Followers

Sep 10, 2012

Kenali Pergerakan Bayi Anda dalam Kandungan

Salam All.
Me dah masuk 27 minggu

Baru pas baca kat alamhamil.com

Mengenai :

Kehamilan memang tempoh yang mendebarkan lebih-lebih lagi jika ini adalah bayi pertama anda. Di antara saat-saat yang paling menarik semasa kehamilan anda ialah apabila anda pertama kali merasai bayi anda menendang. Pergerakan-pergerakan kecil meyakinkan anda bahawa bayi anda membesar dengan sihat dan menjalinkan hubungan lebih rapat dengan bayi anda.

Bilakah boleh merasai pergerakan bayi saya?

Untuk kehamilan kali pertama, pergerakan bayi selalui dirasai pada kandungan berusia antara 18-22 minggu tetapi kadang kadang ia mungkin mengambil masa lebih lama sehingga 25 minggu. Bagi kandungan kedua dan seterusnya, wanita mungkin boleh merasai pergerakkan seawal 14 minggu. Sekiranya anda berasa risau disebabkan masih gagal untuk merasai pergerakkan bayi anda, jumpa doktor untuk pemeriksaan ultra sound. Bayi selalunya dapat dilihat bergerak aktif walaupun ibu masih belum dapat merasai pergerakannya.

Pergerakan bayi akan lebih mudah terasa sekiranya anda dalam keadaan tenang samada duduk atau berbaring.

Bagaimana rasanya semasa bayi bergerak?

Ibu-ibu selalunya mengambarkan pergerakan awal bayi mereka seperti rama-rama atau pergerakan yang sangat lembut pada bahagian rahim mereka. Pada mulanya anda mungkin sukar untuk membezakan antara pergerakan usus atau angin tetapi apabila kehamilan anda sudah beralih kepada lewat trimester ke 2, pergerakan bayi anda menjadi lebih kuat dan kerap.
Kajian telah menunjukkan bahawa pada trimester ketiga, bayi akan bergerak kira-kira 30 kali setiap jam. Bayi-bayi cenderung untuk bergerak lebih kerap pada masa-masa tertentu. Mereka biasanya paling aktif pada jam 9 malam sehingga 2 pagi dan akan menyebabkan tidur anda mungkin terganggu. Aktiviti aktif bayi dikaitkan dengan tahap gula dalam darah ibu yang lebih rendah pada waktu ini.
Bayi juga boleh bertindak balas terhadap bunyi atau sentuhan dan suami anda mungkin boleh merasai tendangan bayi anda sekiranya dia menyentuh perut anda.


Sesetengah bayi secara semula jadinya bergerak kurang aktif daripada bayi yang lain disebabkan personaliti yang berbeza. Kekurangan pergerakan mungkin juga bermakna bahawa bayi anda sedang tidur dengan nyenyak.

Anda juga mungkin kurang merasa sepakan dan tendangan selepas minggu ke-32 kerana bayi anda telah bersaiz lebih besar dan tidak mempunyai cukup ruang untuk bergerak dengan aktif di dalam uterus.

Bagaimana memantau pergerakan bayi anda

Apabila kandungan anda sudah berusia melebihi 28 minggu, sesetengah doktor menyarankan kepada anda untuk mencatatkan pergerakan bayi bagi memastikan bayi anda berada dalam keadaan baik.

Ini adalah satu carta pergerakan bayi yang dicatat pada tempoh tertentu. Untuk memudahkan pengiraan, tentukan masa dimana bayi anda bergerak paling aktif (selalunya ia sejurus selepas anda makan). Dapatkan kedudukan yang selesa sama ada anda duduk di kerusi atau berbaring di atas katil. Catatkan masa semasa pergerakan pertama bayi dan apabila sudah cukup 10 kali pergerakan.

Anda harus berasa sekurang-kurangnya 10 kali pergerakan dalam tempoh dua jam.

Jika anda tidak merasakan bayi anda bergerak 10 kali menjelang akhir dua jam, cuba minum segelas air manis dan berbaring sebelah kiri. Sekiranya bayi anda masih kurang aktif, berjumpa doktor anda.

Doktor anda mungkin melakukan ujian CTG (Cardiotocography) untuk menyemak kadar dan corak degupan jantung dan juga pergerakan bayi anda. Graf yang aktif akan menunjukkan bayi berada dalam keadaan memuaskan.

Panduan kepada pergerakan bayi anda.

Minggu 12: Bayi anda sepatutnya mula bergerak dengan aktif, tetapi anda mungkin tidak akan dapat merasa apa-apa kerana saiz bayi hanya kira-kira 6 cm panjang.

Minggu 16: Sesetengah wanita hamil akan mula berasa seperti pergerakan rama-rama yang kecil di dalam rahim, tetapi ia tidak semestinya pergerakan bayi.

Minggu 20: Pada ketika anda sudah benar-benar mula merasa pergerakan pertama bayi anda, yang dipanggil "quickening."

Minggu 24: Bayi kini mempunyai berat kira-kira 500g dan pergerakan itu mula menjadi lebih kuat.

Minggu 28: Bayi anda sering bergerak sekarang dan berat kira-kira 1.2 kg. Beberapa sepakan dan tendangan boleh menyebabkan anda tidak merasa selesa.

Boleh baca blog mama kembar name Melissa 

Banyak blog yg saya jumpa untuk pengetahuan dan panduan bakal bakal ibu Baby Center

pst: baru2 ni scan kat private, baby-baby still berkedudukan songsang (breech), bersilang, sowang melintang, sorang lagi kaki kat bwh.. mungkin kedua2nya girl... terima seadanya, moga baby2 sihat.. tu je doa seorang mama...

15 princes N princess Yg Sweet:

fifi said...

baby awak kembar ye?bestnya.. :)

sy ni dah 37w, tapi baby punyalah kuat kalau bergerak.lagi-lagi kalau malam.senget2 perut sy..

+ e.z + said...

wah bakal dpt twins yer?
tqhniah... tringat mine dolo... alfatihah :)

Izwa Kamaruddin said...

lama dah tak rase..hehehee..

Kakzakie Purvit said...

Kakak bayangkan twins dlm kandungan Me tu macam gambar yg Me tepekkan. Comel kan:)

mshazadoes said...

tahniah..akk besh lh dpt twins...dya bole bljar dgn akk ..coming soon leh join club akk..hihihihi

nazayiena said...

Bila kita usapkan perut mesti bb akan beri respond dgn b'gerak2,sweetkan ....

Anonymous said...

jaga diri ye, dulu2 KA pown excited juga bila hamil x kisahlah yg 1st 2nd or masa 3rd tu! hehehe

Rosmawani♥ said...

Jgn sedih2 yer kak emme.. Even czer pun, kak emme dah ade 2org bby :) hihihi.. Oh girl ea, samalah dgn ros... Yang penting keduanya sehat,,, :) amin,,, cayang kak emme.. Ros msuk 32mggu nnt bru start kira...

Bazilah (^0^) said...

wahhhh. dpt gurls ek kak. seronok la nnti huhuhu. xpelah x dpt sepasang pon kan, yg penting baby sihat :) pssst: bazi dah beli brg2 baby kak sbb rs cm x lame dah nih :)

Nanak said...

hi emme,
i nak sgt girl haha..but kalau boy xkisah pun, janji sihat..:)jgn fikir sgt pasal czer k..yg ptg ibu n babies sihat n selamat...
i ni mmg dah ready je if czer sekali lagi..pasrah je..dahlah uri pn still kat bwh..

p/s
i takde bengkak kaki tpi tak larat bw perut..mcm dah 9bulan..hehehe..pastu babies pula asyik berkuntau je kat dalam..hohoho..

sal ya said...

seronok kan? teringat la time check up nurses selalu la pesan jgn ingt dah 6 bulan tak blh gugur. entah apa2 entah nurses tu.

Rose said...

wahhhh bestnya.....senang nk bg hadiah kalu bby girls...jgn risau psl songsang tu..Insyaallah nnt babies yg baik akn berpusing dlm keadaannya tu okeh..

munna said...

seronok baca pasal info2 kehamilan dan baby ni... buat kak munna teringin je....gegirl ke? bestnya.....

kurus said...

hurmm dah rasa macam nak ngandunggg aje ngehx3

Anonymous said...

Doakan saya dapat baby girl...twin....

Post a Comment

tq 4ur comments~