Followers

Jul 31, 2012

Sambung Busy dengan Kad Raya n Kad Kawen lagi la...

Salam All.
Hari ini start lambat skit mengerjakan Kad Raya n Kad Kawen boss n anak boss
Hai... kalo kowang PA, kowang tau la ikut ragam bos
sakit n penat juga la kita dibuatnye..
nak nak plak, keadaan kite berbadan 'tiga' ni
huhuhuhu... mula la sakit belakang
sakit tangan, kaki, mata, kepala.. kalo tak tahan mmg sakit seluruh badan la
nak ngadu kat sape? kat blog ni la..(tau..mesti ade kawan2 baca...)
kalo ada yg prihatin, Alhamdulillah...
kalo rasa nak tolong meh la
mesti ramai yang nak tolong tengok (okey gak tu..)
hehehe...
kalo yg bagi semangat tu, alahai...terharunya

Terima kasih sangat2...
 hilang skit rasa sakit2 belakang ni
rileks jap~ lepak tulis blog lak lah!

pst: bulan ni sakit skit la, setel road tax kereta, tukar duit raya, duit kereta lagi, tau tau je la...tetttt~
hari ini berbuka puasa kat opis lak!

Jul 30, 2012

Busy dengan Kad Raya n Kad Kahwen Anak Boss

Assalamualaikum
Selamat Berpuasa Ramadhan ke 10
Saya berkerja hari ini
InsyaAllah Sihat
menjalani ibadah puasa bersama twin dlm kandungan nak masuk 22 Minggu
InsyaAllah semoga Allah beri kesihatan dan kekuatan buat saya dan twin
Amin...........YarabbalA'lamin

Kakak2 skalian,
Adik2,
Abang2,
Kawan2 skalian,
Me sibuk menyiapkan kad2 raya dan kad2 kawen anak bos Me
bila jemu ngadap kad2 yg beratus2 ini
baru la Me dpt ngadap blog Me
rindu kat kowang yg bertanyakan khabar
Terima kasih atas ingatan kalian

Hari ini berbuka puasa di Tasik Idaman, Jalan Bangi Lama
(kowang penah tak makan kat situ? kali ketiga tak silap Me ke situ)

Jom la try makan@berbuka puasa di sana...
Me tak brape suke tempat situ, sebab bau tasik...
bg Me kurang selesa la, tapi2 lame2...takde dah bau, sebab
bau @ rasa makanan nye yg sedap...
terlupa akan bau air tasik tersebut, heeeeee~

InsyaAllah kalo me berkesempatan, me BW kat blog kalian ya!

pst: tak sabar nak berbuka kan..............

Jul 27, 2012

Tazkirah Jumaat: 7 Ramadhan 1433H

Salam.

Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia...
#
Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa

By: Hijjaz - Ramadhan bulan Berkat

Jul 26, 2012

Takde Idea nak Post Citer Pe Ari ni....

Salam.
Rindu blog.
Rindu kawan kawan di sini.
Terima kasih pada yg sudi kunjung blog saya
Ada je org
suke sgt
sonok
Terima kasih 
(Hanya Allah jua yg dpt membalas kebaikan kalian semua)
TQ...
Love kawan2 semua...

Jgn lupa baca doa
Doa Berbuka.Doa Makan.
Makan dgn tertib ya
Masak apa?
Saya?
tak masak, lauk banyak semalam
tak brapa nak makan sgt
panas kan je la
tak elok membazir........
Simpan duit gaji duit bonus ya!
heeeeeee~

Jul 25, 2012

Hari Govt Gaji~

Salam.
Muka ada senyum.
Alhamdulillah...
25hb adalah hari gaji bagi kakitangan Govt.
ada dpt tunggakan gaji?
Alhamdulillah...
Rancang perbelanjaan anda semua ya!
Me?
dok berkira-kira ni
Nak Bayar Hutang
Nak tukar tayar kereta
Nak Bayar Bil
Nak simpan (ni penting utk masa depan ni)

Selamat Hari Gaji Kawan2...
Meh belanja Me Berbuka puasa meh!
hehehehe~

Jul 24, 2012

Check Up + Scan 21 Minggu Hari ini

Salam Semua.
sihat yea?
Caner Puasa ?
InsyaAllah puasa hari ke 4 Ramadhan...

Pagi tadi Me gi check up kat Hospital
Monthly check up.
Check darah tinggi sikit
Check urin ok.
Jumpe Dr dia nak scan n dia check lagi tekanan darah Me, Ok, normal lak... hehehe...
tgk kedudukan babies, jantina, berat dan perimeter kepala, tulang, kaki, dll...
semua Doc ckp okey, babies membesar dengan baik
pembesaran yang normal.

InsyaAllah... moga Me selamat hingga melahirkan... Doakan Me yea...

pst: tak suke dengar bila doc ckp 'nnt kene bincang dengan doc kalo nak bersalin operate', harap2 jgn la operate...

Jul 22, 2012

Hepi Busday Buat Diri sendiri yg ke_ _

Salam.
22hb Julai
bersamaan 2 Ramadhan
Tak silap saya, mmg saya lahir pun bulan Ramadhan
bulan Islam
syukur Alhamdulillah
masih diberi kesempatan
menghirup udara untuk teruskan kehidupan dan perjuangan ini
Doaku..
agar ku berjaya mempunyai anak2 yg sihat
Suami yg penyayang, keluarga yg sentiasa menyokong dan merestui
perjalanan hidup ini

Dan, ku pohon dari kalian semua
kawan kawan maya
doakanlah kebaikan
kesejahteraan
ketenangan
kekuatan dan kesihatan..
Rezeki yg murah dan melimpah
agar dpt jalani
hidup setelah 31 tahun ini
dengan berkat dan rahmat
Allah swt..

pst: rasa diri ini dah tua, sedar diri, rezeki tahun ini 2012, ya Allah ku bersyukur pada mu...

Jul 20, 2012

Tazkirah: Marhaban Ya Ramadhan

Kelebihan Puasa
 
Nabi saw bersabda, "Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda. Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah di bandingkan wangian kasturi". (HR Bukhari dan Muslim).

Nabi saw bersabda, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". (HR Bukhari)

Nabi saw bersabda, "Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." (HR Ibn Majah)

Nabi saw bersabda, "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit".(HR at-Tirmizi)

Nabi saw bersabda, "Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha (sia-sia) dan tidak bercakap perkataan yang keji." (HR Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Nabi saw bersabda, "Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya sedang berpuasa." (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk ketika berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah, baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.” (HR Bukhari)

Nabi saw bersabda,, "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu".(HR Bukhari)

Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut Pintu Rayyan. Semua orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu dikatakan: "Di manakah orang yang berpuasa?" Lantas mereka pun berdiri dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa. Apabila sekalian orang berpuasa telah masuk, maka ditutuplah dan tiada seorang pun yang dapat memasukinya." (HR Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Umamah ra, Aku bertanya kepada Rasulullah saw, "Tunjukkan aku satu amalan yang membolehkan aku masuk syurga". Rasulullah saw bersabda: “Hendaklah kamu berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya”. (HR Ibn Hibban)

Nabi saw bersabda, “Puasa adalah perisai yang akan melindungi seseorang daripada api neraka”. (HR Ahmad)

Nabi saw bersabda, “Tidak ada seorang hamba yang berpuasa sehari di jalan Allah kecuali Allah akan menjauhkan dia dengan api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun perjalanan”. (HR Bukhari dan Muslim)

Sumber: Blog Lenggang Kangkung 

Dikesempatan ini eMMe n famili nak ucapkan selamat Menjalani Ibadah Puasa
selamat sebulan
Moga Ramadhan ini dapat mempertemukan kita dengan
Keagungan Lailatul Qadar

InsyaAllah....


Jul 19, 2012

Kusangkakan Sotong Biasa rupanya.........

sumber gambar: Blog Farhana

Salam.
Cite semalam.
Mr HuB kirim beli sotong kat org Sabah
katanya sotong katak
Me bayangkan sotong katak ni yg kecil2 kontot2 tu
mmg tak de bayangkan pun sotong seperti gambar di atas
mmg takkk laaa....

Buka je plastik sotong utk siang je...
waaaa... peliknya rupa sotong ni
Geli pun ada
dlm hati dah bergumam
Bengkek sikit la..
muka yg manis ini
bertukar jadi masam,munyuk,muncung
bebel2 kat Mr HuB
ingat sotong biasa...
tapi sotong ni...urhhh!!!!
Dalam hati time siang tu, berdoa berdoa berdoa je...
1st time siang, n 1st tgk
1st makan kah????
tak pasti rasanya...
yea kene belajar makan la ni...............

Mr HuB ckp " cuba la...mane tau sedap..."
Me: " Yo La Haaa..."


Jul 18, 2012

WW: Citer makanan feveret saya...

Salam.
Rasa lama betul tak update blog
Sori... pasti ada yg ternanti2 kunjungan balas dari Me kan..kan..
Saya akan jenguk blog kalian, jika ada waktu yg lapang
InsyaAllah
Saya sihat
Babies InsyaAllah sihat...
Hope kalian semua turut sihat juga
Mudah2an...
tak lama lagi nak sambut Ramadhan
Excitednya... moga dipermudahkan menjalani ibadah di bulan Ramadhan
Amin...

Bile dah lame tak update
mula la kumpul2 citer dlm satu entry
okey la kan...kan...
hahahaha~

ala..tak wordless dah
tak jadi sudah...

 Ni gambar sendiri punye tau! Lava Grill, Serdang 

LAVA GRILL BURGER UPM SERDANG (Cawangan Pertama)

Alamat:
Restoran Bismillah,
Jalan 18/5,
Taman Sri Serdang,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.

GPS Coordinate:

3.004772, 101.717072

 Ni kat KLCC 
Medium paket Caramel Crisp with Almond RM36.00
time ni tringin sangat~ 1st time beli mmg gulp! pejam mata je la huluq duit tu, hahahaha~

Alhamdulillah 
dapat kupon
time 1M4U @ KLCC last week
heheheh~
Mr HuB said " takde kupon ni mmg takkk la nak makan SR"
She wife said " mane leh babies nak Lasagna"
hehehehe...
 bye!

Jul 16, 2012

Melakukan Tahnik Terhadap Bayi Baru Lahir

Tahnik atau yang dikenali dengan belah mulut terhadap bayi merupakan salah satu daripada ajaran Nabi kita yang dilakukan sejurus selepas bayi dilahirkan. Oleh itu, sebagai seorang Islam hendaklah mengambil berat untuk mengamalkan petunjuk ini.

Tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan tahnik Ini dan hikmah di sebalik perbuatan ini?
'Tahnik bermaksud memamah kurma dan menggosok kurma yang dimamah itu ke gusi bayi. la dilakukan dengan meletakkan sedikit kurma ke dalam mulut bayi, kemudian digerak-gerakkan ke kanan dan kiri dengan lemah lembut. Sehinggalah mulut bayi tersebut dapat mengecapi kurma yang dimamah tadi. Sekiranya tidak mempunyai buah kurma, lakukanlah tahnik ini dengan apa sahaja yang manis demi mencontohi sunnah dan sebagai tanda mengikut apa yang dilakukan oleh baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

Mungkin antara hikmahnya ialah disebalik perbuatan ini bertujuan menguatkan otot-otot mulut dan rahangnya dengan pergerakkan lidah ketika tahnik ini dilakukan dan melatih bayi menyusu dengan cara semulajadi ( tabi’i ). Lebih afdal sekiranya tahnik ini dilakukan oleh seorang yang cukup dikenali dengan ketakwaan dan orang yang soleh demi mengambil keberkatan daripadanya. Mudah.-mudahan bayi itu akan mengikut jejak langkah beliau. – Rujuk kitab Tarbiyat al-Aulad, karya Abdullah Alwaan, jil. 1ms.77.
Imam al-Bukhari dan Muslim menyebut tentang hadis Abu Bardah yang dinukilkan daripada Abu Musa Radiallahu anhu katanya:

“ Telah dilahirkan untukku seorang bayi lelaki lalu membawanya kepada Nabi dan baginda menamaknnya Ibrahim lalu ditahnikkannya dengan sebiji buah kurma. Manakala al-Bukhari pula menambah: Nabi mendoakannya agar mendapat keberkatan lalu menyerahkannya kepadaku. Anak itu merupakan anak sulung Abu Musa.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab al-Akikah, jil.3, ms 303 dan dalam kitab al-Adab, jil. 4, ms 8. Manakala Muslim dalam kitab al-Adab, hadis no:24.

Anas bin Malik r.a berkata:
“ Abu Talhah mempunyai seorang anak yang ketika itu sedang sakit. Ketika abu Talhah keluar, anak itu telah meninggal dunia. Apabila kembali ke rumahnya, beliau bertanya tentang keadaan anak itu. Jawab Ummu Sulaim: Dia lebih tenang sekarang lalu beliau menghidangkan makan malam. Setelah selesai makan malam, mereka telah melakukan jimak(bersetubuh). Setelah selesai, isterinya berkata: Anak itu telah tiada lagi.
Pada keesokkan paginya, Abu Talhah telah menemui Rasulullah dan menceritakan kejadian malam itu kepada baginda lantas bersabda: Adakah kamu bersetubuh malam tadi? Jawab beliau: Ya! Lalu baginda berdoa: Ya Allah! Berkatilah mereka berdua. Lalu lahirlah seorang bayi lelaki.

Abu talhah berkata kepadaku: Bawalah dia menemui Nabi dan beliau mengirimkan bersamanya beberapa biji buah kurma lantas Nabi mengambilnya. Baginda bertanya: Adakah bersamanya sesuatu? Jawab mereka: Ya! Beberapa biji buah kurma. Nabi mengambilnya dan memamahnya hingga hancur kemudian diletakkan kedalam mulut bayi itu sambil baginda mentahmidkannya dan menamakan dia Abdullah.”- Hadis riwayat al-Bukhari:5470 dan muslim:2144. Sumber: http://makrifah.blogspot.com

Segmen Ayu: Saya Blogger dari Putrajaya

Ditag oleh : Bert Atiah
Penganjur segmen: Ayu

Syarat-syarat penyertaan :
1. Buat 1 entri dengan tajuk Segmen Ayu : 
Saya Blogger Dari Putrajaya, 
Menetap dan Bekerja di Putrajaya 
sejak tahun Nov 2000

2.letak banner diatas dan link kan ke entry ini
3.Follow Blog Ayu dan Queensbox jika sudi ;-)
(jika follow bagitahu ya,Ayu akan follow balik)
4. Taq seorang kawan anda
Saya Tag: Cik RoZ
5.Tinggalkan link entri di entri Ayu ini.
6.Siap!..mudah tak?hehe

  Segmen tamat : 12 August 2012
(11.59 p.m) 
 
pst: Kawan-kawan yang berminat nak wat segmen ni dialu alukan utk join ya!
 

Jul 13, 2012

Tazkirah Jumaat 23 Syaaban 1433H : Bersih Hati


Tuan/Puan,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TAJUK : Bersih hati

HADIS :
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Bahawasanya di dalam tubuh manusia itu ada seketul daging, apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak, rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati."
(Riwayat Al-BUkhari)

HURAIAN :
Kebersihan merupakan satu ciri yang perlu wujud dalam kehidupan manusia, baik dari aspek rohani dan jasmani. Jiwa yang kotor dan berpenyakit adalah punca kegagalan dan kekecewaan dalam hidup. Konsep kebersihan yang menyeluruh ini merupakan satu nilai yang penting untuk diamalkan kerana kebersihan akan membentuk persekitaran dan masyarakat yang sihat.

SUMBER
1. Panduan Al-Quran dan Hadith, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2009)

Jul 12, 2012

Semalam Hari Rabu Kan?!

Salam All.
Haa!!! baru nak update blog
tadi Me layan Drama kat Youtube 'Mencintaimu' Lakonan Eman Manan dan Sharifah Amani
berjejer jejer air mata part ending... gile punye menghayati watak, huhuhu...
Nape Me beria sgt menangis ek, selalu tak camni tau
jgn kata ni pembawa budak jugak yea, 
hahahaha...

Terima kasih to my frenz Roz, atas pemberian coklat semalam...
Acctually dia ni baru balik Outstation dari Langkawi, She's blogger fren, but now jadi best friend
she's good girl, good listener, good woman for right men, and good fren,
sesape nak fren dgn dia, leh terjah blog dia, heheheh...


Petang Semalam, Mr HuB nak jumpe kawan dia dari Johor, tujuannya ke Putrajaya, adalah menghadiri convocation di PICC, so ajak dowang lepak minum n makan petang di Maritim Putrajaya Presint 5 ala sebelah Pullman Hotel...

Petang tu tak ramai org, tapi beroperasi sehingga 10.00 malam
tapi tengahari, biasa la goverment stuff ramai lew...
ni first time i makan kat sini tau!
tempat dia selesa. 
nampak menarik.
menghadap tasik dan bangunan2 pencakar langit tgk lew tu nampak kan..kan...
yg penting udara petang smalam, nyamannya......

Me order char Kue Tiow RM8.50
Mr HuB order Fish n Chip RM15.00
Kawan Mr HuB Hainan Chicken Chop RM15.00
Minum: Peach Tea RM4.50
Lemon Tea RM4.50
Nescafe RM4.50

Overall: sedap n takla mahal sgt, hahaha...
takpe, leh 'claim' heeeee~

pst: suka nye membebel banyak2 apasal ni...........layan kan je la Me ni yea kowang....

Jul 11, 2012

Fakta menarik: Baby o Baby~

FAKTA MENARIK: Apa yang anak mama dah tahu buat masa dalam perut...
-----------------------------

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.


credit: dia-honey.blogspot.com

Sila Lapor kan Segera kepada saya~

Salam.
Laporkan kepada saya
sekiranya anda klik blog saya ada
MALWARE

dan sesiapa
yang tahu cara nak buang MALWARE tu
tolong la bagi tau saya ya...

Saya amat perlukan bantuan kawan-kawan semua...
& Terima kasih kerana sudi membantu saya...

entry baru?
scroll ke bawah.
TQ

Wordless Wednesday~ Hargailah Masa..

Terima kasih Bro Muz aka ChiLaBaey's Spot 
Sekian lama ku nantikan cenderahati ini
akhirnya sampai jua ke tangan ku
hehehhehehehe~

pst: entry ni di autopublishkan, ketika ini saya berada di Klinik Putrajaya, monthly check up
hope semua OK, InsyaAllah..........

Jul 10, 2012

Hari Ini Masak Rendang Kerang Besar tak jadi...

Gambar penghias entry ku dari Google~ heeee~

Gambar penghias entry ku jugak~  hahaha...

Salam.

Dah makan tengahari belum ?

Malam tadi masak Rendang Kerang besar

rasa cam bukan rendang

ni resepi jadi cam rekaan sendiri la

bahan2 mmg confirm bahan wat rendang

tapi awat rasa cam bukan rendang

hahahahhaa......

Untuk back up rendang tu

Me masak bilis tumis

Yang ni mmg tak pelik rasa dia

confirm rasa tumis bilis

sedappp~coz mr HuB bab tambah2 perasa

serah kat dia

dialah masterchef hati saya

cewah~~~

pst: bekalan ke opis hari kedua... (rajin lak saya ni masak kan..heeee)

Roti Canai Abg Ejeap, Dengkil Sedap

Sumber: Google

Salam.
Selamat Pagi Semua rakan blog yg Me sayangi
kowang Breakfast dah?
Pagi tadi Me pekene roti canai 2 keping dengan milo suam

Kenapa Me makan roti canai?
Dulu Me tak suka roti canai tau
sekarang dah terbalik
Sukaaa... sgt roti canai
Yang suka jadi tak suka
yang tak suka jadi suka

Ada lagi dulu tak suka makan Mee goreng mamak
skrg sukaaa sgt..
Dulu suka meehun sup @ meehun goreng
skrg tak suka...

Dulu suka makan ayam KFC
skrg tak suka Ayam
serba terbalik kan...
kalo makan tak boleh masuk
dia menolak keluar
tentu membazirkan...kan..kan..
so, makan la apa yg kite SUKA... 

Pelik kan tapi benar
Hahahaa.....

Jul 9, 2012

Sebut Belimbing Buluh Dapat Binjai

Salam.
Malam tadi dok sebut2 "Bestnya kalo dpt masak/makan gulai lemak ikan + belimbing buluh kan.
Kataku kepada Mr HuB ku...
Tup!Tup! Jiran sebelah datang menjenguk
'Me, makan tak buah binjai?'
Haaa~ Binjai?Sedapnye Kak, terima kasih yea kak
'Ni ada rambutan skit'
Sekali lagi kuucapkan 'Terima kasih'

Malam tu juga ku menggulaikan ikan masak lemak binjai
sedapnye la...Tak sangka. leh masuk masterchef
pujian dari mr HuB tu penting...
bukan selalu gulai ku menjadi

gambar contoh dari Google
tak sempat snap gambar gulaiku
heeeee~
lebey kurang gini le rupe nye... hehehe...(1st time masak gini buh binjai) hem3x!!! Me punye versi buang kulit, mano la den tau...hahaha! peh tu terlebih buh binjai, ari ni rasa mashommm la pulak.. habisss..licin..tinggallah binjai bergelimpangan, hahahaha~ Erkkk~ Alhamdulillah kenyang...

makanan kegemaran Mr HuB,
sape org nogori???
masak Lomak Cili Api haaaa...
tak podeh bukan org nogori la namonyo...
hahahhaahha~

pst: Me teror masak gulai tempoyak ler.... eh! tak le teror pun...janji mr HuB makan bertambah2
tambat hati suami dgn masakan la kan... apa lagik... heeeee~
ni entry kasi kembang diri sendiri jew pisss*

Dah Jadi Member...

Salam. 
Selamat Pagi.
Syukur kepada Allah
Dapat kite bersama sama lagi hari Isnin.
Yang Indah dan damai ini
Moga hari yg kita lalui
dlm kesejahteraan dan ketenangan...

 Registered semalam RM3
tak tau nak beli apa.
tgk2.ushar2.survey2...
wow~ leh tahan harga barangan baby ni
tu kalo baby
kalo babies???

owh $$$$
harap ada rezeki babies nanti....
InsyaAllah...
moga Allah berikan rezeki yg mencurah2 buat 
bakal ibu ini...

Jul 6, 2012

Tazkirah Jumaat 16 Syaaban - Ramadhan 1433H

Kategori : AKIDAH Akhlak 
Tajuk : Beradab Ketika Minum


Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:"Jangan kamu minum sekaligus seperti binatang ternakan minum, tetapi minumlah dua kali atau tiga kali, membaca bismillah bila mula minum dan membaca alhamdulillah sesudah selesai."

(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)


Huraian :

1. Islam mementingkan adab dan sopan dalam segala perkara termasuklah makan dan minum.

2. Ketika makan kita ditegah daripada gelojoh begitu juga ketika minum hendaklah minum dengan perlahan dan jangan bernafas dalam bekas minuman serta dilarang juga minum sambil berdiri. Semua ini kerana mengambilkira faktor kesihatan dan kebersihan disamping dapat mencerminkan tatatertib yang sopan bagi seorang Islam.

3. Mengecap rezeki yang dimakan atau diminum sebaik-baiknya ialah dengan membaca bismillah sebagai memuji Allah S.W.T yang mengurniakan rezeki dan mengucapkan alhamdulillah sebagai mensyukuri nikmat yang telah diberikan itu.

Jul 5, 2012

Solat Duduk Bagi Ibu Hamil

sumber: lindarosman

Salam.
Dah lama nak cari cara solat duduk ni.
Baru ingat nak up kat blog.
Sekarang ni larat lagi solat mcm biasa.
InsyaAllah..kalau larat sampai bersalin la
Solat biasa.
Solat Duduk.
Takpe sebagai persiapan awal.
Moga dipermudahkan urusan kita
sepanjang kehamilan.
tapi solat ini bukan utk ibu hamil je.
yang ada masalah kesihatan...biasanya kan...

Betapa Islam itu Mudah.

Jul 4, 2012

Header Sementara

Salam.
jap! tgh bikin
adui..tak tau nak pakai header camner
harus ada gambar Me n Mr HuB
la kan..kan..

Harap semua bertenang okey!

Blog saya takde pape problem
yg problem skrg ni ialah...
Tuan punye blog...

huhuhuhu~
Ada sesiapa yang teror n pakar buat blog header
ikhlas ke upah ke

tak kisah la... janji ade Header kan...

suka bunga.suka color pink.

Suka gak yg ni.
suka color gold n yellow.
nampak meyakinkan. hahaha!
tapi. dia tak landskap...
nak adjust tak reti

huhuuh...
tak tau ape kah hasil nya...
tunggu dan lihat saja lah...

Wordless Wednesday ~ Mata U All OK?


Salam.
Nampak tak
apa yg berlaku
shhhhh...
komen je la..... hiiiii

Jul 3, 2012

Nak Berangan Jap!

Salam.
Tak salah kan berangan
yg pasti apa yg kita angan kan...
berdoa dan berharap
jadi kenyataan
Sis
Bro
Sepasang

Ya Allah...
berikanlah aku sepasang anak Lelaki dan Perempuan
yg soleh dan solehah
buat aku dan suami ku...

dah jumpe web site Twin stroller

Nak Sahur Jadi Breakfast...LaH!

 Macam makan tengahari terus je ni... apa boleh buat, bila lapar memuncak....

 Terliur tak tgk, ngeeeee~

Salam.
Lauk Dinner malam tadi
patutnya simpan utk sahur
tapi terlajak lak!
terus bawak jadi breakfast
huhuhu...
Me ada lagi 3 hari ganti puasa
sempat lagi ke ni?
sempat2 kan gak la kan..
U all mesti dah setel puasa ganti kan...kan...
jeles LaH~

Jul 2, 2012

Suka Cerita Semalam

Selamat Pengantin baru buat kawan saya Pn Azliza Lokman dan suaminya.
Pada 1 Julai 2012, Seremban
moga bahagia ke akhir hayat... dan dpt cepat2 le dapat baby! hahahaha!!!


pst: sila abaikan mak buyung di situ... tak leh cover dah.. perot makin besar hahaha... posing tetap posing ya... hingga lupe ku bawa buyung... hiks~