Followers

Feb 6, 2015

Tazkirah Jumaat: Amalan Umat Terbaik Yang Pasti Menarik Perhatian Allah SWT

SOLAT DHUHA
M e n a r i k  b a n t u a n
A l l a h  s w t

Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita mengerjakan.
[sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat fardu dzuhur]

💐 YANG PERTAMA
D o s a  t e r a m p u n
Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt.
“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”
(HR Tarmidzi)

🌻 YANG KEDUA
O r a n g  b e r t a u b a t
Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt.
“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”
(HR Hakim)

🌸 YANG KETIGA
R e c o r d e d  s e b a g a i
o r a n g  t a a t
Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah swt.
“Barang siapa yang solat Dhuha 2 rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.
Barang siapa yang mengerjakannya sebanyak 4 rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.
Barang siapa yg mengerjakannya 6 rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.
Barang siapa mengerjakannya 8 rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.
Barang siapa yang mengerjakannya 12 rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya."
(HR At-Thabrani)

🌷 YANG KEEMPAT
M a s u k  s y u r g a  d a r i
p i n t u  y a n g  k h a s
Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha, kelak ia akan masuk syurga lewat pintu khusus, iaitu pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah swt.
“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,
"Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”
(HR At-Thabrani)

🍇 YANG KELIMA
R e z e k i  b e r e s
Allah swt mencukupkan rezekinya.
“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.”
(HR Abu Darda)

🍀 YANG KEENAM
S u d a h  b e r s e d e k a h
Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah.
“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi.
Sebab setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah,
setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah.
Sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat shalat Dhuha."
(HR Muslim)

🌹 Selain keutamaan yang sudah disebutkan di atas, masih ada keutamaan lainnya yang sayang untuk dilepaskan begitu saja.
Iaitu dengan mengerjakan solat Dhuha ada pahala besar berupa pahala seperti orang yang mengerjakan Haji dan Umrah yang diterima oleh Allah.

🌼 S O L A T  S U B U H
B E R J E M A A H
Barangkali kemuliaan ini masih belum diketahui oleh kebanyakan orang.
“Barangsiapa solat subuh dengan berjamaah, kemudian duduk berdzikir sampai matahari terbit, lalu solat dua rakaat, dia mendapat pahala seperti mengerjakan Haji dan Umrah dengan sesempurnanya.”
(HR Tirmidzi)


🎇 AMALAN UMAT TERBAIK YANG PASTI MENARIK PERHATIAN ALLAH SWT..

12 princes N princess Yg Sweet:

Falsya said...

insyaAllah..perkongsian yg sgt menarik..;)

Nur Inani said...

in sha allah sama sama kita amalkan solat dhuha ^^

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Alhamdulillah .. perkongsian yg bermanfaat Emme :)

Kakzakie said...

Alhamdulillah moga Allah berikan kakak kekuatan sehingga akhir hayat utk terus istiqomah. Kakak ajar Me cara termudah biar tak tinggal Dhuha ni. Jgn batalkan wudhuk selepas subuh. Jaga sehingga pergi ke pejabat. Masuk aje waktu Dhuha lewatkanlah 5-6 minit terus buat. Dua rokaat aje. Lepas tu buatlah kerja. Senang kan..

Tapi kena bagitahu suami yg kita mohon tak perlu salam/peluk sebelum pergi kerja sebab tak nak batal wudhuk. Jadikan amalan. Mudah dan pasti tak akan tinggal bila dah biasa.

Najib Ariyan said...

mudahnya beragama kan... dengan solat subuh berjemaah dan solat dhuha jer terlalu banyak anugerah Allah pada kita... terima kasih sharing

nuyui a.k.a miss YUI said...

Trima kasih kngsi kak..

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Insyaallah, jika ada kelapangan teman akan usahakan untuk mengerjakan ibadah sunnat ini.

Azizah Green Line said...

Tq sharing kak. Leh kita amalkan

iryanty ahamad said...

betul tu kak zakie :-))

Bunda a.k.a KN said...

Assalam,

perkongsian yang sangat bermanfaat untuk semua...

mardiana abu darin said...

Tq for sharing laling....insyaallah...dalam proses mengsitiqamahkan diri...

LYAfrina said...

tq for sharing

Post a Comment

tq 4ur comments~