Followers

Oct 31, 2014

Petua Untuk Isteri Agar Sentiasa Cantik

Salam Semua
Salam Jumaat...
Semoga Hari ini lebih baik dari semalam...
InshaAllah...
copy n paste dari grup Whatsapp 
Moga boleh jadi Amalan buat semua isteri...

Oct 30, 2014

BAHAGIA ITU SEDERHANA


Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga.

Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.

Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.

Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti aku masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.

Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.

Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman.

Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.

Mencuci dan meng iron timbunan baju, itu bererti aku memiliki pakaian.

Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.

Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya.

Mendengar bunyi ekzos & hon itu bererti aku masih bisa mendengar.

Mendengar bunyi Azan di subuh hari, itu bererti aku masih hidup.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari.

Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar aku masih memiliki teman yang peduli padaku.

Seseorang yang peduli tentang aku telah
mengirimkannya kepadaku.

Dan kerana aku peduli tentangmu maka aku mengirimkannya juga kepadamu.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.

Ayuh kite sama2 mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mngeluh tnpa brfkir hikmah di sebaliknye...

Semoga yang t pesan ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan  kedamaian.aaminn


pst: Amiin Yarabbal Alamin................ moga dapat dimanafaat kan kite bersama...

copy n paste dari Whatapps 
 

Gambar lama, masa raya.. kt kampung mr HuB kek Rombau Most Wanted katanyeee...heeee...

Oct 29, 2014

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~

copy paste n shared "Legacy Secret Trading''

Oct 28, 2014

Last Week n This Week punya cerita


Salam semua.. sihat?
Me n anak2 serta suami, Alhamdulillah...

gambar last week-bersama eryna, amik dia kat taska, so half day, eryna demam panas dalam dan kuar dari hidung...2 hari jaga eryna.. skrg, Alhamdulillah...

Minggu ni punye gambar, semalam Me n Hubby gi klinik sebab sakit mata, Mr Hub dapat 1 hari MC, Me dapat 2 hari MC semalam n hari ini, esok Me ade exam ICT, so tak masuk opis la, jumpe bos hari Khamis yea... heee~ harap Mata Me cepat baik,

Me seorang contact lens tegarrrr.................. skrg Me kene pakai spec mata, spec baru tu tau... setelah bertahun2 tanpa spec dan hanya bergantung pada Contact Lens, hehehee.. skali dpt sakit mata, menggagau cari spec, Doc pun marah, sakit mata lagi la teruk kalo pakai contact lens, menurut kata nasihat biras Me pun, bahaya contact lens ni kak, tapi Me kan degil, sbb apa??? sebab tak kena kan diri sendiri lagi, bila dah kene nyangkit sakit mata ni, dah terhantuk baru nak tergadah,

Tapi saya tetap nak pakai contact lens, saya tak minat pakai spec walaupun tau risiko contact lens,
contact lens murah ....imported lagi, pilihan saya yg boleh membahayakan diri sendiri, saya tak kisah, hahahaha.................

Pst: Saya akan kurangkan pakai contact lens selepas ni..jgn risau.. terima kasih yg sentiasa amik berat diri ini.. heeee~Ok, jom blogwalking

Oct 23, 2014

Alhamdulillah............sihat uols?

Salam...
Terima kasih atas keprihatinan rakan2 yg sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahtera anak2 saya...
Alhamdulillah.. twin dah beransur sihat..
cuma si Adik (Eryna) ada batuk2 skit.. takpe, mama akan pantau keadaan mereka...

tak sempat lagi mama nak komen balas kawan2 mama yg sentiasa menyokong n melawat blog biasa mama ni, heeee...
InshaAllah akan sampai ke blog kowang yea...

Esok mama cuti (jumaat - 24 Okt)
mama balik kg Mr HuB..
Doa kan selamat perjalanan kami...

jumpa kowang lagi di entry akan datang..
sori takde gambar kali ini...

Oct 20, 2014

Cerita Jumaat-Ahad

Salam...
Saya gabung kan cerita..Pendek je cerita nya...
Ari Khamis, ptg, ambil anak-anak di Taska, dapati Eryna dan Airis dijangkiti sakit mata, mata merah, makin merah dari hari sebelum nya,

Jumaat
Saya cuti jaga anak-anak kerana dijangkiti sakit mata
Saya syak juga kot kalau2 ada jangkitan HFMD
Sebab, sumbat botol, mereka menolaknya...
kot2 ada ulser
tgk tapak kaki cam ade skit2 bintik2 merah
badan, tangan, takde lak tanda2 yg mencurigakan...
 Doktor telah mengesahkan, anak2 saya bebas dari HFMD, Alhamdulillah...
tapi demam skit...
dpt Ubat n MC jaga anak
Opah n Atuk datang tgk cucu yg tak sihat....

Sabtu
Demam lagi,
bagi ubat lagi
mandi air suam
rutin biasa...
Papa work.

Ahad
Demam juga skit
bagi ubat cam biasa
dah tiga hari demam ni
tapi Alhamdulillah!
aktif spt tidak demam...
bwk ke playground petang nya...
Eryna demam balik malam tu
malam tu tido, tapi tak selesa badan, gelisah je

jelum2 kepala n badan dgn tuala basah
Airis demam Eryna sihat
Eryna lak demam Airis sihat
oh demam! pergilah kau jauh2...
Ya Allah berikan kesihatan buat anak2 ku

Isnin ( 20 Okt 2014)
Saya bekerja,

cam biasa anta twin ke taska...
masih monitor mereka...

pst: panjang juga entry ni
hahahahaa.. lepas geram kat demam hahahaaa~


Oct 15, 2014

Ya Badrotim - ( Full with Lyrics : Rahmat Ekamatra )

Entry tanpa Gambar...

Salam,
Hari ini bw bekal lagi...
Menu:
Nasi putih
Daging masak blackpepper
Sotong kering masak sambal
Buah Pear

Alhamdulillah...kenyang...
Mood: rajin sgt masak heee~

pst: esok nak masak ape lak yea??kowang kasi la idea... heeee~