Followers

Jan 14, 2015

Peranan Suami Ketika Isteri Berpantang Yang Membuatkan Isteri Semakin Sayang

Peranan Suami Ketika Isteri Berpantang


1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Keluar dari kebiasaan. Jangan pula mengharap isteri kejut baru terhegeh-hegeh bangun. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri.

Sarapan untuk isteri
2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda. Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula. Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar. Pasti isteri anda rasa amat dihargai.

Cara mandikan bayi baru lahir
3. Cubalah belajar untuk mandikan bayi anda walaupun bayi anda masih lembut badannya. Kalau anda tiada kemahiran mandikan bayi ataupun tidak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.

Menguruskan Anak-Anak Semasa Isteri Berpantang
4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diselesaikan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.

5. Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran dengan isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan isteri merasa bosan).

6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton TV.

Peranan Suami Ketika Isteri Berpantang
7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tidak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.

8. Sungguhpun anda letih, jangan ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.

Peranan Suami Ketika Isteri Berpantang


9. Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.
pst: Alangkah best dan indahnye, jika dpt duduk berpantang dengan suami, hhehehe... bukan la nak ckp berpantang dgn mak tak best, kite nak juga tgk kesungguhan dia bila kita dlm keadaan berpantang ni, dpt tgk dengan mata sendiri... uruskan anak2 yg lain... :P
sumber: Moms Avenue - maaf Fara, kene blocked laaa...frust laa...

Jan 13, 2015

Scan 3D 4D 2 November 2014

Salam.
Sori lah baru kali ni nak up kat blog
hehehee...
mase ni Me pregnant 6-7 bulan...

Hurm..
tgk tu muka baby2b Me masyommm...
maybe sbb usik dia suh bangun...
time tdo la kot...
n Me rasa cam selesa sgt dah dia dok letak tangan dia tutup muka..
usik2 lagi nak bagi tangan dia gerak ke bwh leh tgk muke masyommm mama ni
hehehehe...

ade cam muke girl ke boy
boy? girl?
sape ckp girl angkat tangan
sape ckp boy angkat kaki
heeeee~


ape pun doakan kesihatan, kesejahteraan kami berdua.. dan mudah bersalin dia.

Amiin Yarabbal Alamiin....

Jan 12, 2015

Berjumpa Teman Sekolah di Majlis Perkahwinan

Salam.
Apa khabar semua?
Harap semua sihat sejahtera
Me n my famili
Alhamdulillah...
Kandungan pun sihat harapnya...
Doakan yg baik2 untuk Me yea...

10 Januari 2015 yg lepas, iaitu hari Sabtu
Me telah menghadiri satu majlis perkahwinan ( adik kawan yg kawen)
Kawan Me (kakak pengantin) masih bujang... katanya nak lepaskan adik adiknya dulu...
haaa!!! lepas ni turn kawan Me (Hafizah) cepat2 ye naik pelamin kawanku...
Kami doakan kesejahteraan kamu... InshaAllah

Amiin...YarabbalAlamin


Inilah kawan kawan time sekolah menengah, Sek. Men. Yaacob Latif, Jalan Peel
dari kiri, Rohaizan, Fudhlana, Me, Airis, Hafizah

Tak sangka leh jumpe...
susah tau nak jumpe2 gini...
lagi pun kenduri pun kat dlm Putrajaya gak...
kalo jauh, tak sampai kot..
hahaha~

HAAA...!!! Tu dia bersama pengantin... moga bahagia ke Jannah Rahim & Wani
cepat2 dpt baby, heeee~

Pas gi makan kenduri, Me n Ana gi isi minyak kereta yg hampir kering, terus ke Masjid Putra, katanya anak Ana, nak amik gambar kat Putrajaya.. yea laa.. mereka bukannye dok Putrajaya... harus la bergambar sebelum pulang...

nilah gambar kenangan... setelah beberapa tahun tak bertemu..jumpa2 je dah ada anak2... anak Ana dah anak dara memasing... besar2 dah.. senang maknya... kalo bwk jalan tanpa husband, yea, selalu husband outstation kan..gitu le...

pst: harap leh jumpe kawan2 lama lagi... kalo dpt jumpe ramai2 mau tak ingat nak balik dah, hahaha...

Jan 11, 2015

Rahsia untuk Hilangkan Segala Kesusahan

Copy & Paste dari Petua Nenek Pages kat Facebook

Jan 10, 2015

Renungan bersama...


Lama tak letak gambar anak kembar ku ini...heeee~

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

like & share (^_^)


Copy & Paste Petua Nenek Page

Jan 9, 2015

Entry Copy & Paste Haha HaHa

copy & paste from Petua Nenek Page

Jan 8, 2015

Elak Bahaya Sindrom Bayi Mati Mengejut

Copy & Paste Petua Nenek Page di Facebook



P E N T I N G ! untuk Ibu-ibu baca sampai habis. Elak BAHAYA Sindrom Bayi Mati Mengejut.

✓ Bedung mengelak bayi mudah TERKEJUT dengan bunyi bising di sekelilingnya.

✓ Kain bedung yang membalut bayi membuatkan bayi terasa SELESA seperti di dalam rahim ibunya.

✓ Mengelakkan bayi dari menggawangkan tangannya ke atas dan memberikan KEHANGATAN pada tubuh bayi serta MENGURANGKAN risiko Sindrom Bayi Mati Mengejut (SIDS) ketika tidur akibat terkejut dan tersentak.

✓ Sama ada bayi anda telah didiagnosis mengalami kolik atau tidak, bedung dapat MEMBANTU meredakan tangisan bayi.

✓ Membantu penyusuan susu ibu dengan MUDAH apabila pergerakan bayi terhad kerana dibedung.

Kongsikan panduan MUDAH ini kepada sahabat yang PERTAMA kali menimang cahaya mata, mudah-mudahan ianya membawa manfaat kepada mereka.

pst: time twin dulu, kurang sgt bedung... hope baby kali ni, kene rajin bedung la yea... sbb kite tau kebaikan membedung bayi ini...

Jan 7, 2015

Kisah Ini Seperti Kisah Saya

Entry Copy & Paste lagi...dari Facebook Dzul Iman Smart Khalifah Bandar Bukit Raja Klang
Education

( MAAFKAN MAMA SAYANG )
“Kakak!!!!!!!”. Saya menjerit kuat.
Sudah terlambat. Saya hanya mampu memandang, cermin mata saya yang bingkainya sudah patah. Segera suami mengambilnya dari tangan Aqila.
Saya menahan marah, membisikkan pada diri supaya sabar. Sedang mengawal minda agar menekan butang ‘pause’ dari melakukan sebarang tindakan tidak wajar pada anak kecil itu.
Si kecil yang masih belum faham bahawa ibunya sedang marah, meluru pada saya. Senyum dan memeluk erat kaki si ibu ini.
Di saat kondisi kewangan yang agak menghimpit ini, untuk membuat cermin mata baru, ia satu masalah besar bagi saya. Silau mata yang agak tinggi tidak memungkinkan saya memandu dalam keadaan tidak bercermin mata.
Saya diam. Suami juga diam.
Membiarkan sahaja insiden itu berlalu.
Esoknya, satu beg kertas ada di atas meja, berisi cermin mata baru.
Diam-diam suami ke bandar, buatkan cermin mata baru untuk saya. Ditanya harganya berapa, dia hanya menggeleng kepala. Perasaan saya bercampur baur. Terharu dengan tindakannya, dan serba-salah juga ada. Memikirkan duit yang dikeluarkannya untuk cermin mata saya, di saat-saat begini..
Marah pada si kakak berjaya dikawal. Tidak seperti di awal-awal kelahiran si adik dulu. Si kakak kerap menjadi ‘mangsa’ saya melampias marah.
Marah kerana dia mencubit adik dan adik menangis.
Marah kerana dia ulang alik ke dapur, buka peti sejuk dan ambil telur mentah, acapkali pecah terhempas ke lantai.
Marah kerana dia sepahkan mainannya.
Marah kerana dia meragam tak tentu pasal.
Marah kerana dia menangis di tengah-tengah malam kerana saat terjaga, saya sedang menyusukan adiknya.
Marah dilampiaskan dalam bentuk pukulan dan tengkingan. Dan acapkali dia menangis saat menerima ‘habuan’ itu.
Entah bagaimana kacau bilaunya perasaan si anak yang menjadi kakak di usia setahun setengah itu. Masih kecil, masih belum mengerti apa-apa.
Entah betapa kecewanya dia, mungkin merasakan ibu sudah tidak sayangkannya sejak si adik menjengah dunia.
Entah betapa sedihnya dia menghadapi situasi yang berlarutan beberapa minggu ketika saya menjalani tempoh berpantang.
Mengenangkan jahilnya saya ketika itu, betapa saya ini tidak pandai mengurus emosi. Si anak menjadi mangsa.
Kerana itulah, airmata si ibu ini mengalir laju saat Ustaz Rujhan berkongsi kisah ini ketika ceramah beliau di kolej 2 minggu yang lalu. Kisah yang diceritakan oleh seorang ibu, perihal anaknya yang terlalu nakal.
Rumah yang sudah cantik dikemas oleh si ibu disepahkannya. Berulang kali, meskipun sudah dimarahi.
Si ibu ini sudah hilang sabar. Suatu hari, ditariknya telinga si anak bila dia menyepahkan rumah. Diajarnya pada si anak, agar setiap kali ibu menarik telinganya kerana kenakalannya, si anak perlu berkata: “Ibu, maafkan abang”.
Suatu hari, saat ibu sibuk memasak di dapur, si anak seperti biasa membuat sepah di ruang tamu yang telah dihias rapi oleh ibunya.
Ibu meradang. Si anak ketakutan dan lari ke luar rumah.
“Dummmm!!!”. Kedengaran bunyi sesuatu di luar rumah.
Sudah terlambat, saat si ibu meluru keluar, anaknya sudah terbaring di atas jalanraya. Darah merah memenuhi jalan.
Si ibu memangku si anak yang sudah nazak.
Dengan bibir terketar-ketar..si anak menuturkan kata-kata yang cukup mengusik hati si ibu:
” Ibu…maafkan abang.”. Si anak minta maaf kepada ibu kerana telah menyepahkan rumah tadi. Dan itulah ungkapan terakhir anak buat si ibu….
Saya mengesat airmata yang berlinangan. Mengenang saat saya memarahi anak.
Menyalahkan diri sendiri. Sukarkah memberi maaf pada anak? Kita juga pernah kecil seperti mereka. Bersabarlah wahai ibu! Maafkan mereka..
Hargailah saat mereka ada di depan mata. Kerana kita tidak tahu, sampai bila ianya akan begitu. Saat ia hilang, ia tentu satu perasaan yang sangat sukar untuk ditafsirkan.
Nakal anak tangani dengan hikmah.
Marah hanya membuatkan mereka keras hati. Berdoalah untuk mereka, kerana doa seorang ibu, sangat mustajab buat anaknya.
Anak-anak itu adalah rezeki. Hadirnya mereka bersama ujian, cabaran buat mematangkan ibu bapa. Sabar itu harus dipupuk sentiasa. Gerun saya memikirkan, anak-anak andai sentiasa dimaki, diherdik, ditengking ibu bapa sendiri yang tidak pandai mengurus emosi, bagaimana emosinya di saat membesar? Akan jadi pendendamkah anak-anak itu nanti?

pst: ketika saya mengandung, ketika saya penat, ketika saya beremosi, anak - anak la tempat saya lepaskan segala rasa marah... Ya Allah! Ampunkan dosaku..kau berikanlah kekuatan , keimanan, kesabaran dlm aku membesarkan mereka... 

Jan 6, 2015

Akhlak Kita Cerminan Anak Anak Hari Ini


Gambar: 'copy & paste' dari Facebook Dzul Iman Smart Khalifah Bandar Bukit Raja Klang
Education

Syed Putra Haizam - artikel ini saya 'copy & paste' dari Facebook beliau
October 9, 2014 · 
 

Satu hari, anak lelaki saya umur 3 tahun dimarahi oleh umminya. Masa tu dah hampir jam 12 lebih tetapi anak saya ni masih aktif bermain. Umminya minta dia untuk dia masuk tidur. Dia enggan dan teruskan bermain. Saya tidak tahu apa yang berlaku, tiba-tiba dia terus berlari ke dalam bilik tidur. Masa tu, saya ada dalam bilik tidur tu. Dia masuk dan terus menghempaskan pintu. Dalam keadaan bilik tidur yang gelap, dia kemudiannya menarik kerusi, sambil mendongak ke syiling rumah. Saya memerhati dari jauh dengan hairan “Apa hal pula dengan budak ni?”. Setelah meletakkan kerusi itu pada satu kedudukan yang dia sudah berpuas hati, dia terus duduk di atas kerusi tersebut. Kedudukannya menghadap kiblat?!. Tiba-tiba dia mengangkat takbir sambil menyebut “Allahu akhbar!”. Subhanallah. Dia solat 2 rakaat dalam keadaan duduk atas kerusi?

Setelah selesai memberi salam, dia mengangkat tangan berdoa dan menyapu muka. Setelah itu, dia kembali menolak kerusi ke kedudukan asal dan terus datang baring tidur disebelah saya, Dia peluk saya. Dalam hati saya “ Masya Allah, mana dia belajar semua ni?”. Baru saya teringat, rupa-rupanya apabila saya pulang ke kampung isteri saya di Sungai Buaya, setiap hari biasanya tepat jam 2 pagi, bapa mertua saya akan bangun untuk menunaikan solat tahajud. Biasanya, setiap kali bapa mertua saya bangun untuk solat tahajud, anak saya akan terbangun. Ini kerana, bapa mertua saya berjalan menggunakan tongkat disebabkan oleh sakit lumpuh. Bunyi derapan tongkatnya menyebabkan anak saya selalu terbangun ditengah malam.

Anak saya akan meluru ke dapur dan memerhatikan bapa mertua saya menunaikan tahajud. Hari ini dia telah tiru-tiru datoknya solat tahajud. Subhanallah. Wahai ibu bapa jaga akhlak di depan anak-anak kita, mereka sedang memerhatikan kita. Mereka akan buat apa yang kita buat. Kalau kita pemarah, anak kita akan ikut jadi pemarah.

Kita selalu hairan, kenapa perangai anak saya macam ni, kenapa macam tu.. tengok2 balik.. rupanya, apabila suami lalai dari perintah Allah, isteri mula tidak taat pada suami, anak2 mula derhaka pada mak ayah.. keluarga menjadi kucar kacir.. ummat jadi tenat.. negara jadi mundur.. rahmat Allah xdtg.. bala mula turun..

Cerialah depan anak-anak. Tegur mereka dengan hemah dan kasih sayang. Tahan marah dan sabar dengan mereka. Memang pahit. Tapi, yang pahit itulah bila ditelan menjadi ubat dan penawar. Dunia dah tak lama. Nikmat bersama mereka juga sementara. Jadikan mereka anak-anak syurga. Akhlak anda dengan mereka hari ini penyebab akhlak mereka esok. Bersabarlah dengan mereka.

ya Allah kurniakan taufiq kami utk dtg pada amal agama yg sempurna dalam kehidupan kami dan ummat ini, ini semua salah kami.. kalaulah Nabi saw masih ada dgn kami..
 — with Encik Zaf Zahra.

pst: Tersentuh hati ini, terdetik dlm hati ini.. apakah kite sudah cukup sempurna di mata anak-anak kita?