Followers

May 28, 2009

Lagu Pagi Nih aka Lagu SenamRobik~

Selamat Pagi Sayang

Selamat pagi sayang
Baru sekejap kita bertemu
Engkau datang membawa
Sekuntum mawar merah
Pagi menjadi indah

Selamat pagi sayang
Semalam pun kita berjumpa
Engkau datang bersama
Sejambak mawar biru
Resah berubah rindu

Beribu batu
Rasa kau dekat di sisi
Kita berlari
Menyapa bayu pagi
Burung yang terbang
Turut berkicau
Berkicau keriangan

Sayang selamat pagi
Apa khabar engkau di sana
Kan ku tunggu kau datang
Walau di dalam mimpi
Hatiku kan bernyanyi

May 26, 2009

Kata-Kata Hikmah Hari ini~

Barang Siapa Tidak Punya Sopan Santun,
Bererti Ia Tidak Berilmu,
Barang Siapa Tidak Memiliki Kesabaran,
Bererti Tidak Beragama,
Barang Siapa Tidak Mempunyai Sifat Warak,
Bererti Ia Tidak Pernah Dekat Dengan Allah

– Hassan Al - Basri

May 19, 2009

Lagu ni Wat Aku Semangat!!!

Benarkanku tuk berbicara
bicara terus ke hatimu…..hatimu..
hati yang penuh rasa ragu
jangan terus pergi tanpa mendengar ku
begitu mudah untuk kau terus berlalu nanti dulu
berikanlah waktu untuk aku untuk kamu

ingatkah lagi waktu kau bersamaku
kaku aku melihat mu
lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
aku cinta padamu, benci padamu, cinta padamu

ke tepi lihat ku berlalu
pasti itu yang terbaik untuk ku
tiada lagi mahu ku tahu
tentang hidup kamu tentang mati kamu
aku tahu engkau tahu apa yang mataku tahu
apa yang kau tunggu mahu aku buka pintu

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
kaku aku melihat mu sedangkan aku mahu kau tahu
dengar kata ku aku cinta padamu
benci padamu cinta padamu

sakitnya aku membenci kamu
sakit lagi mencintaimu
dan aku pergi tapi kembali
benci aku mencintai dirimu
ku benci…. kamu…
aku cinta….kamu…

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
kaku aku melihat mu
sedangkan aku mahu kau tahu
dengar kata ku
aku cinta padamu
benci padamu
padamu…..

ingatkah lagi waktu kau bersamaku
kaku aku melihat mu
lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
aku cinta padamu
aku benci padamu
aku cinta aku benci
padamu

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
dengar kata ku
aku cinta padamu
aku benci padamu
aku cinta aku benci

May 18, 2009

OuR 1st Aniversary ~

Selamat Ulang Tahun Sayang..............
Doa agar kita bahagia dunia dan akhirat
agar direstui
agar dipermudahkan urusan kita
agar kasih sayang kite kekal abadi
agar Allah memelihara hubungan Cinta kita
Amin, YaRabbal A'lamin..........

May 6, 2009

Selamat Hari Ibu, Mak~

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

May 3, 2009

Jika Aku Jatuh Cinta~

BismillahHirrahmanNirrahhiim..

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada mu, agar betambah kekuatanku untuk menyintaimu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu…

Ya Raabul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMU…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihmu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihmu, jangan biarkan aku tetatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusis kepadamu..

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin…


May 2, 2009

Munajat Cinta Lyric~

Munajat Cinta

Malam ini,
ku sendiri,
tak ada yang,
menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah,
sudah

Hati ini,
selalu sepi,
tak ada yang,
menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu,
pupus

Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang,
baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya

Mawar ini,
semakin layu,
tak ada yang,
memiliki,
seperti,
aku ini,
semakin,
pupus

Apr 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2009

Hye kenkawan.................
erhm... setelah diselidik, dinilai dan dikritik, mE pun
tukar la template blog yg simple, senang la kenkawan dtg
melawat blog n senang baca, tu yg penting...
ye la, me kan 'selalu' update blog,
hehehehe...pepaham je la
sronok gak, kalo sesekali dpt cuti panjang (walaupun 3 hari cuti)

ape pun, selamat berehat bersama keluarga pada 1 Mei (esok kan?)
semoga masa anda bersama keluarga tidak diabaikan
Sayangi keluarga anda............

Apr 28, 2009

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

Siti Nur Bahyah berkata,

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.


"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"