Followers

Apr 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2009

Hye kenkawan.................
erhm... setelah diselidik, dinilai dan dikritik, mE pun
tukar la template blog yg simple, senang la kenkawan dtg
melawat blog n senang baca, tu yg penting...
ye la, me kan 'selalu' update blog,
hehehehe...pepaham je la
sronok gak, kalo sesekali dpt cuti panjang (walaupun 3 hari cuti)

ape pun, selamat berehat bersama keluarga pada 1 Mei (esok kan?)
semoga masa anda bersama keluarga tidak diabaikan
Sayangi keluarga anda............

Apr 28, 2009

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

Siti Nur Bahyah berkata,

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.


"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

Apr 27, 2009

Seminar Setiausaha 2009





Rasa nye dah cukup 7 hari setahun aku attend kursus/seminar sepanjang tahun nih, walaupun lom pun pertengahan tahun, bukan ape senang masa depan, tak perlu nak rushing gi kursus je, byk perkara perlu set up sebelum hujung tahun nih, perancangan strategik perlu dilakukan, hehehee..leh agak kan, nak wat pe pas nih, tapi lepas attend Seminar yg berlaku pada 25-27 April 2009 di Grand Seasons Hotel, Jalan Pahang, KL... sedikit sebanyak dpt menambahbaikan kualiti n prestasi kerja ku seharian, ade la tindakan sterusnya perubahan yg perlu ku lakukan, mesti la nak jadi PA/SU yg Ceria, kemas, bersih, senyum selalu, matang dlm ape jua yg kite hadapi, nak ckp pasal stress, ofcoz tahu camner nak menangani stress, betul ckp Y.Bhg Dato' Fadzilah Kamsah, dia la org yg byk memberi perangsang semangat sepanjang seminar tersebut, dia la penceramah yg paling brutal yg pernah aku jumpa, wah! tak sabar nak letak pics bersama Beliau, i want to be the best PA's~

Apr 22, 2009

Pisang Yang Baik~

Baik ker?
kowang pikir la sendiri.....

Apr 20, 2009

Artikel yg Patot Kite Ambil Tahu~

Salamun 'alaik
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita. Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14. KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15. KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16. KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17. KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1. Ketaqwaan
2. Kasih sayang
3. Kesetiaan
4. Komunikasi dialogis
5. Keterbukaan
6. Kejujuran
7. Kesabaran
Wallahu 'a'lam. Wassalamu. Al Faqir

Apr 13, 2009

Kata-Kata Hikmah~

Sebaik baik kaya ialah kaya hati
Sebaik baik bekal ialah takwa
Seburuk buruk buta ialah hati
Sebesar besar dosa ialah berdusta

Apr 9, 2009

Tahu Kah Kawan kawan ku?

hahahaaaa.....sunuk nye budak tocang nih...

Anda suka ketawa? Tahukah anda, ketawa akan menjadikan tidur lebih lena, meredakan kesakitan, meningkatkan daya ingatan dan komitmen terhadap kerja. Jadi ketawalah bagi mengekalkan keremajaan anda!

p.s.: Laugh is The Besh Medicine






Apr 6, 2009

What Story?!

sebelum balik, bergambar dgn pengantin glamour, dgn mak ku...hehe..

Beena n suaminya, aunti saba n angah

bergambar kenangan bersama Yusnita, bakal sepupu ipar..hehehe

Jumaat yg lalu jam 12 tgh malam pas aku ikut mak n ayah aku gi bisnes meeting, aku, angah, mak ayah aku gerak ke Gurun, Kedah, tapi sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah dulu kat umah slim river, ade barang nak amik daaa....then, perjalanan yg jauh bermula, jauh...ye laa, kalo dah lewat2 malam, pasenger kat belakang, sure tido kan, kan...zzzzzz...erhm beshnye, tapi aku tak de lena2 sgt, ye la risau ayah drive....kene tgk2 gak, mak n angah confirm lena nye...aku ni kan nye leh rasa kete lajuuuuu skit, terjaga la dari lena, sat2 sedar ayah aku brenti kat hentian rehat taiping, lagi hentian ape tah, aku tak sedar, sedar2 je, abg sedara ku kejut ayah , masa tu kat hentian Gurun, wah!!! kul 7.20 pagi dlm kete, huhuuuu....tu pun leh sambung tido lagik...hehee...sampai la di Jeniang, daerah Kedah laa...

tu la gambar sepupu aku menyambut di rumah suaminye kat Felda Lubok Merbau, Kedah, aku pun tak tau, tapi jauh laaa...huhuuu...sunuk kan dah jadi suami isteri, pasni aku bila lagi, hehehee...dah tau laa..doa2 semoga dipermudahkan urusan......amin................



Apr 3, 2009

Piknik Ex DSK 2001 dan Minggu Kecergasan Kami

hurm...aku join budak2 gak, heee...


memasing kepit anak, hehehee...aku?

tak sangka kawan aku dah 2 anak, hahaha!


kak Azura wif Famili...

Shira wif famili...

Kak yus wif famili

Azyanti wif her dotter n son...

anak-anak yg lucu...

kak zura n kak yus yg comel sgt2...


erhm..Dhia mau tido ka?


Kenangan Bersama Ex DSK 2001
Piknik Bersama 2009 Pada 28 Mac 2009 di Taman Putra Perdana, Putrajaya ~

dari kiri Aniq, Azyanti, Sofea (riba), Nazrul, Kak Yusliza, Nazrin (depan), mE, Kak Azura, Umar & Dhia (depan), Shahira, Iman & Wani



ni gambar pas erobik, gi kedai minum laa...pekene Naan Cheese, ni ma feveret nih!


ehem ehem, kowang suke senam robik tak? kalo suke join aku n rakan2 yg lain stp Rabu jam 5.30 ptg, di Parcel E3 Kem. Pengajian Tinggi ade erobik, join la, basikal n joging pun ade pada hari tersebut, silap2 kowang leh jumpe Datuk KSU kekekekee... jom la bersukan, amalkan hidup sihat dan ligat! hahaha...
































hahaha..gambar kami jelaa...


























































Apr 1, 2009

Layan Jap ~Dan Sebenarnya............

Oh Bulan..
Enggan melayan diriku lagi
Pabila airmata membasahi pipi
Dan lagu lagu di radio seolah olah memerli aku
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyumanmu itu
Kau juga menyintai aku

Ku enggan berpura pura ku bahagia
Ku enggan melihat kau bersama si dia
Oh ku akui cemburu
Mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku

Pabila kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar-benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih.. bersemadi untukmu
Dan sebenarya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku
Oh...

Dan Sebenarnya .. Dan Sebenarnya .. Aku rindu ..
Dan Sebenarnya .. Dan Sebenarnya .. Aku tak mampu .. tanpamu..

pst. tiada kene mengene dgn yang hidup atau yang telah mati