Followers

Sep 30, 2014

Bila tak kemana mana... Layan anak-anaklah!

 Aktiviti twin
makan masakan mama yg sedah heheh!
main dengan sesame mereka
time baik, gini la...
peluk2 sayang2...
eeeee...geramnye mama tgk...!!!! grrr....

 time papa ada layan....
jom mandi kolam yg comel ni.. jadila...
mama tukang perhati je...

time mama rajin buat kek butter
smalam punye keje
mama tambah coklat n almond
sdappp..
resepi mama amik kat blog kasih abadi
saje buat utk my hubby
cewahhhh~

Sep 24, 2014

Mak Buyung Jd Mak Burung

Tergelak besar Mama,
dengan kawan mama kat opis ni...
dia nak sebut mak buyung, tersasul jadi mak burung
kelakar tak
hahaha..
kelakar la...
tolong gelak, baru geng Mama namanya...

pst; gelak la lagi... asyik gelak je, Astaghfirullah............................


Sep 22, 2014

JADI ISTERI SEBENARNYA TIDAK PENAT JIKA....




Dari tinta seorang penulis.. Senyum & simpati saya meneliti luahan rasa seorang wanita. Dia dan suami sama2 bekerja. Namun kerja rumah dia yg buat dari memasak, membasuh, menyediakan makan pakai, mengurus anak2. Suami tolong sikit2 sahaja. Akhirnya dia jadi penat dan letih. Sampai tak boleh sentiasa muka manis depan suami. Sampai dia biasa tinggi2kan suara pada suami...letih..penat..tension...
Suami kena faham agama & faham apa yg Nabi ajar.
Isteri kena faham agama & faham apa yg Nabi ajar.
Bukan ikut budaya Melayu.. isteri buat kerja bagai nak rak, suami duduk relax. Atau isteri buat banyak sgt kerja, suami tolong sikit2...Allah hu Akbar! Lepas tu masam muka pada suami yg hakikatnya Nabi dah cakap org yg masam muka pada suami ini, Allah melaknat dia sampai dia berbaik dgn suaminya kembali...
Sebab tu perempuan yg baik ialah perempuan yg bila suaminya memandang dia, suami dia akan rasa senang & bahagia. Tapi bagaimana nak muka manis kalau bahu asyik terbeban kerja rumah & urus anak tak pernah habis...
Wajib bagi wanita ..
bercantik2 untuk suami,
menyayanginya sepenuh hati,
berlemah lembut padanya,
tidak meninggikan suara,
setia & taat selagi tidak melanggar perintah Allah,
berkata baik padanya.
sentiasa syukur
sentiasa bermanis muka.
Berapa ramai wanita buat kerja rumah macam nak mati, tapi muka amat susah nak manis dgn suami, tengking2 suami, ada pula mood2 hari ni nak bercakap, esok nak diam....ada pula bertekak pasal kerja rumah tak habis2....
JANGAN ikut BUDAYA Melayu. IKUT apa yg Nabi AJAR.
Cerita penceramah & pakar kaunseling rumahtanggTUAN HJ HUSSIM, sahabat baik Dato Fadzilah Kamsah. Dia mengaku sgt bahagia bersama isterinya...
Katanya," Sy bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecik, sayalah tukang cuci punggung anak2, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua...tu kerja saya...Isteri sy kata, "abg, malam2 abg ambik alih buat kerja tu semua ok"...kita sama2 kerja.
"Saya nak bagit ahu, dalam rumahtangga, suami kena rajin. Tak boleh malas...Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yg sy buat dalam rumhatangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan sy tak malu mengaku.."
Berforum pula sy dgn USTAZ NIZAM KADIR, katanya..
😎suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh mkn,
😎siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri,
😎siapkan rumah sampai suami yg jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami,
Habis isteri?
Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik2, picit2 suami, bermuka manis.
Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala.
Sebab tu kalau sama2 kerja, sama2 buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami.
Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tgn pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas isteri. Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung, Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat. Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga?
Kita hari ni org Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control, Padahal itu yg Islam suruh. Org perempuan buatlah kerja macam2, dlm hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak redho tapi tak ikhlas2 juga, sia2 saja.Last2 penat dpt, dosa pun dpt"
USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD:
"Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya. Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.
Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja d i rumah melayani kepentingan keluarga.
Jika isteri bekerja di luar rumah (sama2 mencari nafkah) , maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil"
Jika kita tiada ilmu, jangan kita memandai-mandai menjatuhkan hukum semua urusan rumahtangga adalah kewajipan isteri.
Ikutlah acuan yg Nabi ajarkan. Saidatina Aisyah melaporkan Nabi ketika di rumahnya, bagindalah yang paling bnyk senyum pada isterinya, yg paling bnyk khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya....
Menjadi wanita tidak penat. Jika suami faham tanggungjawab.
Menjadi suami tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dgn melihat senyuman, kecantikan dan kasih syg seorang isteri.
Adilnya Islam bila kita sama2 membantu...sama2 memuliakan antara satu sama lain.
SEMOGA ALLAH AMPUNKAN KITA SEMUA

pst: copy n paste dari grup wasap yg saya terima...

Sep 19, 2014

Doa anak soleh


Salam Jumaat Semua...
Jumpe artikel ini di blog Health R us.. moga dapat manafaat kite bersama, terutama, bakal ibu, bg yg belum mempunyai zuriat...boleh dijadikan panduan.. InsyaAllah...


boleh baca di Blog Health R Us @ Mama Ain lebih details. TQ...
Selamat beristiREHAT hujung minggu...

Sep 17, 2014

Tangga dan Stokin

Assalam semua rakan blog yg dikasihi sekalian...
Nak citer pasal anak-anak kembar saya...
Citer apa lagi yg best n syok bagi mama, ahahaha...
Sape yg sudi baca.. Silakan.. dan terima kasih la yea...
jgn lupe komen.. komen anda penting, mane tau.. ada masa
saya komen balas pule...

tgk gambar gambar ni dulu...
Anda boleh wat citer skit dari gambar2 ni, hahaha...

 Ni kisah malam tadi...
lepas mandi kan dowang petang tu...
lepak jap dgn mereka... rehat2... nak letak badan yg dah mula rasa sakit bahagian belakang...
tapi tiada istilah rehat kalau dengan Airis dan Eryna...
ada je aktiviti bebas mereka...
mama layan je la mane leh layan...
mula tu Airis bagi stokin suh pakai kat kaki sebelah lagi, 
coz lagi sbelah dia dah pandai pakai sendiri...
datang lak Eryna, minta kite sarung stokin tu kat tangan..bila amik gambar takmo,
malu lah tu, memaling ke belakang...hahahah...

gambar tengah tu Eryna, kalo tgk senyuman dia ni..mmg wat hati mama cair, nak marah pun tak jadi
tgk la aktiviti mereka pas main stokin tu...
kalo duduk dekat cam tu berapa lame je boleh tahan...
mula la aksi wrestling mereka...
bab tangga plak, yg pakar Eryna...
si Adik ajak si Kakak main tangga..
nak naik tangga kene nyusup bawah kapet
puas dah betul2 kan kapet tu...
dah rendahkan, dah tinggi kan..dah tegangkan kapet tu
tetap BOLOS....
Angkat bwk dowang turun, laju je naik...
angkat sowang bwk turun, lagi sowang naik, 
mmg tak de istilah rehat..
puas dah larang...
tu yg sonok bg mereka...
puas juga dah jatuh tuu...
hari cuti adalah hari bekerja di rumah buat MAMA seperti saya
anda pula bagaimana...???

Sekian,

Sep 12, 2014

Makna Unsur Unsur Dalam Turutan Anak

Salam Jumaat, terjumpa ni kat FB, peh tu google search jumpe la blog sowang pemuda ni AfzalSukaSuki  .  Mane la tau boleh dijadikan panduan dalam pencarian jodoh (soulmate) calon2 Isteri/Suami.. Jom kite tgk sesuai kah kowang dengan pasangan kowang...



Tapi apa yang nak aku sampaikan ni merupakan petua dan pandangan orang2 lama berdasarkan turutan anak ke berapa dalam keluarga. Tapi sehingga hari ni, aku mendapati semuanya tepat bila aku sendiri bandingkan sifat2 tersebut dengan adik beradik aku.

  • Unsur Tanah  - Anak pertama, kelima, kesembilan
  • Unsur Air       - Anak kedua, keenam, kesepuluh
  • Unsur Api      - Anak ketiga, ketujuh, kesebelas
  • Unsur Angin   - Anak keempat, kelapan, kedua belas

Sifat anak berunsur tanah
  • Pendiam, pendengar yang baik,penyabar dan setia.
  • Tidak mudah membangkang, dengar kata dan boleh dibawak berbincang.
  • Berpewatakan manis, lembut hati, suka memendam rasa dan sensitif
  • Tidak banyak karenah, tidak cerewet , menghormati orang lain, rendah diri dan tidak sombong
  • Suka pendam rasa marah sampai satu tahap boleh meletup (seperti gunung berapi)
  • Lambat dalam menyelesaikan sesuatu tugasan

Sifat anak berunsur air 
  • Sentiasa tenang dan menyejukkan perasaan orang lain
  • Membuat kerja dengan teratur, teliti dan pantas
  • Keras kepala, sukar dilentur dan dibentuk. Dia je yang nak menang.
  • Manja, lembut hati dan sensitif
  • Air yang tenang, jangan disangka tiada bah !!Mood yang mudah berubah2

Sifat anak berunsur api
  • Semangat yang tinggi, sangat aktif  dan berkobar
  • Sangat teliti dan berwaspada
  • Suka menyakat dan mengenakan orang lain
  • Panas baran dan mudah melukakan hati orang lain
  • Sangat kuat cemburu

Sifat anak berunsur angin
  • Melembutkan hati orang lain
  • Mood berubah2 ikut suka hati dia je
  • Suka menolong orang dan boleh memberi kerjasama
  • Suka membuat hal sendiri dan keras hati
  • Suka mempamerkan perasaan sekiranya tidak puas hati
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sifat tanah sesuai dengan sifat angin kerana tanah tidak banyak dipengaruhi 
oleh angin. Walaupun sekuat mana angin, tanah tetap teguh.

Air sangat sesuai dengan api. 
Sifat api yang panas membara dapat dipadamkan dengan air. 
Tetapi kadang2 api juga mampu memanaskan dan mempengaruhi air

Angin tidak sesuai dengan api, kedua2 unsur ini pasti akan banyak menemui 
masalah dalam perhubungan kerana sifat kedua2nya yang keras hati dan tak nak mengalah. 
Angin akan sentiasa memarakkan api

Tanah juga sangat sesuai dengan api kerana api mampu dipadam oleh tanah. 
Tetapi api juga mampu membakar tanah

Tanah dan air adalah pasangan yang secocok. 
Masing2 sama memerlukan antara satu sama lain

Sep 10, 2014

Seronoknya Mereka...

burung apakah ini ya.. sakit gak dia patot makanan atas tapak tangan ni...
hehehe... sambil disaksikan oleh Airis, hehehe

beri burung-burung pipit makan....

tgk mulut si Eryna, muncunggg je tgk itik berenang...

kalau tengok mulut dowang...cam becoknya.. tak tau mereka cakap ape.. hahahha...

mcm dpt je nak angkat rabbit gemuk ni.. hahaha...

aksi sepak buntut rabbit, hahaha... Airis...Airis...

jangan dekat kang sekali dia 'ngap'!!!

aksi babap marmoset
geram la tuuu...

Beraninya Airis bagi giant rabbit makan.....Eryna hanya tgk je dari jarak jauh...hahaha...

hausnya saya.. sebelum balik, rehat jap sambil minum vitagen..

Salam semua...
taknak wordless hari ini
sebab dari semalam punya semalam tak dpt nak update 
atas kesibukan urusan di pejabat

tapi... 
sebagai Mama, beranak kembar ni
seronok tgk mereka sebab 1st time bawa mereka 
melihat haiwan2 di Farm In The City, Equine, Serdang

Mmg teruja dan mengujakan
tgk aksi mereka yg tidak takut utk dekati haiwan2 ini...
kebanyakannya haiwan yg jinak,
ada arnab, itik, burung, ayam, kambing..
kebanyakan haiwan peliharaan...
ada yg nak di 'babap'nya
ditendangnya.. pegang..
tau je la tangan anak sebesar ini mane tahu nak pelahan2
hahahahahaha...
tapi kelakar laa...



Sep 6, 2014

Gambar dari seorang kawan

 Gambar ni bagi Me cantik la.. coz kawan Me yg amik kan... hehehee...

Gambar ni plak, Cik Sara (tengah) yg ambil secara selfie, tak gune monopod pun okey.. still boleh nampak view belakang tu.. kami panjat bangunan aras 16 tau... aksi ngeri dan berani dari kami
cewah!!!!

pst: dah lame dok dlm hp.. baru ni nak up kat blog hahaha.. autopublish sabtu n ahad

Kucing Yang Takut...

Budak Airis ni...
mmg tak penah tgk kucing...
maklumlah..kalau kat umah mane nak ada kucing..
Ni kat umah Kak Long Mr HuB (mak Long Airis la..)
sejak dah pandai main ni.. mmg tak takut kucing..
siap baring baring kat atas kucing lagi
Mujur la kucing Kak long bukan jenis yg kuar kan kuku Nak oii...
Eryna? takot kucing skit laaa....

Sep 5, 2014

Kenyang Ubat Lepas ni...

Salam..
Pagi smalam jam 8.30 pagi sampai dekat kul 1 tgh hari Me berada di Klinik Kesihatan Persint 9 untuk check up 16w... urin okey! hb tak okey laa.. bacaan 11.1 nurse ckp LOW...

hurm...
Inilah ubat-ubat yg dapat semalam...
uuuuu... sedapnya...

Puan, sila baca n jaga lah HB anda yea...

InshaAllah ape saja terbaik utk baby saya yg sowang ni...
moga HB boleh kasi HIGH la...
kasi cantik skit...

hehehehe....

pst: Berjam jam duk Klinik dari jam 8.30-12.40 tgh..jenuh nunggu... naik kematulah punggung...kuar klinik je trus gi lunch...

Sep 3, 2014

Jalan dan Lepak di Melaka...

30 Ogos 2014 ( Pagi- Bertolak dari rumah ke Melaka..)

 Sampai kek Melakau lepak umah adik ipaq satu malam...
lepak reramai.. adik bradik Mr. Hub... riuh setaman, heeee~

 bersama-sama anak -anak buah Mr. HuB yg becok2 belaka...

 Sebelah tu biras saya.. Kak Ngah (sebaya saya tau..)
Ni lepak kat Pantai Puteri,
Sesat tak jumpe Pantai Klebang
tu salahkan org yg membawanya..kami folow jerkk...
time ni perot mama laparrr sgt..
grrrrr...grrrrr....

 time nak balik jem plak... tau la cuti 3 hari kan
ramai worang datang jalan2 Melaka...

 ini budak Eryna namanya.. time mama dia ngah mandi 
dia jadi mak guard depan pintu bilik air, hahaha..
kes tak panas enjin lagi... lom mau dgn sape2..
gitu la anak ku nan sowang ni...

 31 Ogos 2014 ( Mr HuB telah bungkuskan coconut shake buat lunch hari itu....)

Cuaca di Melaka ketika itu, sgt la luar biasa panasnya..
nampak kulit Kakak Airis merah2 area mata...
sian.. tak biasa panas camtu laa..
kulit sape?
kulit Papa, tak tahan panas, hahahah....

Sekian, kisah kami...