Followers

Jul 16, 2012

Melakukan Tahnik Terhadap Bayi Baru Lahir

Tahnik atau yang dikenali dengan belah mulut terhadap bayi merupakan salah satu daripada ajaran Nabi kita yang dilakukan sejurus selepas bayi dilahirkan. Oleh itu, sebagai seorang Islam hendaklah mengambil berat untuk mengamalkan petunjuk ini.

Tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan tahnik Ini dan hikmah di sebalik perbuatan ini?
'Tahnik bermaksud memamah kurma dan menggosok kurma yang dimamah itu ke gusi bayi. la dilakukan dengan meletakkan sedikit kurma ke dalam mulut bayi, kemudian digerak-gerakkan ke kanan dan kiri dengan lemah lembut. Sehinggalah mulut bayi tersebut dapat mengecapi kurma yang dimamah tadi. Sekiranya tidak mempunyai buah kurma, lakukanlah tahnik ini dengan apa sahaja yang manis demi mencontohi sunnah dan sebagai tanda mengikut apa yang dilakukan oleh baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

Mungkin antara hikmahnya ialah disebalik perbuatan ini bertujuan menguatkan otot-otot mulut dan rahangnya dengan pergerakkan lidah ketika tahnik ini dilakukan dan melatih bayi menyusu dengan cara semulajadi ( tabi’i ). Lebih afdal sekiranya tahnik ini dilakukan oleh seorang yang cukup dikenali dengan ketakwaan dan orang yang soleh demi mengambil keberkatan daripadanya. Mudah.-mudahan bayi itu akan mengikut jejak langkah beliau. – Rujuk kitab Tarbiyat al-Aulad, karya Abdullah Alwaan, jil. 1ms.77.
Imam al-Bukhari dan Muslim menyebut tentang hadis Abu Bardah yang dinukilkan daripada Abu Musa Radiallahu anhu katanya:

“ Telah dilahirkan untukku seorang bayi lelaki lalu membawanya kepada Nabi dan baginda menamaknnya Ibrahim lalu ditahnikkannya dengan sebiji buah kurma. Manakala al-Bukhari pula menambah: Nabi mendoakannya agar mendapat keberkatan lalu menyerahkannya kepadaku. Anak itu merupakan anak sulung Abu Musa.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab al-Akikah, jil.3, ms 303 dan dalam kitab al-Adab, jil. 4, ms 8. Manakala Muslim dalam kitab al-Adab, hadis no:24.

Anas bin Malik r.a berkata:
“ Abu Talhah mempunyai seorang anak yang ketika itu sedang sakit. Ketika abu Talhah keluar, anak itu telah meninggal dunia. Apabila kembali ke rumahnya, beliau bertanya tentang keadaan anak itu. Jawab Ummu Sulaim: Dia lebih tenang sekarang lalu beliau menghidangkan makan malam. Setelah selesai makan malam, mereka telah melakukan jimak(bersetubuh). Setelah selesai, isterinya berkata: Anak itu telah tiada lagi.
Pada keesokkan paginya, Abu Talhah telah menemui Rasulullah dan menceritakan kejadian malam itu kepada baginda lantas bersabda: Adakah kamu bersetubuh malam tadi? Jawab beliau: Ya! Lalu baginda berdoa: Ya Allah! Berkatilah mereka berdua. Lalu lahirlah seorang bayi lelaki.

Abu talhah berkata kepadaku: Bawalah dia menemui Nabi dan beliau mengirimkan bersamanya beberapa biji buah kurma lantas Nabi mengambilnya. Baginda bertanya: Adakah bersamanya sesuatu? Jawab mereka: Ya! Beberapa biji buah kurma. Nabi mengambilnya dan memamahnya hingga hancur kemudian diletakkan kedalam mulut bayi itu sambil baginda mentahmidkannya dan menamakan dia Abdullah.”- Hadis riwayat al-Bukhari:5470 dan muslim:2144. Sumber: http://makrifah.blogspot.com

22 princes N princess Yg Sweet:

TS said...

tahnks for sharing this kak..
mak adik pon slalu buat camni...sunnah kan.. :)

BERT said...

oohh ni sunnah rupanya.. penah dengar tapi tak tau pulak ni sunnah nabi inggatkan turun temurun dari orang lama... ehhehe...

tq for sharing kak emme :)) dah bersalin nanti boleh la buat tahnik ni..

Bazilah (^0^) said...

thanks for sharing kak emme. Boleh dipraktik kan lepas bersalin nnti insyaALLAH. Pssssst, akk sehat tak? Skrg susah nk tidur lg ke?

Eye_nee said...

Ikut Sunnah nabi membuatnya mendapat kebaikan..Semoga yg akan keluar dari kata2 anak itu nnt adalah semanis kurma tersebut...

-Sara- said...

kat ganu panggil belah mulot..seeloknya ia dilakukan oleh org yg baik akhlaknya..insyaAllah anak tu akan menurun akhlak org yg belah mulot dia :)

aliza said...

yuppp anak2 akak pun ada buat cam ni... petua org tua2 juga selain sunnah nabi kann..

sal ya said...

anak2 akak pun sama. ada buat macam tu jugak.

ewanthology said...

terima kasih atas perkongsian ini

esmiera said...

Tu amalan paling penting...alhamdulilah dua anak akak benda pertama kitaorg buat bertaknik tu paling penting

maya amir said...

emme.. bday emme next sunday eh? oooo..sama dgn my hsbnd's.. ramai laa july..i loikeee:)kalau akak terwish lambat sorry eh..sbb plan nak balik kg..internet adelah giler slow kat sana..so, akak nak wish awal2.. happy b'day in advance:)

Ena said...

selalunya mak2 akan igtkan kita pasal benda ni bila dah dekat nak bersalin..

thanks emme..

qaseh johanna said...

yeayyy.. baby Jasmin sy pon dah wat tahnik ni.. bukan main suka lagi dia..mklum la kurma kan manis.. :))

**amboi..rajin pulak header tu berpusing2 eh.. hehe

Unknown said...

mmg bagus kalau amalan2 cmni kita buat...elok utk baby...elok utk kita jugak dimasa2 akan dtg...

Outbound di malang said...

salam kenal ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya!

kurus said...

TQ emme .. sharing yg sgt2 bagus !
akk dulu zaman bersalin , tahnik dgn buah kurma dan air zam2 .. memang ada stok sokmo ;)

Rosmawani♥ said...

wah ari tu auni xsmpt wat pun trus bg susu :(

eita said...

beloh mulut..
kat ganu biasa bagi kurma n air zam2...

Cho Zila said...

belah mulut... dulu macam ganjiljer nama diakan..
selalu dulu tok ler selalu belah mulut...

Maiyah said...

salam..
trm ksh perkongsian

Mama Gee said...

huhuhu bila nk ada peluang buat tahnik ni...masa nureen dulu tak perasan plak adeb uat ke tidak..huhuhu

a.samad jaafar said...

salam mE..
ini dapat menambahkan sedikit lagi pengetahuan saya tentang tahnik..nanti saya nak copy paste n3 ni utk dimuatkan dlm blog kuduprogon ye mE..

My Little Diary said...

org tua2 ada yg guna madu...

Post a Comment

tq 4ur comments~