Salam All.
Me dah masuk 27 minggu
Baru pas baca kat 
alamhamil.com
Mengenai :
Kehamilan memang tempoh yang mendebarkan lebih-lebih lagi jika ini  adalah bayi pertama anda. Di antara saat-saat yang paling menarik semasa  kehamilan anda ialah apabila anda pertama kali merasai bayi anda  menendang. Pergerakan-pergerakan kecil meyakinkan anda bahawa bayi anda  membesar dengan sihat dan menjalinkan hubungan lebih rapat dengan bayi  anda.
Bilakah boleh merasai pergerakan bayi saya?
Untuk  kehamilan kali pertama, pergerakan bayi selalui dirasai pada kandungan  berusia antara 18-22 minggu tetapi kadang kadang ia mungkin mengambil  masa lebih lama sehingga 25 minggu. Bagi kandungan kedua dan seterusnya,  wanita mungkin boleh merasai pergerakkan seawal 14 minggu. Sekiranya  anda berasa risau disebabkan masih gagal untuk merasai pergerakkan bayi  anda, jumpa doktor untuk pemeriksaan ultra sound. Bayi selalunya dapat  dilihat bergerak aktif walaupun ibu masih belum dapat merasai  pergerakannya.
Pergerakan bayi akan lebih mudah terasa sekiranya anda dalam keadaan tenang samada duduk atau berbaring.
Bagaimana rasanya semasa bayi bergerak?
Ibu-ibu  selalunya mengambarkan pergerakan awal bayi mereka seperti rama-rama  atau pergerakan yang sangat lembut pada bahagian rahim mereka. Pada  mulanya anda mungkin sukar untuk membezakan antara pergerakan usus atau  angin tetapi apabila kehamilan anda sudah beralih kepada lewat trimester  ke 2, pergerakan bayi anda menjadi lebih kuat dan kerap.
Kajian  telah menunjukkan bahawa pada trimester ketiga, bayi akan bergerak  kira-kira 30 kali setiap jam. Bayi-bayi cenderung untuk bergerak lebih  kerap pada masa-masa tertentu. Mereka biasanya paling aktif pada jam 9  malam sehingga 2 pagi dan akan menyebabkan tidur anda mungkin terganggu.  Aktiviti aktif bayi dikaitkan dengan tahap gula dalam darah ibu yang  lebih rendah pada waktu ini.
Bayi juga boleh bertindak balas terhadap  bunyi atau sentuhan dan suami anda mungkin boleh merasai tendangan bayi  anda sekiranya dia menyentuh perut anda.
Sesetengah bayi secara semula jadinya bergerak kurang aktif daripada  bayi yang lain disebabkan personaliti yang berbeza. Kekurangan  pergerakan mungkin juga bermakna bahawa bayi anda sedang tidur dengan  nyenyak.
Anda juga mungkin kurang merasa sepakan dan tendangan  selepas minggu ke-32 kerana bayi anda telah bersaiz lebih besar dan  tidak mempunyai cukup ruang untuk bergerak dengan aktif di dalam uterus.
Bagaimana memantau pergerakan bayi anda
Apabila  kandungan anda sudah berusia melebihi 28 minggu, sesetengah doktor  menyarankan kepada anda untuk mencatatkan pergerakan bayi bagi  memastikan bayi anda berada dalam keadaan baik. 
Ini adalah satu  carta pergerakan bayi yang dicatat pada tempoh tertentu. Untuk  memudahkan pengiraan, tentukan masa dimana bayi anda bergerak paling  aktif (selalunya ia sejurus selepas anda makan). Dapatkan kedudukan yang  selesa sama ada anda duduk di kerusi atau berbaring di atas katil.  Catatkan masa semasa pergerakan pertama bayi dan apabila sudah cukup 10  kali pergerakan. 
Anda harus berasa sekurang-kurangnya 10 kali pergerakan dalam tempoh dua jam.
Jika  anda tidak merasakan bayi anda bergerak 10 kali menjelang akhir dua  jam, cuba minum segelas air manis dan berbaring sebelah kiri. Sekiranya  bayi anda masih kurang aktif, berjumpa doktor anda. 
Doktor anda  mungkin melakukan ujian CTG (Cardiotocography) untuk menyemak kadar dan  corak degupan jantung dan juga pergerakan bayi anda. Graf yang aktif  akan menunjukkan bayi berada dalam keadaan memuaskan.
Panduan kepada pergerakan bayi anda.
Minggu 12:  Bayi anda sepatutnya mula bergerak dengan aktif, tetapi anda mungkin  tidak akan dapat merasa apa-apa kerana saiz bayi hanya kira-kira 6 cm  panjang.
Minggu 16: Sesetengah wanita hamil akan  mula berasa seperti pergerakan rama-rama yang kecil di dalam rahim,  tetapi ia tidak semestinya pergerakan bayi. 
Minggu 20: Pada ketika anda sudah benar-benar mula merasa pergerakan pertama bayi anda, yang dipanggil "quickening."
Minggu 24: Bayi kini mempunyai berat kira-kira 500g dan pergerakan itu mula menjadi lebih kuat. 
Minggu 28:  Bayi anda sering bergerak sekarang dan berat kira-kira 1.2 kg. Beberapa  sepakan dan tendangan boleh menyebabkan anda tidak merasa selesa.
Boleh baca blog mama kembar name 
Melissa  
Banyak blog yg saya jumpa untuk pengetahuan dan panduan bakal bakal ibu 
Baby Center
pst: baru2 ni scan kat private, baby-baby still berkedudukan songsang (breech), bersilang, sowang melintang, sorang lagi kaki kat bwh.. mungkin kedua2nya girl... terima seadanya, moga baby2 sihat.. tu je doa seorang mama...