bersih boleh membantu pembakaran yang sempurna dan menjimatkan petrol.

Kurangkan alat elektrik
Tenaga elektrik dalam kereta dihasilkan oleh generator. Semua alat elektrik dalam kereta seperti penghawa dingin, lampu, sistem penggera, stroboskop dan sebagainya, hanya akan membebankan generator. Semakin banyak tenaga elektrik diperlukan, generator perlu mengeluarkan tekanan yang lebih pada timing belt untuk menghasilkan lebih banyak tenaga elektrik. Keadaan ini sudah pasti akan menambahkan penggunaan petrol.

Kurangkan bebanan
Ramai pemandu jarang mengemaskan dan membersihkan benda-benda yang tertimbun dalam keretanya, kadang-kala mencapai 40-50kg! Lebihan berat ini bersamaan dengan membawa lebih seorang penumpang, penggunaan petrol juga akan bertambah 1-2%.

• Pengubahsuaian sembarangan membazirkan petrol dan wang

Sesetengah kedai pengubahsuaian kenderaan akan menasihatkan pemilik kereta supaya menukarkan konverter katalisator. Pada halnya, pengubahsuaian sebegini hanya akan menekan ekzos lalu membebaskan lebih banyak tenaga dan menghabiskan petrol yang lebih.

untuk keterangan lanjut layari laman web http://www.zeromax.biz atau hubungi Adnan 012-2376434

Jun 15, 2009

Muhasabah Diri ~ BULAN REJAB


Pada 24 Jun 2009 (Rabu)
kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."


p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara
1. Waktu Muda sblm Tua
2. Waktu Sihat sblm Sakit
3. Waktu Lapang sblm Sibuk
4. Waktu Kaya sblm Miskin
5. Waktu Hidup sblm Mati
Insyaallah..mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.

Jun 12, 2009

Tazkirah Jumaat~

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." –
Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." –
Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." –
Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." –
Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengankekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." –
Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" –
Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." –
Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." –
Surah Al-Baqarah ayat 286

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." –
Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Jun 11, 2009

Warna Alam dari Pagi - Malam~

Warna Alam dari Pagi - Malam
12tgh malam 1am = Putih (NW1, NW 2)

1am 2am = Merah Jambu (NW3)

2am 4am = Ultra Ungu(UV) (NW4)

4am 6am = Ungu kebiruan(Indigo)
(NW5, NW6, NW7, NW8)

Dari 6am 7am = Biru (NW9)

Dari 7am 7.30am =
Infra Merah/Merah/Oren/Kuning
(NW12, NW13, NW14, NW15, NW16, NW17, NW18, NW19, NW20)

7.30am 11am = Hijau (NW10, NW11)

11am 3pm = Kuning
(NW12, NW13, NW14, NW15)

3pm 5pm = Oren (NW16, NW17)

5pm 7pm = Merah (NW18, NW19)

7pm 7.30pm =
Infra Merah/Merah/Oren/Kuning
(NW12, NW13, NW14, NW15, NW16, NW17, NW18, NW19, NW20)

8pm 12tgh mlm = Kegelapan
(NW5, NW6, NW7, NW8) ...................

Psychology

Green = Supports balance, Harmony, Love, Communication, Social, Nature, Acceptance

Blue-Indigo = Increases Calmness, Peace, Love, Honesty, Kindness, Truth, Inner Peace, Emotional Depth, Devotion.

Violet stimulates Intuition, Imagination, Universal Flow, Meditation, Artistic Qualities

Red = increases Phisical Energy, Vitality, Stamina, Grounding, Spontaneity, Stablity, Passion

Orange = stimulates Creativity, Productivity, Pleasure, Optimism, Enthusiasm, Emotional Expression

Yellow = increases fun, Humor, Lightness, Personal Power, Intellect, Logic, Creativity

untuk info selanjutnya sila taipkan Colour Vibration Therapy

Jun 8, 2009

Saje Je Penuhkan Blog~




Pada 5hb Jun yg sudah iaitu Jumaat, aku dengan sowg ofismate aku telah meluangkan masa berjogging di Taman Botani, Putrajaya, Petang itu jam hampir ke angka 6 petang, suasana di taman sungguh la nyaman, cuaca baik, amat tenang sekali utk beriadah, org pun tak ramai, mmg sesuai la kehadiran kami waktu itu,

antara gambar2 pose kami berdua wuhuuuu...peluh2 renek keluar, menampakan wajah kami yg ceria kepenatan, hehehee...

6hb Jun, aku my mum n my aunt ke Kuala Kangsar, sori takde gambar kenduri perkahwinan di attach di sini, warna purple menjadi tema utama pekawinan dowang, cunn n sweet sgt....

7hb Jun, sekali lagi kenduri di Behrang, Perak....wow! musim cuti skolah n musim org kawen, sonoknye.................

Jun 5, 2009

Congrat to My Dear Buddy Fiza~



Semalam aku sedih, aku teringat seseorang, hati ni berkata2 tentu ade sumthing yg berlaku n yg membahagiakan dia berlaku, tekaan ku tepat sekali, mmg itu yg kujangkakan dari dulu....Tahniah...tangisan gembira menitis jua....Semoga Jodoh kalian kekal abadi...

Semalam jua, aku terima berita gembira dari seorang kawan yg kukira baik dgn ku, Sharfiza Sulong, yg bakal bergelar tunangan org, esok, 6 Jun 2009 , mmg ku terkejut trima sms dari dia,
mmg tak sangka, bercinta dgn org lain, bertunang lak dgn org lain, org Pahang lak tu, amboi, mmg aku tumpang kegembiraan kamu fiza...hopefully kite sama-sama timang anak, Insyallah....sama sama panjatkan syukur ke hadrat Ilahi...........