Followers

Nov 30, 2022

“Solat taubat dulu, sebelum tunai solat sunat lain”- Ebit Lew

ADALAH menjadi fitrah manusia yang tidak dapat lari daripada membuat kesilapan, tidak kiralah besar atau kecil. Masakan tidak, kita bukanlah manusia maksum seperti para nabi dan rasul. Maka, disebabkan itu kita dituntut untuk sentiasa memohon keampunan daripada ALLAH SWT. Lebih-lebih lagi digalakkan menunaikan solat sunat dua rakaat atas kekhilafan yang dilakukan. Bagaimanapun menurut pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew sebelum melakukan solat sunat, lakukan solat sunat taubat terlebih dahulu. “Sebelum nak buat solat sunat apa-apa, tunaikan solat sunat taubat dahulu. “Sebelum minta dekat tuhan, minta maaf dulu,” ujar beliau. Solat sunat taubat biasanya dilakukan apabila seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan melanggar hukum agama. Justeru, menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan ALLAH, maka kita perlu bertaubat.
Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada ALLAH SWT. ALLAH pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini: “Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka segera mengingati ALLAH dengan memohon keampunan ILLAHI terhadap dosa yang dilakukan. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain ALLAH? “Kemudian, mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan di situlah tempat mereka selamanya.” (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.) Solat taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam yang mana suasananya lebih sunyi dan tenang. Fadilat solat sunat taubat: Diampunkan ALLAH SWT Dimudahkan segala urusan Menceriakan kehidupan seharian Menghilangkan perasaan yang menekan Mencegah dosa dan menghindari gangguan menunaikan solat sunat taubat: 1. Niat “Ushollii sunnatat Taubati rok’ataini lillaahi ta’aalaa.” 2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas 3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk tahiyyat akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah tasbih berikut sebanyak 40 kali: “Laailaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz zhoo limiyn.” 4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar
Baca istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali; “AstaghfirulLaahil ‘Aziym, alladziy laa ila-ha illaa huwal haiyul qoiyuum waatuubu ilaih.” Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali; “AstaghfirulLaahil ‘Aziym, allazii laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum waatuubu ilaih. Taubata ‘Ab-di zhoolimi laa yamliku linafsihi dhorraa, walaa naf‘an walaa mautan walaa hayaatan walaa nusyuu-raa.” Kemudian, bacalah penghulu istighfar sebanyak tiga kali: “Allaa Humma anta rabbi Laa ilaha illaa anta kholaqtani waanaa ‘abduka waanaa ‘alaa ‘ahdika wawa’dika mastath0′tu, a‘uudzubika min syarrimaa shana’tu, abuu ulaka bini’matika ‘alayya waa buu bidzanbi faghfirlii, fainnahu laa yaghfirudz dzunuuba illaa anta.” 5. Baca doa taubat (boleh mohon apa jua yang dikehendaki) “Aku memohon ampun kepada ALLAH, aku mohon ampun kepada ALLAH, aku mohon ampun kepada ALLAH yang tiada tuhan melainkan DIA YANG MAHA HIDUP LAGI MAHA MENGURUS. “Aku bertaubat kepada-NYA selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudarat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan(di Padang Mahsyar kelak). “Aku mohon perlindungan-MU daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Aku mohon perlindungan-MU daripada segala kesalahan dan hukuman. “YA ALLAH! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran.

Oct 13, 2022

Tetibe... lagu ni cam kene dgn diri ini, hahahah!!!

 


Kalau cinta katakanlah

Tidak aku terus gelisah
Kalau diam mana kutahu
Aku takut ku kan berlalu pergi darimu

Kalau benci lepaskanlah
Tidak aku tidak marah
Kalau diam siapa yang tahu
Kalau begitu tak mungkin aku terus menunggu

Tiada guna diam saja
Berterus teranglah segala
Kini masa dah tiba
Cinta tak perlu pura-pura

Kalau cinta katakanlah
ku tak mau terus gelisah
Kalau diam tak ku tahu
Mungkin aku pergi berlalu
Lepaskanlah kalau kau benci
Tidak sekali ku marah pada mu
Ku tak marah

Lepaskanlah ku tak marah
Lepaskanlah ku tak kisah

Cinta tak perlu berpura-pura
Kau pun tahu
Tak perlu pura-pura

Aku tak mahu berpura-pura
Engkau pun tahu aku tak marah



ps: minggu kesakitan hati, hahahaha... okey fineee, hati i keras okey!! tak boleh laa tgk muka ketat tu.. aduhhh.. kenapaa..... tolonglah aku Ya Allah...aku serah padamu YaAllah...


Oct 6, 2022

U break my heart gitewww~

 

Assalam~ Biar ku bahasa diri ari ni Acik laaa ehh...

last 3 Oct, Acik ngan pakcik ko nye anniversary...
feeling nak brekfest, lunch, dinner all together la kaedahnya...

tapiiii... dek kerana molot..
abis rosak binasa mood acik...ngan pak encek korang laa...
acik mmg tak boleh feel moody kalo dah start wat acik sakit hati
mmg habis la mood start dari tuu... sampai la ni...
acik n pak cik ko diammm je, tak sembang ape, tak gurau, tak gelak
takde senda tawa...

senyap berhari2
better kot, kang bersuara sakit hati balik
terluka 
terguris
terhiris
sume laaaa...

Ya Allah! ampunkanlah hambamu yg lemah ini...
ampunkanlah dosa ku sebagai isteri...
sakit hati ni lekas la pergi..



Sep 28, 2022

No Caption Morning uols

 Assalamualaikum,

Salam Rabuuu...

Tetiba bertiktok Sis pagi ni .. kasi happy skit la kan..kan...

bos takde

tapi keje ada

dah mula skit...ingat nak wat claim bos

bos tak sampai tak sampai 3 minggu dah nak bersara.... begitu la kehidupan seorang PA 

ehehehehe~ 

Sep 23, 2022

Kisah Semalam 23 Sept gegehhh~

 

Gigih!nak kurus mcm kakak sebelah saya ni... Semalam sis ada zumba, sebelum tu jumpa Kak Tin (Datin Haliza) beliau nak gi Umrah.. so tiada di pejabat dah la ni (cuti Umrah 2 Minggu)

Sis dah 5 hari tak naik lift, panjat tangga...
semoga sis terus disiplin dan bff dgn tanggaa stp pagiii

hihihih... bukan nak lawaa je nak, baik, cantik, molek, yg penting sihat sehingga pencen, 
Aamiin... arini (Jumaat 23 Sept HP sis taktahu cicir kt mane.. pepagi kelam kabuttt.. packing nak gi staycation, tunggu next entry gais...

hepi weekendddd uols...πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹

Sep 21, 2022

21 September 2022 Gigih update Blog ni

 Assalamualaikum... Pagiii...Salaam Rabuuu πŸ’–πŸ’—πŸ’˜πŸŽ•πŸŽ•πŸŽ•

Ayuh!! semangat nak update Blog iols...

Hari ni berbaju korporat BIRUUU.. Semalam Pun Biru.. byk baju Biru rupenye Sis ni...

Selamat berkerja ye uols...

Semoga rezki melimpah ruah dan diberkati Allah swt sentiasa

Aamiin Yarabb.. take care uols..



selfie jam 7.00 pg tadi heeee...
Breakfast pagi tadi tauhu begedil je... Alhamdulillah... Sedap plak, lapar kot... hahahah...

Jumpa Kak Liza Geng panjat Tangga pagi2.. huhuhu.. Kak Liza ni lagi hebat, dari PKP lagi naik tangga, Sis baru 3 hari ni hahahaha... moga sis meneruskan misi jom kurus dan sihat.. (road to S size gituuu...)

ps: dah karang pagi2 tadi baru nak publish.. hahaha.. kelakar la awak ni Emmi.. kbai! 


Sep 20, 2022

20 September 2022 Helo Hiii!! Morning...

 Assalamualaikum!!

Selamat hari Selasa

Selamat bekerja, Bos tade hari ni.. sihat ke korang?

Rindu tak?

Pls say u miss me a lottt

hehehehe...

Me sihat Alhamdulillah...

Rindu BloQ, nasib boleh buka lagi... dah lain laa.. terkial Me pagi ni... phewww!!!

Today Me πŸ’
Brekfest tadiii... setel anak2 gi school ... seawalnya kite brekfest, Alhamdulillah... masih sdap nasi keraboo Bigfoot corner Desa Pinggiran Putra ni..

Perasan tak hari ni semua Birooo... auch!!! i loike done perasannn.. hihihi...