Followers

Aug 9, 2010

Menanti Kehadiran RAMADHAN AL ~ MUBARAK


ALHAMDULILLAH~ Jika kita dipanjangkan umur, kita akan menemui Ramadhan lagi iaitu pada hari Rabu ini 11 Ogos 2010. Sempena Ramadhan yang akan menjelang ini, saya dan famili ingin meminta maaf zahir dan batin jika ada entri-entri di blog ini yang pernah menyinggung perasaan anda. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan2 blog dan mengenali saya.

Marilah kita sama-sama berazam/bertekad untuk meningkatkan amalan kita pada bulan Ramadhan tahun 2010 ini, semoga semakin bertambah baik dari Ramadhan kita pada tahun-tahun lepas. Mungkin ini adalah Ramadhan terakhir kita..

Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (solat Tarawih, tadarus Al Quran dll)


Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu 5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8 ) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan : – Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. – juga doa pada sepertiga malam.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan (Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Perasaan tidak sabar untuk menanti Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8 ) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu 12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV dan melayari internet yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri di siang hari
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat awal waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah
47) Solat Witir

(artikel ini saya dapat dari emel yg dihantar oleh seorang rakan...mohon keizinan utk tempek di blog saya...maaf andai ada salah silap)

Aku Bz Ari NiH~ BuZZ!!


AWAS ya kamu sume!
blog2 yg ada dlm list aku
akan diterjah
dan dikomen!
hahahaa...
takde entry menarik hari ni
SO, harus lah aku terjah blog kowang
dan bersediah


AKU DATANG BUAT KOMEN2 PANASS!!!BOOM kan blog kowang!!!!

Itulah yg ku BZ kan ari ini...my duty today!!bos takde!!!
yeayyy~
hahahahaa....yahooo...~

Aug 7, 2010

Aku dan Lirik Lagu Ini~Besttt...

Hye! Me kat opis ari ni...huhu..teman my mrHuB ade keje..byk tau keje dia...huhuu...
Me pun banyak keje okeyy...keje ngadap belog, hahaha...
sambil dgr lagu ini...


Adakah mungkin ikan… Lemas di air
Adakah mungkin orang… Lemas dek udara
Segala yang terlampau, membawa bahaya
Serupa jua cinta… pun membunuh

Telah kulihat, kuamat, kukenali sangat
Cinta berubah… dan evolusinya
Dari asmara jadi rumah tangga
Seperti mama dan papa

Chorus:
Mama jangan lupa Papa sangat sayang Mama
Walau terlalu lama Papa bersama Mama
Papa jangan lupa Mama sangat sayang Papa
Walau selalu Mama marah marahkan Papa
…Mama sayangi Papa

Mungkin terlalu manis… Menjadi racun
Mungkin terlalu pahit… Pun menjadi kacau
Hidup perlukan drama, barulah berwarna
Kembalikan yang suam… balik hangat

Telah kulihat, kuamat, kukenali sangat
Cinta berubah… dan evolusinya
Dari asmara jadi rumah tangga
Seperti mama dan papa

Mama jangan lupa Papa sangat sayang Mama
Walau terlalu lama Papa bersama Mama
Papa jangan lupa Mama sangat sayang Papa
Walau selalu Mama marah marahkan Papa

Seringkali alam kenyataan… Pelik dari alam khayalan
Seringkali mudah tak hiraukan… Dari mencapai sebuah pengertian

p.s.: kowang tau kan ni lagu Ning Baizura, sape ade lagu dia, pls 4ward kat Me...hihi

Aug 6, 2010

Mau Citer Pasal SEMALAM~

SEMALAM...pas keje, byk tempat aku pegi, byr kereta la, teman mrHuB gi byr kereta kat AMBank Alamanda la, masuk Carefour la, gi Dinner Taman Warisan la..rasa mcm byk sgt makan SEMALAM, yg SEMALAM punya pun tak 'keluar' lagi...hai...masalah betul!

SEMALAM...dengan Satenye, dengan Nasi Goreng Kampung nye, sampai umah lak, dgn Pulasannya, dengan Duriannye, haii..musim buah la katakan, sonok kenyang perot suka hati...

SEMALAM...kalo dihitung dari hari ini, lagi 5 hari je kita akan berpuasa di Bulan Ramadhan...harus lah makan mcm2 kan...

SEMALAM... tak jadi lak nak beli beras kat Carefour

Maybe, HARI INI kot dapat selesai kan ape yg difikirkan dlm kepala ni.

~Sekian~

Aug 5, 2010

Problem satu jadi dua?~


TADI...aku ke Putrajaya utk selesaikan masalah Blackberry (BB) bos aku dgn Pegawai IT, kononnya nak minta tolong pegawai tu kot2 la boleh check BB dia...belum pun selesai masalah, dah tambah masalah, PASSWORD BB tak lepas masuk, sampai 5 kali cuba tak lepas2, call lak CELCOM, suh dtg check kat booth BB dowang..sesilap, leh kembali jadi 'HP baru', katanya org CELOM lost sume dlm BB tu, uwaaa...!!! kan tambah masalah tu...kalo pakai HP canggih2 nih tak tau gune bukan ke nyusah kan diri sendiri/org lain...dah brape kali dah henset kat tgn dia problem...nasib la mood boss aku okey...ayat baikk punye kasi kat boss...ayat nak selamat diri...kowang pun tau kan...pheww~

"Anniversary Contest by MaslinaMansor"

Apa yang perlu korang buat...?

->Copy image kat atas tue dan buat tajuk seperti diatas.

Happy Anniversary



-> Uploadkan gambar korang dan pasangan korang. Yang dah kahwin, gambar isteri/suami. Yang bercouple. Girlfriend/boyfriend. Yang takdak pasangan, guna gambar parents korang... (Kalau boleh tue, yang dah kahwin dan bercouple, jangan la pertaruhkan gambar parent yer... :)



->Ceritakan pasal pasangan korang/ parent.
Mr.HuB seorang yang nakal, suke bergurau, ketawa, kenkadang masyam, ikut la mood datang bulan dia, kenkadang sweet kuat ngusik sakat...pendek kata dia ni just perfect! lucky had him as my Husband...chewah!

->Hadiah yang pernah diberi kepada pasangan. Manakala parent- tanyalah mak abah korang hadiah apa yang pernah diberi kepada pasangannya.
Asal dia Hepi, Senang Hati, Tersenyum Lebar sudah...

->Ayat paling " Jiwang Karat " korang pernah luahkan pada pasangan. Kalau mak ayah korang, korang tanyalah apa yang diluahkan pada pasangannya. (Ayat "I LOVE YOU " tak dikira, dah biasa sangat)
B, walaupun kite sering gado2 manje, marah2 sayang, mE akan sentiasa menyintai B sampai bila2..

->Aku nak bagi hadiah kat hubby, cadangkan 3 hadiah apa yang sesuai...( Jangan murah sangat )
1) Kemeja utk ke Pejabat yg branded!
2) Sport Rim Kereta...wah!
3) Ajak Candle Lite Dinner di Hotel (maybe..)

->Tinggalkan URL entry korang disini

Tempohnya...?

Bermula 16 Julai 2010 - 9 Ogos 2010.

Masih belum terlambat untuk kowang join Contest by Maslina Mansor ni...hadiah menarik menanti anda, saya dah join contest ni anda pula bagaimana??cepat2, jgn ketinggalan!

Aug 4, 2010

Hadiah Untuk Pengantin Lama~


TERKEJUT aku dengan hadiah kawen yg dikirimkan oleh seorang sahabat lama ku, mmg aku tau dia mahu kirimkan hadiah kawen ku yg sepatotnya disampaikan pada majlis kawen ku, tapi setelah hampir setahun baru aku terima hadiah dia, nama dia Miza, skrg dia stay kat Seremban, atas sebab masalah kesihatan, beliau tidak dpt hadir majlis aku, lantas hadiah dikirimkan, mungkin itulah cara dia untuk menggantikan ketidakhadiran dia pada waktu itu...Terima kasih sahabat ku Miza! Sayang sgt persahabatan ini harapnya berkekalan.

Makan Malam Free yang sedap!


WELCOMING DINNER WITH CHANCELLOR, UKM, HOTEL EQUATORIAL BANGI, DYMM YG DIPERTUAN BESAR NEG SEMBILAN, TUANKU MUHRIZ
Venue: Equatorial Hotel, Bangi
Date: 2nd August 2010 (Monday)
Code Dress: Batik
Anjuran: Pusat Sukan, UKM

Aug 2, 2010

Putrajaya -> Sentul -> Melaka wif LoVe~

SALAM all my love blogger fwen,

hope sume Okey, sihat2 belaka hendaknya...
mE tak mo citer panjang2
Juz wanna share my prog last weekend...check it out!wekewekeweke (bunyik piring hitam)

Berhampiran dan tidak jauh dengan Pantai Puteri tersergamlah Eye On Malaysia yg terbengkalai tak tau bile akan beroperasi...
mr Hub,abg ngah (berkaca mata..machoo...hihi)
tak lupa juga pasangan yg masih hunnybunnymoon...

Lagi pix yg menarik narik:

Gambar Dinner Ikan bakar di Crystal Bay dan Pantai Puteri bley tengok org ramai main layang2 kat situ...syok utk lepak dari yg couple hingga la keluarga...

Since aku kawen, aku tak penah gi umah abg ipar aku nih...nilah 1st time mr HuB ade masa nak bwk aku gi jalan2...hahahha...tq k.ngah n anak2nya coz mengalu2kan kedatangan kami...
muahs!