Followers

Sep 8, 2008

Kalo Puasa Memang Lapar Kan?~

Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga.
Mesti sahur.
Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam.
Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas.
Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa. Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, Bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi.
Sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya.
SEBENARNYA: Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.
Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.
Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.

Sep 7, 2008

To The Lonely~


Cry and let it all out.
Know you aren't alone.
While maybe I'm not feeling it at this moment,
I, too, at times feel lonely.
Some days I can take it.
Others I can not.
I question my existence.
I question "the master plan."
I feel I will be alone forever.
I'm envious of those that have it all
And wonder do they know and cherish what they have.
I have fears of love, too.
I fear that once I have it, I may not be able to hold it.
I fear I won't appreciate it.
I try to stay optimistic about life.
And for the most part I am.
Yet, I still have to question the emotion of love.
Is it an illusion?
Is it true?
Why does my heart ache?
Then I stop and think and realize I'm not alone.
There are others out there that feel the same.
The world is big.
Maybe one day I won't be alone.
Honestly, to God, I hope.
However, I'm sure another person is feeling my emotions.
I just want to tell them they aren't alone.
Keep hope and thankfully the "master plan" will reward you.
I know I do.

Sep 6, 2008

Aku Kah Yang Bersalah?~

Perjalanan ini...

Harus kulalui dengan ketabahan & kesabaran...

Harus nya ada rintangan dan cabaran yg perlu dilalui...

Rasa cintaku, sayangku, cintaku, rasa benar, rasa salahnya...

Ada yang tak kena, ada yang tepat, ada yang manis, ada cuka, duka dan suka...

Ada tangisan, ada gurau dan tawa, ada diam, ada masa nya kita berjenaka...

dalam mencari erti keikhlasan dan kejujuran..

bukan dari kamu, dia, mereka, atau sesiapa saja...

tapi dari diriku, hatiku, sanubariku, naluri ku

zahirku, batinku dalam segala perlakuanku dan emosi ku...

mencari-cari diri dalam seribu kekalutan duniawi

tentang bicara hati..tentang dia...tentang kita...dan CINTA...CINTA???

bicara tentang diri..HARUS ku fikirkan...selayaknya...mana salah nya???

apa yg ku cari...

apa yg ku perlu..

apa yg ku tagih..

apa yg ku mengerti..

apa yg ku pelajari..

apa yg telah ku perolehi..

apakah aku kan mensyukuri setiap nikmat dan dugaan yg diberi..

namun perjalanan ini belum ku temui nokhtahnya

sehingga Allah ambil ku kembali kepada NYA...

Ya Allah, tunjukkan lah hamba Mu ini jalan Mu..

Jalan yang Engkau Redhai....

Amin Ya Rabbil Alamin..

p/s: Sayang, maaf andai kesilapan dari ku, harap mE dpt jadi yg terbaik utk Sayang...


Sep 1, 2008

1st Day Ramadhan


Juadah berbuka hari pertama 1 Ramadhan, Alhamdulillah, rezeki Allah, byk nye makanan,
ade lauk beli, ade lauk masak, ade kurma, ade manisan, ayam percik, meehun,
ada kueh2, iskk..mcm2 kenyang sampai sahur la kita hari nih...



aku la tuuu dok tayang gigi ...hehehe...nak gak masuk dlm blog nih...



pandai angah tuang air,
opss!!! sori la tiga lelaki nih mmg suka tayang body memasing,
tapi kowang dah nampak alahai, peace! kantoi...hehehee




hurm...sebelum makan yg berat2, minum air n makan kurma dulu,
ikut sunnah nabi kita...


erhm...cenne nak kempis kan perot dowang bertiga nih..isk..iskk..

Aug 30, 2008

Salam WALL.E Dari mE~



Baru-baru ni mE n dia gi tgk wayang, sekian lame tak tgk wayang la katakan, hahaha, cite Wall.E besh laaa...pada kengkawan yg tak gi nonton lagi, tapi puas hati kalo anda tontonnya sendiri...ni sinopsis citer dia...

After hundreds of lonely years of doing what he was built for, Wall-E (short for Waste Allocation Load Lifter Earth-Class) discovers a new purpose in life (besides collecting knick-knacks) when he meets a sleek search robot named Eve. Eve comes to realize that Wall-E has inadvertently stumbled upon the key to the planet's future, and races back to space to report her findings to the humans (who have been eagerly awaiting word that it is safe to return home). Meanwhile, Wall-E chases Eve across the galaxy. My Comment: i Give 5 stars!

Aug 24, 2008

Why I Angry with U ~


I'm angry,
I'm angry with life,
With love,
And hate,
I'm angry with light,
With home,
And time,
I'm angry.

You took my love,
You ruined it,
I gave you hate,
But it died,
I thought at one point,
You were my light,
You shuttered it soon after,
I offered my arms,
To be your home,
Everlasting,
Oh how wrong I was,
I gave you my time,
Myself,
my love,
Time ill spent in heaven,
In hell,
I'm angry.

I'm angry with you.

Aug 19, 2008

3 Sebab kenapa Aku perlu berada di Alamanda 1 hari ni?

Perghh... 1 Sejarah dalam hidup aku, dia, dan eja (budak kecil) berpoya poya di Alamanda hari ini (19 Ogos 2008). Hai, tak keje ke? sambil nyelam minum air la katakan. Mana taknye, mengular 1 hari mmg seronok, bila 1st, 2nd, 3rd boss takde kat opis...huhu...gembila bukan kepalang, nih kalo kantoi....leh jawap ke? tapi tak pe boss kecik tolong cover, thanks la kat En Baby...hehehee...

Ceni citer nye, pagi tadi kami ber4 sowang lagik dengan cik Punes, plan nak gi MAHA 2008 di UPM, Serdang, ramainyeww umat....byk nye krete, bas, parking penuh, kene bayar lak tu...sonok lak naik tram yg membawa kami ke tapak bazar di mana MAHA berlaku, jalan2, cuci2 mata, makan2 free, perot pun mula lapar, dah lunch time kan, balik tu terus ke ALAMANDA...
then, balik opis...wat la baki keje yg tinggal... lepas Opis hour, mE, dia n Eja gi ALAMANDA lagi, cebab nak beli 'air horn' untuk buat 'flagging off' acara berbasikal sempena kempen mengibarkan jalur gemilang esok (20 Ogos 2008), hahahaaa... dak Eja laks nak beli tivi, tapi tak bwk ongkosnya, ingatkan beli tak yah gune duit kot, hahahaa...pulang ke opis semula...

Setiba di opis, dak kecik nih call la papa dia tanya pendapat nak beli tv ke idak, last2 nak jugak beli dowg nih, berkira-kira gak la nak beli tivi, al maklumla, sape tak sayang laki oiii...hahaha... dak kecil ni pun minta la mE n dia teman dia gi beli tivi di ALAMANDA.....WAH~ Dah 3 sebab kan? Kenapa perlu berada di AleMenDe 1 hari ini, sonok ke kalo sakit kaki??

p/s: Sayang, thanks coz menyayangi dan menemani ku 1 hari ini...

Aug 17, 2008

hepi Besday Sayang~

17 Ogos 2008 - genap la 3 bulan hubungan cinta kita,
genap la usia mu yg ke 28,
masih baru, kalau bayi tu, tak pandai berjalan lagi
masih merah, kecil dan halus,
begitu la cinta kita
masih manis, masih hangat nya kemesraan kita
Indah, sinar, cantik, bersih, dan berseri

Sayang,
Kita jaga sebaiknya
kita hiasi nya,
kita bajai dgn kuntum kasih sayang
yang ada dalam jiwa kita

Sayang,
Kau suburkan dengan kata-kata manismu
kau sirami dengan senyumanmu
Kau sunting mesra kasihmu
mekar sepanjang waktu

Sayang,
Selamat hari jadi mu
semoga kau bahagia miliki aku
semoga kasih sayang kita
kekal abadi
bepanjangan sampai akhir usia kita

Sayang,
doa ku pohon, agar kau setia di sisi ku
menemani ku di kala aku sedih, gembira
suka dan duka
kita selalu di hati

Aku amat menyintaimu, sampai akhir hidup ku
Terima kasih, kerana kau mengizinkan aku betakhta dihatimu..
Azwan...

Aug 6, 2008

Hakikat Perkahwinan~

Kehidupan terbahagi kepada dua, hitam putih, positif negatif. Banyak pasangan di sekeliling aku berada dalam keadaan tahap perbezaan hitam putih, positif negatif yang sangat jelas. Akhirnya perbezaan ini apabila tidak dibincang secara terbuka menjadikan ia sebagai "time-bomb" yang meletus tanpa diduga.

Bukannya kita tak boleh menerima perbezaan pasangan kita tetapi persoalannya "sampai bila" perbezaan itu terus berbeza dan masing-masing angkuh dengan perbezaan masing-masing. Jika satu pihak memilih untuk menerima, kenapa tiada ruang untuk satu pihak lagi berubah? Dan sebaliknya.

Keadaan ini seringkali mewujudkan salah faham yang akhir membawa banyak pasangan melayari kehidupan mereka secara berasingan.

Bukankah lebih baik kita mula memikirkan sebab musabab mengapa berlakunya keadaan ini dan carilah jalan keluar yang terbaik...Perpisahan belum tentu jalannya kecuali kedua-dua pasangan redha bahawa antara mereka sudah tidak ada jodoh atau masing-masing menyedari bahawa mereka sekadar meneruskan perkahwinan semata-mata kerana anak.

Perkahwinan adalah cantuman dua hati untuk mencapai matlamat dalam kehidupan. Bukan sekadar meramaikan umat Islam semata-mata. Perlu ada keterbukaan dalam perhubungan supaya kedua-dua pihak tahu peranan mereka dalam mengemudikan bahtera mereka. Keterbukaan ini akan membuka ruang bersama yang menutup kebosanan dan kesunyian. Kalau kena digayakan, suami isteri dapat menjadi team yang sama-sama memahami matlamat kehidupan mereka dan bekerja keras untuk mencapai setiap matlamat yang telah ditetapkan.

Kalau si isteri ingin kehendaknya difahami dan dipenuhi, pernahkah pula dia berfikir tentang kehendak dan keperluan si suaminya? Mengapa dia perlu terus membantah dan memberontak sedangkan sebab musabab belum diketahui?

Sebagai isteri, kebijaksaan dan kegagahannya terletak pada kekuatan perasaannya untuk mengawal suasana. Tetapi terlalu ramai si isteri di luar sana yang merasakan diri mereka diabai sedangkan dalam masa yang sama mereka juga mengabaikan kehendak dan keperluan suami mereka. Hakikatnya, ramai isteri di luar sana perlu faham dan belajar untuk saling memahami.

Islam adalah matlamat. Atas kewajaran itu, lelaki dibenarkan berkahwin lebih dari seorang kerana tuntutan kehidupan tidak memungkinkan seorang wanita memikul tanggungjawab mengendalikan permasalahan keluarga seorang diri. Begitu juga lelaki. Malangnya apabila si wanita yang diamanatkan sebagai isteri gagal memahami peranan si suami dalam menyatu padukan keadaan sekeliling dan bagaimana dia sebagai isteri perlu menjadi pengikat kepada keadaan-keadaan sekeliling, maka tunjang kekuatan si suami semakin rapuh.

Keadaan si isteri yang terlalu bergantung pada suami sebenarnya disebabkan kesunyian dan rasa keseorangan sepanjang masa. Ramai suami yang gagal menyedari keperluan si isteri dari segi masa bersamanya. Ramai suami beranggapan bahawa si isteri ialah ibu dan suri dalam sebuah rumahtangga. Bagaimana pula dengan tuntutan jiwanya sebagai seorang wanita, kekasih dan pujaan hati? Tugas yang dilakukan di rumah sebenarnya bukan tuntutan dalam agama kecuali melahir dan mendidik anak-anak. Tugasan lain yang dilakukan dengan penuh kerelaan adalah sebagai tanda kasih, sayang dan cinta kepada si suami. Apa pula balasan si suami pada pengorbanan ini?


Akibatnya, Si suami dan si isteri mula tertekan dengan kesunyian, penceraian mula menjadi permainan di bibir...Mangsanya tetap pada anak-anak, itu pasti.

Aku hanya mampu menyebut sahaja...

Moral:" Masa, pengalaman, sejarah, kenangan mendewasakan kita.."
"nothing in this world are prepared for us" "...you want something or someone try your best to have it.. "