Followers

Aug 6, 2008

Hakikat Perkahwinan~

Kehidupan terbahagi kepada dua, hitam putih, positif negatif. Banyak pasangan di sekeliling aku berada dalam keadaan tahap perbezaan hitam putih, positif negatif yang sangat jelas. Akhirnya perbezaan ini apabila tidak dibincang secara terbuka menjadikan ia sebagai "time-bomb" yang meletus tanpa diduga.

Bukannya kita tak boleh menerima perbezaan pasangan kita tetapi persoalannya "sampai bila" perbezaan itu terus berbeza dan masing-masing angkuh dengan perbezaan masing-masing. Jika satu pihak memilih untuk menerima, kenapa tiada ruang untuk satu pihak lagi berubah? Dan sebaliknya.

Keadaan ini seringkali mewujudkan salah faham yang akhir membawa banyak pasangan melayari kehidupan mereka secara berasingan.

Bukankah lebih baik kita mula memikirkan sebab musabab mengapa berlakunya keadaan ini dan carilah jalan keluar yang terbaik...Perpisahan belum tentu jalannya kecuali kedua-dua pasangan redha bahawa antara mereka sudah tidak ada jodoh atau masing-masing menyedari bahawa mereka sekadar meneruskan perkahwinan semata-mata kerana anak.

Perkahwinan adalah cantuman dua hati untuk mencapai matlamat dalam kehidupan. Bukan sekadar meramaikan umat Islam semata-mata. Perlu ada keterbukaan dalam perhubungan supaya kedua-dua pihak tahu peranan mereka dalam mengemudikan bahtera mereka. Keterbukaan ini akan membuka ruang bersama yang menutup kebosanan dan kesunyian. Kalau kena digayakan, suami isteri dapat menjadi team yang sama-sama memahami matlamat kehidupan mereka dan bekerja keras untuk mencapai setiap matlamat yang telah ditetapkan.

Kalau si isteri ingin kehendaknya difahami dan dipenuhi, pernahkah pula dia berfikir tentang kehendak dan keperluan si suaminya? Mengapa dia perlu terus membantah dan memberontak sedangkan sebab musabab belum diketahui?

Sebagai isteri, kebijaksaan dan kegagahannya terletak pada kekuatan perasaannya untuk mengawal suasana. Tetapi terlalu ramai si isteri di luar sana yang merasakan diri mereka diabai sedangkan dalam masa yang sama mereka juga mengabaikan kehendak dan keperluan suami mereka. Hakikatnya, ramai isteri di luar sana perlu faham dan belajar untuk saling memahami.

Islam adalah matlamat. Atas kewajaran itu, lelaki dibenarkan berkahwin lebih dari seorang kerana tuntutan kehidupan tidak memungkinkan seorang wanita memikul tanggungjawab mengendalikan permasalahan keluarga seorang diri. Begitu juga lelaki. Malangnya apabila si wanita yang diamanatkan sebagai isteri gagal memahami peranan si suami dalam menyatu padukan keadaan sekeliling dan bagaimana dia sebagai isteri perlu menjadi pengikat kepada keadaan-keadaan sekeliling, maka tunjang kekuatan si suami semakin rapuh.

Keadaan si isteri yang terlalu bergantung pada suami sebenarnya disebabkan kesunyian dan rasa keseorangan sepanjang masa. Ramai suami yang gagal menyedari keperluan si isteri dari segi masa bersamanya. Ramai suami beranggapan bahawa si isteri ialah ibu dan suri dalam sebuah rumahtangga. Bagaimana pula dengan tuntutan jiwanya sebagai seorang wanita, kekasih dan pujaan hati? Tugas yang dilakukan di rumah sebenarnya bukan tuntutan dalam agama kecuali melahir dan mendidik anak-anak. Tugasan lain yang dilakukan dengan penuh kerelaan adalah sebagai tanda kasih, sayang dan cinta kepada si suami. Apa pula balasan si suami pada pengorbanan ini?


Akibatnya, Si suami dan si isteri mula tertekan dengan kesunyian, penceraian mula menjadi permainan di bibir...Mangsanya tetap pada anak-anak, itu pasti.

Aku hanya mampu menyebut sahaja...

Moral:" Masa, pengalaman, sejarah, kenangan mendewasakan kita.."
"nothing in this world are prepared for us" "...you want something or someone try your best to have it.. "

4 princes N princess Yg Sweet:

azuan ayub said...

nice.. you really do it..

eMMe said...

PENGALAMAN, HARUS DIKONGSIKAN DENGAN ORG LAIN, SEBAGAI PENGAJARAN DAN PANDUAN HIDUP...

@in said...

waaaa... ni dah patut kahwin ni...

eMMe said...

kahwen pun lom tentu menyelesaikan masalah kan....

Post a Comment

tq 4ur comments~