Followers
Nov 30, 2022
“Solat taubat dulu, sebelum tunai solat sunat lain”- Ebit Lew
ADALAH menjadi fitrah manusia yang tidak dapat lari daripada membuat kesilapan, tidak kiralah
besar atau kecil.
Masakan tidak, kita bukanlah manusia maksum seperti para nabi dan rasul. Maka, disebabkan itu kita dituntut
untuk sentiasa memohon keampunan daripada ALLAH SWT.
Lebih-lebih lagi digalakkan menunaikan solat sunat dua rakaat atas kekhilafan yang dilakukan.
Bagaimanapun menurut pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew
sebelum melakukan solat sunat, lakukan solat sunat taubat terlebih dahulu.
“Sebelum nak buat solat sunat apa-apa, tunaikan solat sunat taubat dahulu.
“Sebelum minta dekat tuhan, minta maaf dulu,” ujar beliau.
Solat sunat taubat biasanya dilakukan apabila seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan melanggar hukum agama.
Justeru, menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan ALLAH, maka kita perlu bertaubat.
Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada ALLAH SWT. ALLAH pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka segera mengingati ALLAH dengan memohon keampunan ILLAHI terhadap dosa yang dilakukan. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain ALLAH?
“Kemudian, mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan di situlah tempat
mereka selamanya.” (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
Solat taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam yang mana suasananya lebih sunyi dan tenang.
Fadilat solat sunat taubat:
Diampunkan ALLAH SWT
Dimudahkan segala urusan
Menceriakan kehidupan seharian
Menghilangkan perasaan yang menekan
Mencegah dosa dan menghindari gangguan
menunaikan solat sunat taubat:
1. Niat
“Ushollii sunnatat Taubati rok’ataini lillaahi ta’aalaa.”
2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk tahiyyat akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah tasbih berikut sebanyak 40 kali:
“Laailaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz zhoo limiyn.”
4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar
Baca istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“AstaghfirulLaahil ‘Aziym, alladziy laa ila-ha illaa huwal haiyul qoiyuum waatuubu ilaih.”
Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“AstaghfirulLaahil ‘Aziym, allazii laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum waatuubu ilaih. Taubata ‘Ab-di zhoolimi laa yamliku linafsihi dhorraa, walaa naf‘an walaa mautan walaa hayaatan walaa nusyuu-raa.”
Kemudian, bacalah penghulu istighfar sebanyak tiga kali:
“Allaa Humma anta rabbi Laa ilaha illaa anta kholaqtani waanaa ‘abduka waanaa ‘alaa ‘ahdika wawa’dika mastath0′tu, a‘uudzubika min syarrimaa shana’tu, abuu ulaka bini’matika ‘alayya waa buu bidzanbi faghfirlii, fainnahu laa yaghfirudz dzunuuba illaa anta.”
5. Baca doa taubat (boleh mohon apa jua yang dikehendaki)
“Aku memohon ampun kepada ALLAH, aku mohon ampun kepada ALLAH, aku mohon ampun kepada ALLAH yang tiada tuhan melainkan DIA YANG MAHA HIDUP LAGI MAHA MENGURUS.
“Aku bertaubat kepada-NYA selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudarat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan(di Padang Mahsyar kelak).
“Aku mohon perlindungan-MU daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Aku mohon perlindungan-MU daripada segala kesalahan dan hukuman.
“YA ALLAH! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran.
Subscribe to:
Posts (Atom)