Followers

Dec 22, 2014

Menu Berpantang # Ikan Bilis

Resepi Berpantang # Ikan Bilis

IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM

Bahannya:
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.


IKAN BILIS BERKUNYIT

Bahannya:
50 gm ikan bilis
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.

Caranya:
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.


IKAN BILIS DAUN KARI

Bahannya:
50 gm ikan bilis – di goreng
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
Minyak masak.

Caranya
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.

2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat.

sumber: Misz Sheyla 

11 princes N princess Yg Sweet:

Nurzakiah Hanum said...

great

LYAfrina said...

Rupanya ikan bilis pom blh mkn ye time pntang.. igt xleh..tkut gatal or bnanah kat jahitan

Falsya said...

Kalau bukan dlm pantang kan mmg terliur tgk menu ikan bilis..tp bile tgh berpantang alahaiiiii, bercinta nak hadap ikan bilis..hehe

fifi said...

Sedapnya....rasa rindu nak makan makanan pantang..

Mayang ABDUL RAZAK said...

EMME LAM PANTANG KE? NI LE MENU YG SENANG LAM PANTANG KAN,,, IKAN BILISS..

Ena said...

Ena dulu awal2 berpantang tu memg menu ikan bilis gini je..

~aSHa~ said...

persediaan berpantang ke ni emme..byk betul menunya....

Kakzakie said...

Org pantang jemu jelak kena makan macam itu Me. Minggu pertama ok lagi kena 40 hari aduhai. Tapi kalau tak dlm pantang sedap ni - kakak suka:)

Travelog Sunyi said...

kalau ade gambar lai superb ni kak..
orang xpantang pon nak try t..hihi

Ann Ishak said...

eh me dah bersalin ke...?!!!

Time Traveller said...

Salam dan selamat pagi.. blog walking ke sini pepagi nie.. baru tahu dlm pantang boleh makan ikan bilis.. :D

Post a Comment

tq 4ur comments~