Followers

Feb 22, 2012

Memori Sudirman: Tetap Di Hati Walau 20 Tahun Pergi



 Terdetik di hati OHBULAN! selepas membaca artikel tulisan Niezam Abdullah di mStar Online mengenai Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Sedar tidak sedar, sudah 20 tahun Sudirman yang pernah menghiburkan kita telah tiada.
Pergi ketika berumur 37 tahun, Sudirman suatu masa dahulu pernah menjadi penghibur nombor satu Asia. Beliau juga adalah penyanyi tanahair yang pertama membuat persembahan di Royal Albert Hall, England.
Sudirman dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh dan mempunyai ijazah dalam bidang Undang-Undang di Universiti Malaya. Beliau telah melanjutkan pelajaran pada tahun 1976-1980 dan pernah menjalani latihan amalan guaman. Walaupun layak menjadi peguam bertauliah, sifatnya yang cintakan seni lebih menonjol dimata rakyat.
Dilahirkan dalam keluarga yang bergiat dalam politik, Sudirman mula menapak dalam dunia hiburan seawal umur 22 tahun apabila beliau berjaya menjadi Johan Bintang RTM pada tahun 1976. Masih melanjutkan pelajaran, tahun 1977 Sudirman telah berjaya menerbitkan EP-nya yang pertama berjudul ‘Teriring Dosa’ dan ‘Suratku Yang Ini’.
Pada tahun 1978, Sudirman telah mengikat kontrak bersama EMI dan terus menghiburkan para peminat sehinggalah beberapa bulan sebelum beliau pergi meninggalkan kita semua pada 22 Februari 1992. Al-Fatihah.
Artikel ini adalah ringkasan dari artikel asal Niezam Abdullah, “20 Tahun ‘Pergi’, Sudirman Masih Tiada Pengganti“.

SUMBER: Oh Bulan!

9 princes N princess Yg Sweet:

nuyui a.k.a miss YUI said...

al-Fatihah utk arwah..

TS said...

dengar radio dalam kete pg td sume tribute to him..

~~AzaLea~~ said...

Bakat Allahyarham sudirman & Allahyarham Tan Sri P.Ramlee mmg tiada gantinya setakat ni...

eita said...

tengahari tadi ada tengok konsert sudirman kat tv2..

LYAfrina said...

moga roh arwah dicucuri rahmat..amin..
x di akui.. smpai skarang xde sape dpt lawan arwah kan..lagu2 dia hit smpai skrang

ankeljonni said...

suka lagu .. chow kit road tu...

munna said...

Al-Fatihah buat Arwah Sudirman... lagu2 dia...makin lama makin sedap di dengar

Mama Gee said...

mak akak peminat setia sudirman nih...

Unknown said...

shark ingt sokmo tarikh nie..
sbb dekat ngan tarikh penting hsark setiap tahun
hehee

Post a Comment

tq 4ur comments~