Followers

Oct 27, 2011

Khasiat memeluk isteri kita dan pelukan suami untuk isteri


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.


SUMBER

9 princes N princess Yg Sweet:

Ena said...

selalu juga dengar ceramah ni.. tp n3 ni memg bagus utk kita remind sama2.. :)

MulutPayau said...

dik...terima kasih atas prkongsian ni...

Mama Gee said...

yg penting dpt menyalurkan kasih syg dan mengeratkan lg perhubungan... :)

shahrilhakime said...

Pelok waktu pagi je ke cik eMMe???..... waktu lain tak bulih panjangkan umo ke???? hehehe... tapi tq sbb berkongsi...

Lina Rahim said...

peluk2 membawa bahagia, bahagia membawa panjang umur..InsyaAllah

a.samad jaafar said...

tak penah tengok abah peluk mak..tapi umur abah sekarang 87 tahun..

uncle gedek said...

patot pon uncle awet muda....

(lalalala...)

Kaki Wayang said...

Peluk oh pelukkkkkkkk..ngeeeeee

munna said...

syoknya bila dipeluk....

Post a Comment

tq 4ur comments~