Followers

Sep 30, 2010

Sejauh mana kebenaran? Kowang try test geget ini daun boleh?


Dapat dari inbox emel……

Sejauh mana kebenaran? Kowang try test geget ini daun boleh?

Hahahaha~ cam uji tikus makmal pulak…


Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

(ayat copy paste sudah…)



18 princes N princess Yg Sweet:

DKosongLapan said...

dah penah dapat email ni sebelom ni.....tak percaye pun tak beghani jugakkk....macam dekat ghumah awok....jalan terbaeknye...awok jauhkan pokok ni daghi anak2 awok..... takot ooo....bio kite berjage daghi udah terkene...

eMMe said...

kita kan tau pokok2 hiasan ni, just biasa2 je, atau ade racun dalamnye... so, letak je la bunga plastik kat luar/dalam rumah..selamat.....

jesnita_ns said...

mE...mr. hubby kita baru je tanam pokok ni...bila diberitahu yg pokok ni ada racun...dia tak percaya..sbb mostly rumah @ opis ada tanam pokok ni kan

eMMe said...

me pun antara percaya dgn tak percaya...nak call sape ekk? utk confirmkan kebenaran pokok racun nih...??

JUE said...

pokok ni mmg bersepah. kat opis kita ada x me? jom pi check!

eMMe said...

jomm..tapi kak jue jgn geget lak tau...huhuu...

Mrs Nageb said...

I pun suka pokok ni..tapi tuhla takut gak ek.. :)

cheqna said...

pernah baca la..tapi tak tahu sejauh mana kebenarannya

Ena said...

cantik bukan sebarang cantik.. ;D


ena pun pernah gak baca sebelum nie..

a.samad jaafar said...

bagus informasi ni.. tp nak mintak kawan buat pengesahan..kalau dia mau..bukan susah nak buat ujiannya pun.. sy ni jenis sukakkan bunga..

DKosongLapan said...

Chor...suke bunge takpe CHor....jgn mat bunge...

Cik eMMe....
itule sebabnye bunge ni banayk oghang tanam...sbb ingat buange hiasan je....tpai tak sangke pulak beghacun..

al-lavendari said...

tak tahu pun sebelum ini .. nasib baik uncle tak buat sayur !

tapi kat rumah atau kat ofis tak ada pokok spesis ini. tapi pernah jumpalah.

lovelywa said...

alamak, umah akak pun ada gak pokok nih..tp daun ni cam kecik sket laa..spesies sama kot..tp budak2 takleh lak usik pokok tuh..

E K A said...

baru tau emme.thanx for sharing.

noreed said...

kalo kat rmh tak ada budak kecik tak pe tanam pokok ni, tp kalo ade budak kecik baik jgn tanam. tanam pokok sayur2 bagus gak kan dapat gak mkn hasilnya :)

eMMe said...

thx for all the comments...tak sempat nak balas by individually...will reply in other entry, thx...

anita_hanapiah said...

sharing is caring...fuhhhh takot gak la..atas meja kt opis ada benda allah ni...nk kena jauhkan ni takot tergigit plak...

eMMe said...

hahahaha...nita, tu saje2 geget tu, heheheh...letak jauh skit, jgn dekat sgt dengan mulut, hehehe...

Post a Comment

tq 4ur comments~