Perkongsian dari Mimi Ida Mdj ini mungkin boleh membantu anda mengatasi anak-anak yang suka menjerit, berguling-guling apabila tidak mendapat barang yang diingini.
Baca perkongsian menarik dari beliau di bawah:
Anak anda suka menjerit?
Di sini saya mahu kongsikan sedikit pengalaman saya dari Czech.
Sepanjang saya menetap di Prague, ini satu perkara yang saya perasan. Anak-anak atau bayi di sini tidak pernah cakap atau menangis menjerit-jerit.
Saya terfikir, "eh? takkan baik sangat bayi kat sini? Menangis menjerit itu pun ada kaitan dengan genetik mat salleh ke?".
Sebab jika di Malaysia, saya selalu dengar budak-budak menangis berguling-guling ketika berada di mall terutamanya di bahagian barangan mainan kanak-kanak. (Hahaha!) Saya ada tiga anak saudara, sebab itulah.
Suatu hari ketika berada di dalam bas, saya terdengar seorang anak ini berbisik-bisik di telinga ibunya. Selepas itu ibunya membalasnya dengan cara yang sama. Lama juga mereka berbisik-bisik.
Saya pun cuba memasang telinga sebab saya rasa budak itu comel sangat.
Setelah mendengar apa yang dibisikkan itu, barulah saya faham bahawa ibu dia sedang marah anak dia tetapi dalam cara berbisik. Mata budak itu berkaca sambil berbisik semula kepada ibunya kerana dia tidak berpuas hati dengan teguran yang diberikan.
Akhirnya, si kecil itu faham dan tunduk. Umurnya mungkin dalam lingkungan 5 tahun.
Di dalam hati saya berkata, "patutlah tidak pernah dengar anak orang di sini menangis meraung-raung. Marah pun berbisik-bisik sahaja,".
Kalau anak dia jauh, dia panggil suruh datang dekat, lepas itu tegur di telinga anak itu dengan pelahan.
Jadi, saya membuat kesimpulan bahawa, apabila ibu bapa tidak menjerit memarahi anak-anak, anak-anak itu tadi tidak perlu menjerit untuk melawan suara ibu bapanya jika tidak berpuas hati dengan teguran yang disampaikan.
Tetapi saya faham di Malaysia agak panas. Belum sempat untuk tegur, hati sudah membara terbakar dulu. Hihihi! - Mimi Ida Mdj
Diolah semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
11 princes N princess Yg Sweet:
great
Apa yg pasti dulu kakak tak mampu nak marah berbisik Me
Dulu anak kakak puas kena marah/jerit. Tapi cuma nasib baik anak-anak kakak perempuan tak adalah mereka jerit balik atau guling-guling masa menangis.
Sekarang lagi anak dah besar-besar dah tak perlu marah - cakap aje dia dah faham.
bijak...betul juga cara mat salleh tu...agak2 kalau kita berbisik kat anak kita..anak kita dengar kata tak eik
tq sharing emme.harap² boleh la lepas ni praktiskan perkara yg sama...InsyaAllah
mcm kuat mengaruk laa ni kan .....tu laa kene pujuk kan ...tapi bile ikut bengang kite...dgn kite2 pun marah sebenarnye....rase nak menjerit same dibuatnyer haahahahah....ape yg penting kite kene sabar kan....
Uncle bisik-bisik time dalam kelambu je... hehe
terfikir juga dari semalam.. kenapa tak cuba cara macam ni.. at least kita berjaya buat dia dari menjerit sampai menjadi perhatian orang ramai.
tapi akak ni kadang2 jadi tarzan juga...adoii kena berubah ni
Bagus jua tips nie... Anak teman setakat nie alhamdulillah... mendengar kata... Apa yang penting, ajar dia solat, ajar dia meluahkan apa yang dia rasa... kita sebagai ibubapa, perlu mendengar apa yang hendak mereka katakan... kita ajar mereka mereka berfikir yang baik dan yang buruk... insyaallah, segalanya baik...
huhu.itulah.org kita kbyakan cpt melentingkan..pdahal leh kt leh rileks je bila nk mrh2kan ank
macam anak2 buah CT lah.. diorang kalo main bukan main ganaz lagi..
then CT cakap.. avoid lah beli game pistol ke apa ke.. dont trigger budak2 ni dgn benda2 macam tu.. plus they watch movies n mampu nilai. kena pasang something yg ada value..
Post a Comment
tq 4ur comments~