Followers

Feb 5, 2026

Terrr Rindu Blog, Terrrjenguk pplak

Assalamualaikum ada org tak?! fuh.fuh fuh tiup habuk di tahun 2026 Alhamdulillah hidup lagi blog ni semoga segla itu ini kalian Allah mudahkan Rindu... Terrr... terrrblog balik gak ni kang
31.1.2026 Majlis Nikah & Kahwin Anak buah My Husband side, Alhamdulillah moga berkekalan till Jannah
Ni my cousin lama gak tak jumpe, terrr masuk dlm blog ops hahahahaha... kot rindu leh tgk Blog kan...
Family besar my Husband.. Alhamdulillah.. Berjalan Lancar, Syukur ya Allah, semoga kasih syg yg dibina kekal sampai akhir hayat usia Aamiin Yarab

Jan 3, 2023

Selamat Tahun Baru 2023 to Semua Bloggers

Assalamualaikum wbt Selamat Tahun Baru 2023 korang Ada ke yg tgk lagi blog sis ni? Harap ada laaa... Kalau ada ce tinggalkan Komen hehehe.. Alhamdulillah Terima kasih Allah berikan ku kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini Masih bersama keluarga tersayang... diberikan kesihatan, kemudahan, ketenangan kebahagiaan... Ya Allah syukur pada mu, semoga kita diberikan kesejahteraan kehidupan kejayaan di dunia dan di akhirat Diberikan kesempatan dan keampunan Allah swt atas dosa2 kita yang lalu... Salam 2023 semua yg baca blog sis, maaf zahir batin.. Selamat bekerja... jalankan lah tugas dgn amanah dan penuh tanggungjawab tanamkanlah azam utk berjaya.. utk bahagia kan org yg anda kasihi cintai dan sayangi ... dan org2 sekeliling kita ni... Hadapilah cabaran 2023 dgn tenang.. InsyaAllah... sama2 kita capai kejayaan... Wsalam... -emmi_nurraysa❤❤πŸ’–πŸŒΉ

Nov 30, 2022

“Solat taubat dulu, sebelum tunai solat sunat lain”- Ebit Lew

ADALAH menjadi fitrah manusia yang tidak dapat lari daripada membuat kesilapan, tidak kiralah besar atau kecil. Masakan tidak, kita bukanlah manusia maksum seperti para nabi dan rasul. Maka, disebabkan itu kita dituntut untuk sentiasa memohon keampunan daripada ALLAH SWT. Lebih-lebih lagi digalakkan menunaikan solat sunat dua rakaat atas kekhilafan yang dilakukan. Bagaimanapun menurut pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew sebelum melakukan solat sunat, lakukan solat sunat taubat terlebih dahulu. “Sebelum nak buat solat sunat apa-apa, tunaikan solat sunat taubat dahulu. “Sebelum minta dekat tuhan, minta maaf dulu,” ujar beliau. Solat sunat taubat biasanya dilakukan apabila seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan melanggar hukum agama. Justeru, menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan ALLAH, maka kita perlu bertaubat.
Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada ALLAH SWT. ALLAH pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini: “Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka segera mengingati ALLAH dengan memohon keampunan ILLAHI terhadap dosa yang dilakukan. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain ALLAH? “Kemudian, mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan di situlah tempat mereka selamanya.” (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.) Solat taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam yang mana suasananya lebih sunyi dan tenang. Fadilat solat sunat taubat: Diampunkan ALLAH SWT Dimudahkan segala urusan Menceriakan kehidupan seharian Menghilangkan perasaan yang menekan Mencegah dosa dan menghindari gangguan menunaikan solat sunat taubat: 1. Niat “Ushollii sunnatat Taubati rok’ataini lillaahi ta’aalaa.” 2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas 3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk tahiyyat akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah tasbih berikut sebanyak 40 kali: “Laailaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz zhoo limiyn.” 4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar
Baca istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali; “AstaghfirulLaahil ‘Aziym, alladziy laa ila-ha illaa huwal haiyul qoiyuum waatuubu ilaih.” Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali; “AstaghfirulLaahil ‘Aziym, allazii laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum waatuubu ilaih. Taubata ‘Ab-di zhoolimi laa yamliku linafsihi dhorraa, walaa naf‘an walaa mautan walaa hayaatan walaa nusyuu-raa.” Kemudian, bacalah penghulu istighfar sebanyak tiga kali: “Allaa Humma anta rabbi Laa ilaha illaa anta kholaqtani waanaa ‘abduka waanaa ‘alaa ‘ahdika wawa’dika mastath0′tu, a‘uudzubika min syarrimaa shana’tu, abuu ulaka bini’matika ‘alayya waa buu bidzanbi faghfirlii, fainnahu laa yaghfirudz dzunuuba illaa anta.” 5. Baca doa taubat (boleh mohon apa jua yang dikehendaki) “Aku memohon ampun kepada ALLAH, aku mohon ampun kepada ALLAH, aku mohon ampun kepada ALLAH yang tiada tuhan melainkan DIA YANG MAHA HIDUP LAGI MAHA MENGURUS. “Aku bertaubat kepada-NYA selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudarat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan(di Padang Mahsyar kelak). “Aku mohon perlindungan-MU daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Aku mohon perlindungan-MU daripada segala kesalahan dan hukuman. “YA ALLAH! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran.

Oct 13, 2022

Tetibe... lagu ni cam kene dgn diri ini, hahahah!!!

 


Kalau cinta katakanlah

Tidak aku terus gelisah
Kalau diam mana kutahu
Aku takut ku kan berlalu pergi darimu

Kalau benci lepaskanlah
Tidak aku tidak marah
Kalau diam siapa yang tahu
Kalau begitu tak mungkin aku terus menunggu

Tiada guna diam saja
Berterus teranglah segala
Kini masa dah tiba
Cinta tak perlu pura-pura

Kalau cinta katakanlah
ku tak mau terus gelisah
Kalau diam tak ku tahu
Mungkin aku pergi berlalu
Lepaskanlah kalau kau benci
Tidak sekali ku marah pada mu
Ku tak marah

Lepaskanlah ku tak marah
Lepaskanlah ku tak kisah

Cinta tak perlu berpura-pura
Kau pun tahu
Tak perlu pura-pura

Aku tak mahu berpura-pura
Engkau pun tahu aku tak marah



ps: minggu kesakitan hati, hahahaha... okey fineee, hati i keras okey!! tak boleh laa tgk muka ketat tu.. aduhhh.. kenapaa..... tolonglah aku Ya Allah...aku serah padamu YaAllah...


Oct 6, 2022

U break my heart gitewww~

 

Assalam~ Biar ku bahasa diri ari ni Acik laaa ehh...

last 3 Oct, Acik ngan pakcik ko nye anniversary...
feeling nak brekfest, lunch, dinner all together la kaedahnya...

tapiiii... dek kerana molot..
abis rosak binasa mood acik...ngan pak encek korang laa...
acik mmg tak boleh feel moody kalo dah start wat acik sakit hati
mmg habis la mood start dari tuu... sampai la ni...
acik n pak cik ko diammm je, tak sembang ape, tak gurau, tak gelak
takde senda tawa...

senyap berhari2
better kot, kang bersuara sakit hati balik
terluka 
terguris
terhiris
sume laaaa...

Ya Allah! ampunkanlah hambamu yg lemah ini...
ampunkanlah dosa ku sebagai isteri...
sakit hati ni lekas la pergi..



Sep 28, 2022

No Caption Morning uols

 Assalamualaikum,

Salam Rabuuu...

Tetiba bertiktok Sis pagi ni .. kasi happy skit la kan..kan...

bos takde

tapi keje ada

dah mula skit...ingat nak wat claim bos

bos tak sampai tak sampai 3 minggu dah nak bersara.... begitu la kehidupan seorang PA 

ehehehehe~ 

Sep 23, 2022

Kisah Semalam 23 Sept gegehhh~

 

Gigih!nak kurus mcm kakak sebelah saya ni... Semalam sis ada zumba, sebelum tu jumpa Kak Tin (Datin Haliza) beliau nak gi Umrah.. so tiada di pejabat dah la ni (cuti Umrah 2 Minggu)

Sis dah 5 hari tak naik lift, panjat tangga...
semoga sis terus disiplin dan bff dgn tanggaa stp pagiii

hihihih... bukan nak lawaa je nak, baik, cantik, molek, yg penting sihat sehingga pencen, 
Aamiin... arini (Jumaat 23 Sept HP sis taktahu cicir kt mane.. pepagi kelam kabuttt.. packing nak gi staycation, tunggu next entry gais...

hepi weekendddd uols...πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹

Sep 21, 2022

21 September 2022 Gigih update Blog ni

 Assalamualaikum... Pagiii...Salaam Rabuuu πŸ’–πŸ’—πŸ’˜πŸŽ•πŸŽ•πŸŽ•

Ayuh!! semangat nak update Blog iols...

Hari ni berbaju korporat BIRUUU.. Semalam Pun Biru.. byk baju Biru rupenye Sis ni...

Selamat berkerja ye uols...

Semoga rezki melimpah ruah dan diberkati Allah swt sentiasa

Aamiin Yarabb.. take care uols..



selfie jam 7.00 pg tadi heeee...
Breakfast pagi tadi tauhu begedil je... Alhamdulillah... Sedap plak, lapar kot... hahahah...

Jumpa Kak Liza Geng panjat Tangga pagi2.. huhuhu.. Kak Liza ni lagi hebat, dari PKP lagi naik tangga, Sis baru 3 hari ni hahahaha... moga sis meneruskan misi jom kurus dan sihat.. (road to S size gituuu...)

ps: dah karang pagi2 tadi baru nak publish.. hahaha.. kelakar la awak ni Emmi.. kbai! 


Sep 20, 2022

20 September 2022 Helo Hiii!! Morning...

 Assalamualaikum!!

Selamat hari Selasa

Selamat bekerja, Bos tade hari ni.. sihat ke korang?

Rindu tak?

Pls say u miss me a lottt

hehehehe...

Me sihat Alhamdulillah...

Rindu BloQ, nasib boleh buka lagi... dah lain laa.. terkial Me pagi ni... phewww!!!

Today Me πŸ’
Brekfest tadiii... setel anak2 gi school ... seawalnya kite brekfest, Alhamdulillah... masih sdap nasi keraboo Bigfoot corner Desa Pinggiran Putra ni..

Perasan tak hari ni semua Birooo... auch!!! i loike done perasannn.. hihihi...





Feb 2, 2021

Semua Tentang Kita ~ Peter Pan

 

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
'Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa



pst: lagu feveret sis, tahun 2004 kalau tak silap... mase ni 1st Album Peter Pan, ofcoz sis peminat Ariel, minattttnya sampai tonton VCD peter pan melopong je.. tak jadi keje lain ngadap video clip peter pan.. ulang2 tgk, eeeeee.... emende la kite fikir waktu tu kan.. hahahahaha~ πŸ˜€πŸ˜πŸ˜‚πŸ˜ƒπŸ˜…πŸ˜†πŸ˜‡πŸ˜‰πŸ˜ŠπŸ˜‹πŸ˜ŒπŸ˜πŸ˜πŸ˜˜πŸ˜™

Jan 30, 2021

My New Blog Header 2021

 



Assalamualaikum wbt

Selamat hari Sabtu 30 Januari 2021

Masih Januari, oh Penghujung Januari 2021

Maaf yea Sis lewat utk ucapkan selamat tahun baru 2021

semoga tahun 2021 ni, beri kesihatan kebahagiaan, ketenangan, keamanan, kejayaan buat kita semua,

semoga juga Cov19 segera lah berakhir, boleh lah kite kembali lakukan aktiviti di luar rumah dgn selamat, bebas, tanpa disekat... kita semua nak life kite spt dlu kan...


rindu! yg pastinye, tak terucap, nak jupe mak, ayah, adik beradik, sdara mara...kan... !!!


Rindu! nak hidupkan, dan aktifkan blog ni.. fuhhh abuk , post sekali setahun la katakan

hahahahahaha!!!πŸ‘πŸ’“πŸ˜πŸ˜€πŸ˜‚πŸ˜ƒπŸ˜„πŸ˜†πŸ˜‡πŸ˜‰πŸ˜πŸ˜˜

Jul 14, 2020

Update Header Blog Baru


Assalamualaikum...
hi! free skrg ni.. Boss takde.. keje pun tak brapa ada...
nak citer skit psl tahun ni anak2 sume dah besar skit, pandai la bawak diri.. melawa skit2..
kenkadang la.. kalo time okey.. Alhamdulillah.. mama lega.. takde la kalut sgt,
hahahahaa!!!

Ni gambar raya 2020
special sgt tahun ni sbb raya #cov-eid2020...
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana diberikan rezeki sihat, dpt menikmati kehidupan hingga ke hari ini...
Syukur sgt Ya Allah...

hepi with my life now
hopefully dalam lindungan Allah sentiasa...

Aamiin Yarabb..............πŸ˜€πŸ˜πŸ˜‚πŸ˜ƒπŸ˜„πŸ˜†πŸ˜‡πŸ˜‰

Jul 10, 2020

Flashdance 1983


Assalam!
Mood nak update blog kembali lagi!

Sape dah tgk movie lama ni...
Kesian Sis baru tgk, terus jatuh hati kat Jennifer Beals, yg cantik
Mula la sis imagine Sis dlm movie tu.. dancing2 mmg feveret Sis, agitewww...

tgk gambar Jennifer Beals waktu skrg tahun berapa tak sure... tapi dia masih cantik...
wowww... still slim mcm tahun 1983, umur sis tahun tu baru 2 tahun baru pandai bertatih...
hahahaha....


cantik lagi Jennifer Beals, mane kedutan bermula?
sape tahu...area mata laaa... Ape pun... nak cantik, kene dari dalam ia bermula, cantik luar je
tak guna kak oiii...

πŸ˜πŸ˜…πŸ˜†πŸ˜‡πŸ˜‰πŸ˜ŠπŸ˜‹πŸ˜ŒπŸ˜πŸ˜ŽπŸ˜˜

Jul 9, 2020

Hi! Tetiba Tringat kat Blog

Assalamualaikum...
πŸ˜πŸ˜‚πŸ˜ƒπŸ˜„

Ada ke yang tengok blog saya ni
1st post in year 2020
maafkan aku Blog...
masih boleh log in
Alhamdulillah...
Saya sihat
korang sihat ke?
harap korang sihat sejahtera hendaknya...

Tetibe tringat blog
sebab ada seorang kawan saya ni
dia dah jana income as youtuber
tahniah yea..
korang mesti dah hidup senang lenang kan...
berkat kerajinan dan usaha kowang...
Moga korang sentiasa diberikan rezeki yang melimpah ruah...

Doakan aku yea
rajin update blog balik
haahahahahahaha.....

May 31, 2019

Salam Lebaran 2019



Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesame kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini
Salah dan silap harp dimaafkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

#lamatakupdate
#tetibekerinduan
#adamasasayaupdatelagi


Nov 2, 2017

TQ! Masih Ada Yg Singgah Blog Saya

Assalamualaikum...
Pekabar semue?
Saya dan famili ... Alhamdulillah sihat adanya...

Rindu nak tulis blog...
Sekian lama tak tulis .. last tulis , time raya

haa..haa..ha ... bertuah kan saya...
Ni kes Rindu Bertandang lagi...
camne leh tetiba nak tgk blog saya dah bersawang ni, hee..ehehehe...


Tertibe tempek gambar dengan anak2,
ni last weeknye pic, time siap2 nak gi kenduri...
syok dowang dpt kuar jenjalan,
yg penting dpt kuar rumah...

minggu ni gi kenduri lagi
jauh skit ... gi Pahang..
moga selamat pegi dan selamat pulang ke Putrajaya...

ni kalau rajin , Saya akan update lagi
sabar je la... jgn takde sape dah nak tgk kita udah....

hahahaha...


Jul 7, 2017

Salam Syawal 1438

Salam Aidilfitri
Minal Aidil Walfaizin
Selamat hari Raya
Salam Lebaran
Salam Kosong-Kosong
Maaf Zahir Batin

Dari hati
Daripada seisi keluarga

Alhamdulillah...
setelah sebulan berpuasa
tiba masanya mengganti puasa..
tiba masanya berhari raya
bersama insan2 yg tercinta...dan sekeliling kita...
moga kite bertemu lagi Ramadhan akan datang...

Syawal 1438 hadirmu satu Rahmat
moga diberkati dan dirahmati


Jun 16, 2017

Ramadhan 1438~

╔πŸƒπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸƒ════╗
     Yaaa Rabb.....  Begitu cepat waktu berlalu...😒
╚════πŸƒπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸƒ╝




RAMADHAN 1438

• 1 : Sabtu
• 2 : Ahad
• 3 : Senin
• 4 : Selasa
• 5 : Rabu
• 6 : Kamis
• 7 : Jum'at
• 8 : Sabtu
• 9 : Ahad
• 10 : Sennin
• 11 : Selasa
• 12 : Rabu
• 13 : Kamis
• 14 : Jum'at
• 15 : Sabtu
• 16 : Ahad
• 17 : Sennin
• 18 : Selasa
• 19 : Rabu
• 20 : Kamis

Dari 'Aisyah radiallahu 'anha, beliau menyatakan bahwa apabila masuk sepuluh akhir bulan Ramadhan, Baginda SAW akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya dan membangunkan ahli keluarganya.

[Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail Lailatulqadar, no. 2024]

• 21 : Jum'at
• 22 : Sabtu
• 23 : Ahad
• 24 : Senin
• 25 : Selasa
• 26 : Rabu
• 27 : Kamis
• 28 : Jum'at
• 29 : Sabtu
° 30 : Ahad

Hari ini sudah masuk hari ke 19 Ramadhan. Betapa cepatnya masa berlalu...😒

Semoga Allah berikan kesempatan kita untuk menyesaikan bulan Ramadhan ini dalam  keadaan sehat dan diberi kekuatan iman...
Diberikan keberkahan dalam Ramadhan
Dimudahkanlah dalam beramal sholeh pada Ramadhan
Dijauhkan dari amal yang sia-sia selama Ramadhan
Diampuni segala dosa yang telah lalu
Termasuk hamba yang mendapatkan lailatul qadar
Menjadikanlah hamba yang Istiqomah dalam kebaikan dan bertaqwa setelah Ramadhan


Semoga kita semua bisa memanfaatkan waktu yang kurang dari separuh bulan ini dengan sebaiknya2...

Ψ’Ω…ΩŠΩ† يَΨ§ Ψ±َΨ¨َّ Ψ§Ω„ْΨΉَΨ§Ω„َΩ…ِΩ€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€ΩŠْΩ†َ

Jun 2, 2017

Jamu Ketuk Tradisional Ra2Qu

Assalam...
Sape yang biasa makan jamu tahu la kesan kebaikan dia...
Ni nak kongsikan testimoni pengguna yang ada masalah period tidak teratur


InsyaAllah.. kite hanya ikhtiar.. Allah maha menyembuhkan...
yang plan untuk dapatkan anak juga.. boleh cuba Ra2Qu


Ra2Qu sesuai semua lapisan golongan, 
baik remaja,anak dara, si teruna, isteri, suami,mak, ayah

pst: saya dah amik jamu ni hampir setahun Alhamdulillah...
taknak dah jamu lain..
mujur ada Ra2Qu

May 29, 2017

Salama Ramadhan Al- Mubarak Semua

KEPADA SEMUA SAUDARA2 KU Di ARENA BLOG INI..

Ψ§Ω„Ψ³َّΩ„Ψ§َΩ…ُ ΨΉَΩ„َيْΩƒُΩ…ْ وَΨ±َΨ­ْΩ…َΨ©ُ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ِ وَΨ¨َΨ±َΩƒَΨ§ΨͺُΩ‡ُ

Maaf sekiranya pernah menyakiti,
Maaf sekiranya pernah menghina,
Maaf sekiranya pernah terkasar,
Maaf sekiranya pernah membohongi,
Maaf sekiranya pernah menyinggung,
Maaf sekiranya pernah mengumpat,
menjelang 1 Ramadhan 1438H ini saya memohon kemaafan sekiranya saya pernah melakukan kesalahan sepanjang perkenalan kita...

Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadan tahun ini.