Tuan/Puan,
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
TAJUK : Dunia satu pengembaraan
HADIS :
Daripada Ibnu Umar r.a katanya: "Rasulullah SAW telah memegang bahuku lalu bersabda: "Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau." Ibnu Umar r.a berkata: "Apabila kamu berpetang-petang janganlah menunggu waktu pagi, dan apabila kamu berpagi-pagi janganlah tunggu waktu petang dan pergunakan masa sihatmu sebelum sakit dan masa hidupmu sebelum mati."
(Riwayat al-Bukhari)
HURAIAN :
Destinasi akhir kehidupan di dunia ini adalah kubur. Sesungguhnya walaupun mati itu kelihatan jauh, namun sebenarnya ia adalah dekat. Oleh itu, perlulah bersegera melakukan kebajikan dan memperbanyakkan amalan. Janganlah melengah-lengahkan masa dan jangan pula mengabaikan masa yang ada dengan harapan untuk melakukan kerja dan kebajikan tersebut kemudiannya, sedangkan seseorang itu tidak dapat memastikan bilakah ajalnya akan tiba.
SUMBER :
1. 300 Hadis Bimbingan, Zahazan Mohamed & Ahmad Hasan Mohd. Nazam, Telaga Biru (2007)
2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
7 princes N princess Yg Sweet:
pengisian yg baik di pg Jumaat...tq
moga kita mjjadi muslim sjati yg bsderhana dn mmiliki jiwa yg t.tlalu cintakn dunia, amin
perkongsian yg hebat..
tengs!!
semoga amalan kito semuo diterima Allah SWT...amin..
moga hari jumaat ni membawa seribu keberkatan buat kita semua
perkongsian yg menarik...thkns dik....
perkongsian yg hebat dik ..
berderau bila baca kisah kiamat dan kubur nie huhuh terasa keinsafan diri nie terlalu daif ..
Post a Comment
tq 4ur comments~