Followers

May 31, 2012

Buat Semua yg Tersayang

TUHAN ciptakan 100 bahagian KASIH SAYANG. 99 disimpan DISISINYA dan hanya 1 bahagian DITURUNKAN ke DUNIA.

Dengan KASIH SAYANG yang satu BAHAGIAN itulah, makhluk SALING BERKASIH SAYANG sehingga kuda MENGANGKAT kakinya kerana TAKUT anaknya TERPIJAK.

sumber: boleh baca ratuhati.com

May 30, 2012

Maternity Dress Dicari

Assalamualaikum wbt

Apa Khabar semua?
sihat yea?
Harap semua sihat2 belaka..

Me sihat Alhamdulillah...
Baby2 pun sihat... InsyaAllah...
Moga kita semua dalam pelihara dan lindungan Allah swt

Ada sesiap yang baik hati nak jual/hadiahkan Me
maternity dress?Yang murah n cantik2??

sekarang ni dah standby beli baru 2 helai...
harap boleh la tambah 2-3 helai lagi...
semalam gi tgk kat Jusco
not bad la harga dia...hahaha.
beli sehelai dua bulan depan lak kot

Baru nak buat bajet
camni la...
Moga Allah murah kan rezeki kami sekeluarga
Amin YarabbalAlamin

 

May 28, 2012

12-13 Weeks Twin Pregnancy

 Alhamdulillah... saya dan anak-anak dalam kandungan sihat walafiat...
harap kalian juga sihat sejahtera hendaknya...

 

Doa agar anak di dalam kandungan sentiasa di pelihara oleh Allah S.W.T

" Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
      
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
      
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.
      
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. "

May 25, 2012

Mutiara Hadis


Tuan/Puan,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TAJUK : Memudahkan

HADIS :
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Permudahkanlah dan janganlah menyukarkan, berilah khabar yang menggembirakan hati dan janganlah memberi khabar yang menyusahkan hati dan hendaklah patuh mematuhi dan janganlah berselisih faham."
(Riwayat Ahmad)

HURAIAN :
Islam memudahkan sesuatu perkara dan tidak menyulitkan manusia khususnya dalam perkara agama dan dalam melaksanakan urusan sehari-hari. Ajaran Islam itu praktis dan dapat dihayati dalam lingkungan keupayaan manusia dan tidak berlawanan dengan fitrah manusia. Dalam urusan harian, kerja yang payah akan menjadi mudah jika dibiasakan serta mempunyai kemahiran. Kerja yang sukar juga boleh dimudahkan dengan usaha inovasi, kebijaksanaan dan penggunaan teknologi.

SUMBER
1. Panduan Al-Quran dan Hadith, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2009)

May 24, 2012

Surah Pilihan Ibu Mengandung

Semua surah dalam Al-Quran ada manfaatnye..Hari ni nak share surah pilihan untuk ibu2 mengandung...kalau ade tambahan..kawan2 bolehla tambah..sharing is caring  ;D

1 bulan = Surah Ar-Rahman (untuk pembentukan janin)

2-3 bulan = Surah Luqman (untuk perkembangan otak)

4-7 bulan = Surah Yusoff (untuk pembentukan sifat)

8-9 bulan = Surah Maryam (untuk memudahkan proses bersalin)

dan bacaan Yaasin pada malam jumaat diteruskan seperti biase :D

May 23, 2012

Memang betul kene jaga perbuatan........

cepat betul hati ini terasa
cepat betul hati ini terusik
cepat betul rasa sentap di hati ini

tapi....kenapa?
saya harus pikirkan semua ini
tapi org lain tak pikir perasaan saya

saja nak uji saya
saja nak duga saya

Ya Allah ampunilah Aku
aku hambamu Yang Lemah

Baru ku sedar
kini aku perlu kuat dan tabah menempuhi
sepanjang kehamilan ku...

Tahan ke nak baik je
tapi org tak baik dgn kita

Rasa jauh hati
Rasa terasing

Perasaan aku je kah?

Tolong la Positif
pergilah negatif
jauh dari hidup ku....

Mencari Keredhaan Ilahi


Sumber: copy paste dari Facebook lagik...

May 22, 2012

Maafkanlah...


Sumber: Copy Paste dari FB saja lah....

May 21, 2012

Doa Bulan Rejab

Mari kita Amalkan bersama...


Sumber: Banyak kat Facebook, copy paste saja la....heheheh!