Followers

Sep 21, 2012

Bengkak Kaki dan Tangan ketika Hamil

Mengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak?

Apa yang anda alami ini dipanggil oedema, iaitu keadaan di mana badan anda menyimpan terlalu banyak cecair. Ia berlaku akibat terdapatnya darah berlebihan dalam badan anda kerana anda hamil.

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.

Malangnya, oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan bengkak?

Ubat-ubatan jenis diuretik tidak sesuai digunakan semasa hamil. Ubat-ubatan jenis ini membuatkan buah pinggang mengeluarkan air dan sodium supaya anda kerap membuang air dan menghapuskan cecair yang berlebihan dengan cara itu. Anda boleh mencuba cara-cara lain untuk mengawal kebengkakan:

  • Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.

  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.

  • Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).

  • Minum banyak air. Yang peliknya, mengekalkan hidrasi dapat membantu badan anda mengurangkan penyimpanan air berlebihan.

  • Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.

  • Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.

  • Makan makanan berkhasiat, dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering.

  • Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.
Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin tidak menyelesakan, keadaan ini adalah sementara sahaja. Ia akan hilang sejurus anda melahirkan
 
Terima kasih! Sumber

32 princes N princess Yg Sweet:

Mama Gee said...

Dulu takde masalah mcm ni..maybe sbb perot kecik je kot...alhamdulillah...

nuyui a.k.a miss YUI said...

oh,begitu ea..

Bazilah (^0^) said...

ohhh baru tahu. thanks sharing kak :) cincin risik ngan tunang tak muat dah skrg nih, cincin kawen tggu masa je kot hihi..

Unknown said...

deqla penah tgk kwn deqla habis bengkak2 time dia peknen...kalo deqla xtau la camne nnti..huhu

BERT said...

ooo bgus ni... ptutla tiap kali checkup nurse tnye kaki bngkk tak.. tapi sy ok la kak tade plak bngkak kaki stakt ni.. hihi

Anonymous said...

bengkak kaki perkara biasa kalau hamil. bila tidur tinggikan sedikit kaki dri badan alas dgn bantal ke!

Kakzakie Purvit said...

Kakak dulu bila dah bengkak kaki memang sign that times to be delivered. Tanda tu tak sampai 2 minggu kakak akan bersalinlah Me. Tapi tak sama dgn adik kakak 7 bulan dah bengkak kaki.

Moga Me terus sihat

Pokok Manggis Depan Rumah said...

terima kasih info ni akak..
dapat di jadikan panduan :-)

Unknown said...

sy dulu kaki mcm kaki gajah..besar gile..kene pakai selipar besar2 je..lps surut je terus beranak..;)

Eye_nee said...

Akk pun lebih kurang kakzakie jugak sis..bengkak kaki dlm 2-3 minggu terakhir sebelum bersalin...

eMMe said...

Kak Zakie, Kak Eye Nee, Nens,Bert

Me pregnant 6 bulan dah ade bengkak,
lambat lagi nak bersalin, InsyaAllah......
mengkak2 biasa je ni kot... huhuhuhu.....

Unknown said...

perkara biasa tu kak.. lebih2 lagi akak pregnant kembar... tips kat atas tu akak kena ikut..paling penting letak kaki ats bantal masa tidur kasi tinggikan sikit yer..

Noli said...

noli dulu bgkak gak kejap,2bln sebelum bersalin..mmg kmbang jer rs kaki hehe..take care emme ;)

-Sara- said...

sara dulu masa prgnant tak penah kena kaki bengkak..hehe..

take care emme :)

eita said...

normal untuk ibu2 yg mengandung kan...

sekadar satu coretan said...

biasa la tuu..bengkak mcm tuu...kakain dulu2 peknen pun bengkak kaki jugak..tapi kawan kakain ada lagi teruk mmg bengkak betul nak pakai kasut pun tak boleh...sakit plk tuu...

tak pe sekejap jer tuu, nnt bb dah kuar baik la kaki tu tau..sabar yee..

Rosmawani♥ said...

Ros dh start bengkak dh... :) hihihi... Mungkin tgk bdan jugak kot... Ade yg xbengkak smpai bersalin :)

nazayiena said...

Kak Nurul bengkak kaki bila dah dekat nak due je,
emme tido alaskan kaki dgn bantal kasi tinggi sikit yea.

Umie a'iesya said...

kak emme, akak letak bantal le kak hujung kaki masa tdo...hehehhe

Nanak said...

hi kak..
tgh baca ni sambil silang kaki terus ubah kedudukan..ehehehe...

so far takde bengkak lg(minta2 tiada) tp cramp waktu mlm ada sesekali...mcm nak putus je urat..

stoking tu nak cari sampai skng tak jumpa..

take care.

wahida said...

aku masa ngandung si abg dulu, bengkak kaki kalau duk keta jln jauh2...huhu...

kakrose said...

Akk tak pernah bengkak kaki tika hamil. Anak akak pulak masuk 8 bln dah mula bengkak kaki..

Unknown said...

akak, suruh husband picit2 urut2 kaki la...haha..time nih la kna amek kesempatan..kih3

sal ya said...

biasa bengkak kaki je. kalau kembar mungkin up sikit kot. tapi bengkak kaki pun masa pregnant first je. tu pun sebab ikut org berjalan drpd terengganu ke kuala kangsar. hehehe... balik tu husben la yg jadi tukang urut.

Zurae said...

thanx info ni...tapi setakat ni baru 25 minggu belum nampak bengkak tu...

saly said...

ooo..baru tahu kenapa jd bengkak gtu..tQ ya Me dengan info..bila2 klu rezeki prgnant n ada bgkak,dah tahu cara kawalnya..pnah juga kna first prgnnt dlu..>_<

adyna AB said...

ALU EMME DAH SEMBAB KAKI NNT TIDO LETAK BANTAL KAT BAWAH KAKI, MASA NGANDUNG SAYA BUAT MCM TU..ALHAMDULILLAH KURANG LE LETIH KAKI ;)

kurus said...

TQ dikk
memang ada gejala2 macam nie bila mengandung ..
buts atas2 ibu lah
ada yg x akan alaminya
akk pula , masa anak kedua seingat akk ..
tapi selalunya sapu minyak gamat dan bawa berurut dengan mak bidan ..
kebanyakannya sbb angin x kuar .. ;)

rieda_ffya said...

ni mesti me byk berdiri or jalan ka..xpe..dont wurry lalink..take a lot of rest...me kan dua baby..

munna said...

kak munna kena kaki bengkak tu.... tido kena letak kaki atas bantal... misi suruh

nadia farahida said...

kak, tahun lepas kan nadia patah kaki. kena operate masuk besi. kaki selalu bengkak kalau berdiri lame2 atau jalan lame2. jd, asal bengkak je, malam nak tdo akak lapikkan bantal dekat kaki ye. insyaAllah esok surut.

Unknown said...

tangan bengkak cmne

Post a Comment

tq 4ur comments~