Followers

Aug 17, 2011

Dah Boleh Pasang Pelita / Panjut La Tak Lama Lagi~


 Mungkin tidak ramai generasi hari ini yang pernah mengalami suasana berhari raya di kampung.  Beraya di kampung dianggap kurang meriah jika tidak merasakan suasana malam likur.
 
Likur bermaksud kiraan antara 20 hingga 30.   Justeru satu likur bermaksud malam ramadhan ke 21.  Dua likur bermaksud malam ramadhan ke 22.  Dalam budaya Melayu di kampung-kampung, malam tujuh likur adalah malam yang paling meriah.  Pada waktu itulah kampung-kampung terang benderang bermandikan cahaya dan gegak gempita dengan bunyi meriam katak, meriam buluh, meriam batang kelapa, bunga api serta sorak-sorai kanak-kanak dan dewasa.

Malam 7 likur dianggap malam keramat yang istimewa.  Kebanyakan masyarakat Melayu percaya bahawa pada malam itulah malaikat akan turun menziarahi masyarakat Islam.  Kehadiran cahaya di sekeliling rumah seolah-olah mengalu-alukan kedatangan mereka.   

Keseronokan malam tujuh likur lebih dirasai oleh kanak-kanak kerana mereka seolah-olah mendapat permit untuk terus bermain-main melewati waktu tidur.  Pada malam itulah mereka akan berseronok bermain bunga api.

Pelita yang digunakan berbeza mengikut tempat, daerah dan negeri.   Ada masyarakat kampung  yang lebih kreatif dalam pembuatan pelita menjelang Ramadhan.  Di Perak misalnya, masyarakat kampung menggunakan buluh untuk membuat pelita. 

Kini, pelita-pelita telah pun digantikan dengan lampu kelap kelip yang berwarna warni dan berbagai reka bentuk.  Biarpun suasananya berlainan, lampu kelap kelip lebih selamat dan tidak mudah mengakibatkan kebakaran.

edited by eMMe sumber daripada Noor Hasnah Adam

10 princes N princess Yg Sweet:

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

eMMe... akak selalu pusing2 kampung pas terawih dgn en. suami dan anak2 sekadar tuk tengok pelita punjut yng menghiasi rumah2 orang... cantik! Kat Sabak Bernam ni banyak yg pasang pelita punjut tu...

Anonymous said...

meriah kan kalau psg pelita..suasana lain dari lampu liplap2 tu hihi..

cheqna said...

skang ni minyak gas@minyak tanah susah nak dapat..kadang satu kampung cari tak jumpa....tak besh r..tak macam dulu2..

Lina Rahim said...

eMMe pasang pelita? kami tak pasang la gamaknya, takut nanti cat rumah kuning sebab asap pelita tu..

Happy Ramadhan tu eMMe and husband..

a.samad jaafar said...

esok jugak nak beli pelita.. agak2 1000 cukup dak mE? [nampok sesangat mohongnya !!! hihihi..]

ankeljonni said...

minyak gas mahal... aku guna diesel je.. cuma pelita tu asap dia lagi tebal dan lagi itam... hahahaha..

tapi lagi tahan lama sikit dari pakai minyak gas.. huhuhu

Mama Gee said...

wahhh nk pasang gak....tp pasang kat bando nih mcm tak berapa feel le...

dulu pasang seminggu sebelum raya...org panggil mlm 7 likur....pasang keliling laman rumah...berlari2 main bunga api...seronoknyaaa...

nuyui a.k.a miss YUI said...

bila psg pelita bru btrmbh meriah suasana..

Pepel BoNda AmaNi said...

bestkan tengok umah2 kampung penuh dengan pelita...

MulutPayau said...

eMMe...Tempat akak jarang2 orang pasang pelita skrang ni..semuanya guna lip lap..cantik dgn pelbagai bentuk...

Post a Comment

tq 4ur comments~