Followers

Jul 3, 2015

Salam Jumaat Ramadan 16

Assalamualaikum wbt...

Moga kita semua senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT...

Entry Copy paste 

pst: Rindu kowang semua....

Jun 26, 2015

Tahukah Anda...?

1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan di dekati jin?
2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih menyihatkan daripada kaviar?
5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma kaya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?
so,
keenakan buah kurma dari timur tengah..
yusof taiyoob..
kelazatan buah kurma yang tiada bandingannya..
yusof taiyoob..
buah kurma safiah, wasini, safina dan banyak lagi..
yusof taiyoob..
pastinya menjadi pilihan anda setiap masa..
yusof taiyoob..
pilihan eksklusif..
yusof taiyoob..
Imej daripada Google

Jun 25, 2015

Jun 24, 2015

Jenaka Ramadan 7

Leman : Nyaris betul tadi.
Samad : Nyaris kenapa? 😯
Leman : Azan Zohor tadi laa..
Samad : Kenapa ?
Leman : Azan dia sebijik macam azan maghrib. 😅
Saman : Adeh! 

Selamat Berpuasa !! Hehehehe...

Jun 23, 2015

Jenaka Ramadan 6

Memulakan makan kurma semasa berbuka adalah tidak sihat

Baru dgr ceramah agama...

masa buka puasa kita mkn kurma dulu sblm ni kan.?.

ustaz ckp td kurma x boleh..yg boleh tamar


Ustaz ckp..buka puasa tu kita buka mkn la tamar dulu ngn air suam....

pas tu kita solat dulu kan..

jgn makan kurma..

sbb kurma ni mcm2 kurma  ada ...

ada kurma ayam..

kurma daging..‍‌‌‌‌‍‌‍‌‌‌

kurma kambing

pst: Ala serius plak kowang ni... Senyum sket...haaaa baru cumel kan....

Jun 22, 2015

Ubat Yang tidak Membatalkan Puasa




Assalamualaikum wbt...
Apa khabar semua?
Sihat?
Puasa?
Sahur tak pagi tadi?
Bagus laaa makan sahur...
Walaupun dengan beberapa biji kurma dan segelas air masak
Alhamdulillah...
Ramadan 5 hari ini...

Entry Copy & Paste hari ini
tak semua org tahu kot kan......

Jun 19, 2015

Roh Yang Kembali di Bulan Ramadhan

Entry Copy & Paste dari FB

ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN
Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.
Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.
Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.
Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.
Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.
Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.
Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.
Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur.
Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.
Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup.
Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.
Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.
Yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh.
Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan...........

Alfatihah wat Arwah Atuk, Opah, Pan, Mak Mertua yang dikasih serta semua arwahi.. 

Jun 18, 2015

Sahur... Sahur...Sahur!



hahaha.. dgr Radia THR Gegar, kuar lagu Sahur by Radja.. kowang penah dgr tak lagu ni,. mesti smangat je bgn sahur, hahahaa!

pst: Kowang Sahur Apa pagi tadi?

Jun 17, 2015

Salam Ramadhan Al Mubaraq dari eMMe & Famili





Assalamualaikum blogger semua..
Sekejap je dah nak masuk Bulan Ramadan...
Moga Allah mempermudahkan Ibadah puasa kita tahun ini
(ayat copy & paste)
Sesama lah kita saling maaf memaafi
Agar Ibadah kita di bulan Ramadan ini lebih bererti

Jangan lupa malam ni niat Puasa Ramadhan yea semua!

pst: Azam tahun ni puasa penuh! moga2 berjaya...dengan IzinNya..Amiin...