Followers

Jun 19, 2015

Roh Yang Kembali di Bulan Ramadhan

Entry Copy & Paste dari FB

ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN
Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.
Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.
Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.
Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.
Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.
Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.
Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.
Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur.
Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.
Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup.
Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.
Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.
Yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh.
Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan...........

Alfatihah wat Arwah Atuk, Opah, Pan, Mak Mertua yang dikasih serta semua arwahi.. 

11 princes N princess Yg Sweet:

iryanty ahamad said...

al fatihah....bila tiba ramadhan akak timbul perasaan rindu pada insan yang telah pergi menghadap ilahi... :'-C rindu arwah tok bak dan nenek..

Siti Yang Menaip said...

nice sharing.. marilah kita sedekahkan al-fatihah buat kaum keluarga yang telah pergi..
smoga mereka tenang di sana di samping-Nya..

Nieyl said...

Al fatihah...tQ sharing..

eintan nurfuzie said...

entry terbaik..
walaupun cik en masih punya ibubapa dan sedara rapat tapi ini sebagai info untuk cik en.. tq

Kakzakie said...

Sebab itu bila kita berdoa utk keluarga kita jgn lupa titipkan juga doa dgn membaca wal muslimina wal muslimat, alahya-uminhum wal-amwat jadi sekurang-kurangnya kepada arwah-arwah yg tak ada anak atau anak yg lupa kita berikan hadiah sama buat mereka. Kesian pada mereka yg punya anak tapi tak pernah ingat - sedih kan

Nurzakiah Hanum said...

assalamualaikum
singgah pagi jumaat
nice sharing

mshazadoes said...

alfatihah untuk Bondaku :(
Rindu sangat2.

mak jemah jual vitamin said...

tobanya ramadhan membuatkan MJ pun terkenang orang-orang tersayang yang telah pergi terutama arwah atok dan makcik..

azizah green line said...

alfatihah utk arwah abg..

QasehnyaRania said...

alfatihah

mama ila said...

Al-fatihah buat semua keluarga & umat islam yg telah pergi dulu sebelum kita..

Post a Comment

tq 4ur comments~