Followers

Oct 30, 2014

BAHAGIA ITU SEDERHANA


Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga.

Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.

Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.

Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti aku masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.

Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.

Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman.

Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.

Mencuci dan meng iron timbunan baju, itu bererti aku memiliki pakaian.

Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.

Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya.

Mendengar bunyi ekzos & hon itu bererti aku masih bisa mendengar.

Mendengar bunyi Azan di subuh hari, itu bererti aku masih hidup.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari.

Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar aku masih memiliki teman yang peduli padaku.

Seseorang yang peduli tentang aku telah
mengirimkannya kepadaku.

Dan kerana aku peduli tentangmu maka aku mengirimkannya juga kepadamu.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.

Ayuh kite sama2 mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mngeluh tnpa brfkir hikmah di sebaliknye...

Semoga yang t pesan ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan  kedamaian.aaminn


pst: Amiin Yarabbal Alamin................ moga dapat dimanafaat kan kite bersama...

copy n paste dari Whatapps 
 

Gambar lama, masa raya.. kt kampung mr HuB kek Rombau Most Wanted katanyeee...heeee...

9 princes N princess Yg Sweet:

Raihan said...

bersyukur la kita atas segalanya kan...comeyy princess

Anum said...

happy family

Kakzakie Purvit said...

Kakak pun ada dpt WhatsApp ini Me
Jadikan renungan kita bersama kerana kadang kita ni lupa

Menjeling bukan main (siapalah ni) kakak masih tak boleh cam mereka berdua ni Me. Macam sama aje.

Lynn Huraiza said...

setuju sangat...syukur alhamdulillah...

SSulieana said...

aaamiiiiiiiinnnn

nazayiena said...

Syukur alhamdulillah,semuanya tu ada penyebabnya dan hikmah di sebaliknya.

ewanthology said...

Alhamdulillah

Gee Lion said...

alhamdulillah, terima kasih kak emme.. peringatan yg berguna buat diri yg makin lalai ni.. :(

AisNy said...

Bahagia tu ada macam-macam dimensi... bahagia hanya akan hadir apabila hati dan jiwa kita tenang... kalau hidup sederhana, tapi hati tidak tenang... bahagia tidak muncul juga... sama juga keadaannya, kalau kita berharta... bahagia dalam erti kata sebenar akan hadir apabila hati kita dekat dengan Allah...

Post a Comment

tq 4ur comments~