Followers

Sep 20, 2011

Anak Polis maut kereta langgar tiang lampu

PUTRAJAYA: Anak seorang anggota polis maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan melanggar tiang lampur sebelum terputus dua di Kilometer 7.2, Jalan Persiarran Selatan dari Dengkil ke Alamanda Putrajay di sini petang semalam,

Kejadian itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Rasydan Rasid, 20, dalam perjalanan dari Dengkil Sepang menuju ke rumahnya ke Putrajaya jam 5.25 ptg.

Berikutan itu, mangsa yang cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia ditempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa yang menaiki kereta Proton Wira dikatakan hilang kawalan, sebelum merempuh tiang lampu.

"Akibat rempuhan itu,kereta mangsa terputus dua, manakala mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Pasukan bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mayat mangsa sebelum dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi di sdini, semalam.

Turut kelihatan di tempat kejadian, ayah mangsa yang juga sorang anggota polis berpankat Koperal di Ibu Pejabat Polis Daerah IPD PUtrajaya,

Bapa mangsa, Rasid Ponondeen, yang tiba tidak lama selepas kejadian hanya mampu menitiskan air mata melihat kenderaan yang dinaiki anaknya remuk, sebelum bergegas ke Hospital Putrajaya bagi menguruskan jenazah.

LIHAT GAMBAR DI BAWAH DAN BERITA HARIAN HARI INI...

7 princes N princess Yg Sweet:

BERT said...

ha betol la wira terputus 2 ni hehe.. mekaseh sharing

eMMe said...

aa'ah...Bert, i baru baca paper tadi, sekali ade cite pasal xcident ni, heeeee~

Eye_nee said...

Semoga Rohnya dicucuri rahmat..

nuyui a.k.a miss YUI said...

erm,risau kes kemlgn cmni..
al-Fatihah..

munna said...

sedihnya .... perasaan ayah bila tgk anak sendiri dlm kereta tu... Al-Fatihah...

Kak Amy said...

al fatihah semoga rohnya di cucuri rakmat..

Bunga said...

sedihh,,:

Post a Comment

tq 4ur comments~