Followers

Aug 24, 2011

Kad Hari Raya Online dan

Terima kasih saya ucapkan kepada Ieyla.com dan Uncle Al-Lavendari dan Ieyla

Terima kasih kerana ingat kepada akan saya di sini...

walaupun kite bersua di alam maya, tapi InsyaAllah hubungan ini kekal selamanya....



Tak sabar saya nak balas pada Uncel n Ieyla...maafla, saya anta guna online je boleh kan....

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Daripada: eMMe dan keluarga

Aug 23, 2011

Masuk Paper UTUSAN hari Ini~

Semalam punya Cerita dah kuar Newspaper da.......

Tu je nak citer
kecoh je kan, heehee....

Aug 22, 2011

Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang KPT

Event Pagi Tadi...

22 Ogos 2011 - PUTRAJAYA Bersemangat kita kibarkan Jalur Gemilang, dan menerapkan nilai-nilai patriotisme dlm diri masing-masing...bersama kita menghayati erti kemerdekaan sebenar....


 Bergambar rakan sekerja Bhg Sukan, KPT
 Bersama menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Tema KPT, Lagu Tanggal 31 Ogos, Lagu Jalur Gemilang...
 Bergambar dengan YB Menteri Pengajian Tinggi. YB Dato Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Datuk KSU,
 YB Menteri melekatkan bendera di kenderaan rasmi jabatan

Merdeka Raya 2011~ Lebih Kurang Seminggu~

Sebelum cuti Raya....
InsyaAllah...29-5 cuti Hari Raya AidiFitri....

Esok (Isnin=22 Ogos )
Majlis Mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan kita yg ke-54!!!

Apa yang kita harapkan Merdeka tahun 2011 ini?
Semoga negara kita Malaysia bebas dari cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah...

eh! kowang tau tak Tema Hari Kebangsaan 2011??
“ 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera ”

haaa....dengarnya tahun ini Hari Kemerdekaan diraikan pada 16 September bersamaan Hari Malaysia...kan..kan...

Sumber: Erti Kemerdekaan





Tahun ini sgt istimewa kerana kite menyambut dua perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan.....semoga hari hari istimewa ini bermakna buat kita semua...terpulang bagaimana kite meraikannya...jgn lupa kibarkan jalur gemilang....patriotik skit jiwa kowang...Banggalah jadi anak Malaysia...

Aug 20, 2011

Bertolak balik Kg Keluarga Mr HuB




Putrajaya  ---->  Gemas = vroooommmmm...........pinpin...!!!!

InsyaAllah, selamat pergi dan selamat Pulang....

Minggu depan nak balik lagi Raya ke 2................

Doakan kami selamat dalam perjalanan...
buat kalian jua, berhati-hatilah di jalan raya...
semoga dapat bertemu dan berhari raya bersama keluarga tersayang...

google source ..tah kete sape tah, tapi same color kereta saya, hiiii....
....maybe...naik kete ni kot ..... huhuhuu....

Aug 19, 2011

Nak Cite Ape Yea?!




Assalamualaikum wbt. buat semua bloggers yg berkunjung di teratak Princess Caramadaries (cewah!)
sihat lah hendaknya mE harapkan dan doakan kalian semua baik2 belaka, InsyaAllah...
Amacam Puasa ? Okey? Masih penuh??? Heeee.....kowang jangan tanya mE la.....pepaham je la kan....lain la kalau dah 'berbadan dua' gagah juga nak puasa penuh kan, itu pun kalau tidak mengganggu kesihatan....cumanya kite ni keuzuran sahaja...mmg tak dpt nak dielakkan....

dah 19 Ramadhan  kan? Cepatnya waktu berlalu.............tak sedar kite dah pun 19 hari berpuasa....kira-kira lagi 11 hari lebih kurang 1 minggu lebih, dah nak menyambut aidilfitri...

Baju raya dah siap? (beli readymade ke tempah?)
Kuih raya dah siap (tunjuk2 je ke?)
Duit raya dah tukar? berapa ribu?? (wah!!! byk duit)
Kasut raya?
Pelita/Panjut/Lampu kelip2 berwarna warni? dah gantung?
Lemang dah order?
Ketupat
Rendang?
Bunga api/mercun ada beli?? haaaa...kang kantoi kang...
Apa lagik yea??
haaaaaa.......~~~ Balik mana dulu??? Saya balik Perak (belah mak ayah saya dululaaa...) yeay!!!
raya kedua berangkat ke Gemas (rumah mertua) coz tahun ni giliran belah mr HuB, so kene lama skit la kat sana....1st time raya umah mr HuB...cenne la agaknya suasananya......hurm....harap raya tahun 2011, BERMAKNA!!!

Aug 17, 2011

Dah Boleh Pasang Pelita / Panjut La Tak Lama Lagi~


 Mungkin tidak ramai generasi hari ini yang pernah mengalami suasana berhari raya di kampung.  Beraya di kampung dianggap kurang meriah jika tidak merasakan suasana malam likur.
 
Likur bermaksud kiraan antara 20 hingga 30.   Justeru satu likur bermaksud malam ramadhan ke 21.  Dua likur bermaksud malam ramadhan ke 22.  Dalam budaya Melayu di kampung-kampung, malam tujuh likur adalah malam yang paling meriah.  Pada waktu itulah kampung-kampung terang benderang bermandikan cahaya dan gegak gempita dengan bunyi meriam katak, meriam buluh, meriam batang kelapa, bunga api serta sorak-sorai kanak-kanak dan dewasa.

Malam 7 likur dianggap malam keramat yang istimewa.  Kebanyakan masyarakat Melayu percaya bahawa pada malam itulah malaikat akan turun menziarahi masyarakat Islam.  Kehadiran cahaya di sekeliling rumah seolah-olah mengalu-alukan kedatangan mereka.   

Keseronokan malam tujuh likur lebih dirasai oleh kanak-kanak kerana mereka seolah-olah mendapat permit untuk terus bermain-main melewati waktu tidur.  Pada malam itulah mereka akan berseronok bermain bunga api.

Pelita yang digunakan berbeza mengikut tempat, daerah dan negeri.   Ada masyarakat kampung  yang lebih kreatif dalam pembuatan pelita menjelang Ramadhan.  Di Perak misalnya, masyarakat kampung menggunakan buluh untuk membuat pelita. 

Kini, pelita-pelita telah pun digantikan dengan lampu kelap kelip yang berwarna warni dan berbagai reka bentuk.  Biarpun suasananya berlainan, lampu kelap kelip lebih selamat dan tidak mudah mengakibatkan kebakaran.

edited by eMMe sumber daripada Noor Hasnah Adam

17 Ogos 2011 Adalah Hari Jadi 'BF' Ku yg Ke ...

Happy Birthday My Sweetheart!

Semoga Panjang Umur
Sihat Sejahtera

Bahagia Bersama Ku

Murah Rezeki Mu

Love U n Happy Together...

Ai Le Biu Mr HuB~

 Cinta Kamu!
Sayang Kamu!

Selamanya...........Hingga Akhir Hayat Ku 
Itu Doaku...

Aug 13, 2011

Saya Kidal, Kamu??

Selamat Hari Kidal Sedunia...
buat diri sendiri
buat Mr HuB
buat Angah Shahrul (adik)


Siapa lagi kidal?
kamu??

wow! ramai geng saya, heeeee....