Followers
Jun 16, 2009
i-CHARGE ~ Sayangkah Anda dgn Kereta Anda?
Kepentingan voltan elektrik terhadap kereta
Tahukah anda betapa pentingnya kuasa voltan terhadap pergerakan dan jangka hayat sebuah kereta? Kebanyakan masalah kereta yang timbul adalah berkaitan dengan bekalan kuasa voltan yang tidak stabil, sehingga ia berubah menjadi masalah yang serius. Biasanya, pemilik kereta selalu meminta bantuan mekanik apabila kereta bermasalah. Namun, mereka gagal menemui sebab utama dan jalan keluar untuk menangani masalah tersebut. Apa yang menyedihkan, pemilik kereta pula terpaksa berkompromi atas masalah tersebut. Cuba anda fikirkan, “mencegah lebih baik daripada merawati”, jadi, kita berbelanja demi menjaga kesihatan badan, begitu juga dengan kereta kesayangan kita. Berbelanja kecil dalam penjagaan kereta terdahulu bagai suatu pelaburan yang mendatangkan hasil pulangan yang berbaloi kepada anda kelak.
Sistem litar elektrik dan penggunaan petrol kereta juga berhubung kait sesama lain. Jika sistem litar elektrik itu usang, ia bukan saja semakin menghaus petrol kereta, penekan petrol bermasalah, kadar penghidupan enjin rendah, malah penukaran gear kereta juga tidak lancar. Kesemua masalah ini mungkin akan berlaku sebab satu kecacatan kecil yang timbul dalam sistem litar elektrik kereta. Jadi, untuk mencapai tahap penggunaan kuasa voltan kereta yang optimum, anda perlukan satu sistem litar elektrik yang sempurna dan stabil. Kini, kemunculan i-CHARGE, produk elektronik Jepun yang terbaru dan dihakpatenkan ini berupaya untuk membaiki kestabilan sistem litar elektrik kereta menerusi Pemantap Voltan. Sebaik sahaja i-CHARGE digunakan, kereta anda akan dikawal sempurna kerana ia berupaya mengatasi semua masalah kecil yang disebabkan oleh kuasa voltan yang tidak stabil. Satu lagi kelebihannya, cara pemasangan i-CHARGE ini amat mudah. Ia akan beroperasi apabila anda menyambungkannya kepada suis pencucuh, tanpa memasang sebarang alat-alat kelengkapan pada tangki petrol yang mungkin merosakkan kereta anda.
Ciri-Ciri Khas i-CHARGE
Pemantap Voltan i-CHARGE merangkumi 3 sistem, yakni :
• Sistem Pemantap Voltan
• Sistem Doktor Bateri
• Sistem Pengurangan Gangguan
Petunjuk Lampu LED bagi Sistem Doktor Bateri i-CHARGE adalah seperti berikut :
Fungsi dan Keberkesanan i-CHARGE
• Menjimatkan petrol secara berkesan
• Menstabilkan gerak balas RPM
• Meningkatkan tork enjin (engine torque)
• Meningkatkan kuasa motor enjin kereta
• Mengoptimumkan fungsi alat-alat kelengkapan elektronik dalam kereta
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
• Jangan buka atau ubahsuai produk demi mengelakkan sebarang kerosakan atau kecederaan.
• Produk ini hanya direka bentuk untuk kereta yang berkuasa voltan 12V saja.
• Jangan mencabut atau mengalihkan produk daripada suis pencucuh semasa kereta dipandu.
• Semasa i-CHARGE digunakan, pastikan setiap palamnya dimasukkan ke dalam soket dengan selamat.
• Jika soket suis pencucuh terlonggar, ketatkan setiap mata soket sebelum ia dipasang.
• Kesan penjimatan petrol adalah berbeza-beza mengikut cara memandu, iklim, keadaan jalan raya dan jenis kereta masing-masing.
Kelebihan-kelebihan produk
• Meningkatkan gerak balas penekan petrol dan kuasa motor enjin.
• Mengurangkan kadar kesilapan CPU kereta, meningkatkan kecekapan peralatan elektronik kereta.
• Melancarkan proses penukaran gear kereta
• Membaiki dan memecutkan gerak balas motor enjin supaya lebih menjimatkan petrol.
• Memaksimumkan kecekapan penghidupan enjin supaya berjalan lebih lancar.
• Memanjangkan jangka hayat sistem litar elektrik dan alat-alat elektronik kereta.
• Cara pemasangan yang mudah dan selamat digunakan. Satu pilihan DIY yang pertama bagi pemandu wanita
• Sesuai untuk semua jenis kereta dan motosikal.
• Mengurangkan gangguan bunyi bising menerusi penapis gangguan bunyi, supaya menyediakan sistem bunyi yang lebih berkesan.
• Dilengkapi dengan 2 Pelindung Fius untuk perlindungan yang lebih baik dan selamat digunakan.
• Meningkatkan gerak balas RPM dengan kadar pecutan yang tinggi walaupun alat penyaman udara kereta dipasang pada tahap
maksimum ketika cuaca panas.
• Mengurangkan kadar pembebasan gas-gas karbon monoksida (CO) dan hidrokarbon (HC) ke udara.
• 12 bulan waranti produk.
Laporan Ujian
Jadual Perbandingan Ujian Tork Enjin (Engine Torque) : Jadual Perbandingan Pembebasan gas-gas karbon monoksida(CO) dan hidrokarbon (HC).
Panduan praktikal daripada Pakar Penjimat Petrol
Bersama-sama kita jimatkan petrol demi memulihara alam sekitar!
Berikutan daripada harga minyak antarabangsa yang melambung naik, harga minyak tempatan turut meningkat dengan mendadak, secara tidak langsung telah mengakibatkan kenaikan harga barangan. Keadaan ini memberi impak yang besar kepada orang ramai, khususnya mereka yang membawa kereta, apatah lagi gaji pula kekal sama. Anda disarankan mempraktikkan cara-cara menjimatkan petrol seperti berikut demi menyelamatkan diri kita dan memulihara alam sekitar.
Semasa hidupkan enjin
• Elakkan menekan minyak dengan kuat, tambahkan kelajuan secara perlahan-lahan
Berbanding menambahkan kelajuan secara perlahan-lahan, menekan minyak dengan kuat akan menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 2 hingga 3 kali ganda. Tabiat pemandu yang kasar, contohnya menekan minyak dengan kuat atau tiba-tiba menekan brek, boleh menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 30%. Jadi, pandulah dengan cermat untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar dan menyenangkan sepanjang hari.
Memandu sambil memanaskan kereta
Kebanyakan kereta pada masa sekarang tidak lagi menggunakan karburetor, jadi enjin kereta tidak perlu dipanaskan sebelum berjalan. Tarikkan injap sambil membawa kereta dapat memanaskan enjin secara perlahan-lahan. Pandulah kereta dengan kelajuan yang biasa sambil memanaskan kereta anda. Selepas 1 – 2 km, enjin kereta anda akan mencapai suhu yang sesuai.
Semasa isikan minyak
Jangan bertindak keterlaluan
Apabila pam minyak berhenti secara automatik, bermakna tangki minyak telah penuh dan harus alihkan muncung bagi mengelakkan lebihan pengisian. Keadaan ini samalah seperti anda dipaksa makan bila perut sudah kenyang. Minyak berlebihan akan menumpah keluar jika kereta anda berjalan di atas jalan raya yang tidak rata. Keadaan ini bukan sahaja membazirkan, malah tidak mesra alam.
Dalam perjalanan
Kekalkan jarak yang selamat dan elakkan menekan brek secara mengejut
Kelajuan kereta akan berkurangan atau berhenti jika brek ditekan, jadi enjin perlukan petrol yang lebih untuk menggerakkan semula kereta daripada gear rendah atau daripada keadaan statik.
Elakkan memecut!
Semasa di lebuh raya, anda barangkali akan menambahkan kelajuan tanpa disedari sambil menikmati keseronokan memecut yang tak terpada. Memecut bukan sahaja akan meningkatkan penggunaan petrol, malah juga akan meningkatkan risiko ditimpa kemalangan jalan raya.
Perintang
Ramai yang suka pasangkan bendera kecil atau aksesori dan kelengkapan lain pada bumbung kereta. Benda-benda seperti itu sebenarnya merupakan perintang yang akan membebankan kereta anda dan memperlambatkan kelajuan kereta anda, seterusnya menambahkan penggunaan petrol.
Elakkan kerap menekan brek
Asyik merehatkan kaki kanan anda pada brek dan menekan brek bukan sahaja menambahkan penggunaan perol, bahkan juga akan memendekkan hayat brek kereta. Keadaan ini juga akan membahayakan pemandu yang mengikut di belakang kereta anda.
Tayar lebar dan rendah lebih stabil tetapi lebih tinggi penggunaan petrol
Sesetengah pemandu suka menukar tayar lebar dan rendah yang lebih luas permukaannya demi menikmati pemanduan yang lebih stabil semasa memecut. Oleh kerana permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan adalah lebih luas dan menyebabkan geseran yang lebih kuat, jadi ia perlukan kuasa enjin yang lebih. Keadaan ini akan meningkatkan penggunaan petrol, khususnya bermula daripada keadaan statik.
Pengetahuan Am
Letakkan kereta di tempat berteduh
Elakkan daripada meletakkan kereta di tempat tidak berteduh. Suhu dalam kereta akan naik jika kereta terdedah di bawah bahangan matahari dalam tempoh masa yang panjang. Apabila kereta dibawa, sistem penghawa dingin mengambil masa yang lebih panjang untuk menyejukkan keadaan dalam kereta, akibatnya penggunaan petrol turut bertambah.
Jangan melengahkan penyenggaraan berkala
Penyenggaraan adalah wajar bagi setiap 5,000 atau 10,000 km, untuk memeriksa penapis minyak, bendalir, angin, bateri, penyambung CV dan sebagainya bagi membolehkan kereta anda berkeadaan optimum dan lebih menjimatkan petrol. Tekanan tayar juga mesti diperiksa supaya berkeadaan normal. Tekanan angin yang sesuai dapat menambahkan 3.3% jarak yang dijalani. Kekurangan tekanan tayar menghabiskan petrol yang banyak iaitu penggunaan petrol akan bertambah 0.4 sen bagi setiap pengurangan 1 paun tekanan angin. Lebih teruk lagi tayar mungkin akan pancit kerana terlampau panas. Jadi pemeriksaan tekanan tayar dengan kerap bukan sahaja menjimatkan wang, malah juga dapat melindungi keselamatan anda. Tayar akan menggoncang jika tekanan tayar terlampau tinggi, ia juga akan mengakibatkan pancit dan membahayakan.
Bersihkan plag pencucuh
Karbon mungkin terkumpul pada bahagian enjin dan di sekeliling plag pencucuh jika kereta anda selalu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Penimbunan karbon ini akan melemahkan proses pembakaran dan menghabiskan petrol yang lebih banyak. Jadi, plag pencucuh yang bersih boleh membantu pembakaran yang sempurna dan menjimatkan petrol.
Kurangkan alat elektrik
Tenaga elektrik dalam kereta dihasilkan oleh generator. Semua alat elektrik dalam kereta seperti penghawa dingin, lampu, sistem penggera, stroboskop dan sebagainya, hanya akan membebankan generator. Semakin banyak tenaga elektrik diperlukan, generator perlu mengeluarkan tekanan yang lebih pada timing belt untuk menghasilkan lebih banyak tenaga elektrik. Keadaan ini sudah pasti akan menambahkan penggunaan petrol.
Kurangkan bebanan
Ramai pemandu jarang mengemaskan dan membersihkan benda-benda yang tertimbun dalam keretanya, kadang-kala mencapai 40-50kg! Lebihan berat ini bersamaan dengan membawa lebih seorang penumpang, penggunaan petrol juga akan bertambah 1-2%.
• Pengubahsuaian sembarangan membazirkan petrol dan wang
Sesetengah kedai pengubahsuaian kenderaan akan menasihatkan pemilik kereta supaya menukarkan konverter katalisator. Pada halnya, pengubahsuaian sebegini hanya akan menekan ekzos lalu membebaskan lebih banyak tenaga dan menghabiskan petrol yang lebih.
untuk keterangan lanjut layari laman web http://www.zeromax.biz atau hubungi Adnan 012-2376434
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 princes N princess Yg Sweet:
promote ayah punya ke? hehehehe
tu je mampu.....
pas ni kot2 leh lead ayah lak ke
hehehe...
Post a Comment
tq 4ur comments~