KRISTINA dengan bibir asal (kiri) dan selepas mendapatkan 100 suntikan. Gambar kanan adalah watak kartun Jessica Rabbit. Metro hari ini
KRISTINA dengan bibir asal (kiri) dan selepas mendapatkan 100 suntikan. Gambar kanan adalah watak kartun Jessica Rabbit.
ST PETERSBURG: Seorang wanita Kristina Rei yang tidak suka memiliki bibir nipis membelanjakan 4,000 pound (RM20,000) untuk suntikan bibir. Bagaimanapun, dia masih tidak berpuas hati dengan suntikan itu. Wanita berusia 22 tahun itu percaya bibirnya kelihatan hodoh dan dia cemburu dengan bentuk bibir penuh yang dimiliki kakaknya.
Kristina yang juga seorang juruteknik kemudian melakukan 100 kali suntikan silikon bagi membolehkan dia memperoleh bibir yang tebal dan muncung.
Kristina yang mengagumi karakter kartun Jessica Rabbit berkata: “Saya rasa saya nampak hebat.
“Saya sukakan bibir tebal Jessica Rabbit. Pada pandangan saya, dia adalah wanita sempurna,” katanya.
Kristina yang mengakui ketagih dengan suntikan itu kini ingin bibir yang lebih muncung, telinga dan hidung yang runcing dan payu dara lebih besar.
Kristina berkata: “Ia membuatkan saya gembira. Kadangkala orang lain mengejek saya mempunyai bibir tebal tetapi saya tidak hiraukannya.
“Saya inginkan sesuatu yang ekstrim. Saya mahu kelihatan seperti karakter kartun. Saya sudah ketagih dan saya sukakannya. “Beberapa rakan memberitahu saya tidak patut menyuntik bibir menjadi lebih tebal dan besar tetapi saya belum berpuas hati.
p/s: Agak-agak la nak cantik pun, muda lagi, lagi comel gambar sebelum berbibir tebal, aduhaiii....matcham2 la...
12 princes N princess Yg Sweet:
xcantik langsung!!
@.: iEyLa :. hhahahahha~ pelik! tak tau nak cantik lagu mana dah...
bengong....xde keje depa nie...
yg asal lg cntik!!
bukan cantik pun... setuju la, yang asal lagi lawa...
ya Allah buruknya ..
awak tak usahlah buat apa-apa kat bibir awak. dah cantik dan sempurna dah.
tak bersyukr apa yg ada...bukan lawa pun....lai hodoh adalah...
lucu pon ada....rupa asal tu tde cacat cela pun buat apa lah nk ubah
Lagi cantik yang asal kan..ape lah yang diorang fikir... :)
Nasib baik anak mak ni tak ketagih nak buat bibir mcm tu..kakakakakaka
biar kan ...biar kannnn...biar kannnn....asal dia bahagia...
esok2 bibir tu membengkak lebih besar dr muka br hang tau.......isk3
Post a Comment
tq 4ur comments~