Followers

Feb 29, 2012

Wordless Wednesday: Syoknye kalo Pandai Masak cam nih..

Assalamualaikum wbt
gambar ni di ambil pada Jumaat lepas
24.2.2012
Dinner di Malee Restoran, Dengkil
sedap.berselera. kene dgn tekak kami berdua
Ikan kembung masak Radprik
Sedapppppnyeww...
Kailan Ikan Masin
Sambal belacan dgn Ulam

eh! Wordless la
lupeeee~ heeeee....~

Feb 28, 2012

Tanpa Tajuk Selamat Balik Rumah Yea!

Asssalamualaikum
Selamat petang
petang-petang baru update
tak sah rasanye hidup ni
kalo tak update blog
rindu kat kowang sebenarnye...
rindu tak kowang pada ku
saya sihat
kowang semua sihat
saya bz
tu yg baru berkesempatan update
kowang bz?
bz update blog ekkk
syok laa...hehe...


by: Gr8 ppl , Gr8 thoughts


Feb 26, 2012

Ceria Sabtu Ahad pun boley~

kelakar tak.
kelakar la
hangpa ni....
lawok tuu...
hahaha~

Feb 24, 2012

Tazkirah Jumaat: Member Salam




Tuan/Puan,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TAJUK : Memberi Salam

HADIS :
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebarkanlah salam di antara kamu nescaya kamu akan berkasih-kasihan."
(Riwayat Hakim)

HURAIAN :
Memberi salam merupakan pembuka kata yang membantu untuk mengenali dan bermesra. Seseorang mungkin berat mulutnya untuk memulakan bicara, namun dengan membiasakan diri memberi salam halangan tersebut akan dapat dihindarkan dan pertemuan itu apabila diteruskan akan berada dalam suasana penuh kemesraan. 

SUMBER
1. Panduan Al-Quran dan Hadith, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2009)

Tazkirah Jumaat: Solat Sambil Kendong Bayi

Ada tak dikalangan kawan-kawan solat sambil kendong bayi?
Saya tak penah tgk
tapi amat tertarik dgn cara solat sebegini.
Betapa Islam memudahkan hidup seharian kita,
bukan sebaliknya......

Feb 23, 2012

ST: 23.2.2012 I Love Allah

InsyaAllah yang baik datang dari Allah swt......

Feb 22, 2012

Memori Sudirman: Tetap Di Hati Walau 20 Tahun Pergi



 Terdetik di hati OHBULAN! selepas membaca artikel tulisan Niezam Abdullah di mStar Online mengenai Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Sedar tidak sedar, sudah 20 tahun Sudirman yang pernah menghiburkan kita telah tiada.
Pergi ketika berumur 37 tahun, Sudirman suatu masa dahulu pernah menjadi penghibur nombor satu Asia. Beliau juga adalah penyanyi tanahair yang pertama membuat persembahan di Royal Albert Hall, England.
Sudirman dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh dan mempunyai ijazah dalam bidang Undang-Undang di Universiti Malaya. Beliau telah melanjutkan pelajaran pada tahun 1976-1980 dan pernah menjalani latihan amalan guaman. Walaupun layak menjadi peguam bertauliah, sifatnya yang cintakan seni lebih menonjol dimata rakyat.
Dilahirkan dalam keluarga yang bergiat dalam politik, Sudirman mula menapak dalam dunia hiburan seawal umur 22 tahun apabila beliau berjaya menjadi Johan Bintang RTM pada tahun 1976. Masih melanjutkan pelajaran, tahun 1977 Sudirman telah berjaya menerbitkan EP-nya yang pertama berjudul ‘Teriring Dosa’ dan ‘Suratku Yang Ini’.
Pada tahun 1978, Sudirman telah mengikat kontrak bersama EMI dan terus menghiburkan para peminat sehinggalah beberapa bulan sebelum beliau pergi meninggalkan kita semua pada 22 Februari 1992. Al-Fatihah.
Artikel ini adalah ringkasan dari artikel asal Niezam Abdullah, “20 Tahun ‘Pergi’, Sudirman Masih Tiada Pengganti“.

SUMBER: Oh Bulan!

Wordless Wednesday: 22.2.2012

cantek tarikh hari ini.
cantek ayat-ayat atas ni.
moga jadi perangsang dan kekuatan dlm diri kita semua.

Feb 21, 2012

Alhamdulillah Lega 5S Auditor dah berlalu pergi


Lega.
Tersenyum.Girang.Ceria
ehem2! 
Back to normal temperature.
fuh!! nasib baik tak lawat kawasan saya
hahaha...

baru mood nak makan berkobar2!
hahahaa~
boleh lompattt~
Yahooooo...

DUP DAP DUP DAP Gara Audit 5S Hari Ini

Berdebar.
Panas Badan
tangan berpeluh
Seram.Sejuk.

Ya Allah. Tenangkanlah jiwa ku
Lembutkanlah hati auditor.
Agar penilaian dapat dibuat dengan senyuman, lancar dan sempurna.

Amin. YarabbalA'alamin..

Nak Dapat Sijil 5S Senang tak?!

Seronok kan 5S
tambah lagi 1S
Seronok la Sorok arang2 peribadi dlm kotak
Sorong masuk dlm kereta pastu penuh kan umah 
wat Semak~
haha...
21hb Februari tarikh Keramat
Berdebar juga...MAMPU nak Audit
MamPu*................!!!!
dah tak tahu nak 
Sisih
Susun
Sapu
Seragam
Sentiasa
Serius! tak mampu melakukan apa-apa
cukup la, tak terdaya
Masa dah tamatttt
siap Sedia...
Shhhhhhhhhhhhhhh~

Feb 20, 2012

Salam Kenal: I Dream of little bunnies

Nama tuan punye blog: Yannie bunnie
a housewife. a student. a mummy wannabe
untuk kenal lebih lanjut lagi mengenai beliau,
sila la lawat blog beliau...
dan jangan lupa follow blog yannie yea!
TQ all friends~

Feb 18, 2012

reallyyyyyyyyyyy cuteeeeeeeee~


hai.
mak kucing peluk anak2 kucing.
cuteee...
comelll...
bulattt...
cam pipi mr HuB ku...
hahahaha~
syok bila tidur kite dlm dakapan insan tersayang.
auwwww~

Feb 17, 2012

Review: Blogger Baru Fillintheblank:Kehidupan

 
Pemilik Blog (Newbie): Alyn Rosly

Jom follow blog beliau.
n kenal2 dengan beliau.
She's new in blogging world.
Harap bloggers lain yg 'senior otai' leh bantu n beri tunjuk ajarAlyn
dlm memantapkan lagi dunia blog
She's sweet n nice girl
rajin menulis blog...hehehe~
pst: Belanja akak makan taw Lyn...

Tazkirah Jumaat: 17 Feb 2012

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)”. –Al-Baqarah (2) : 120

Feb 16, 2012

Comellllllllllllllllllllll sgtttttttt................

eh2! kemain suka ko dok dlm plastik tu ekk...

Merah Menyala oh Semangat Membara~

Haaah... Gadis2 n 'Gadis' Dulang yg cunnnnnn~ hahaha!!
Gadis2 dan jejaka2 di meja urusetia, barisan hadapan.... org penting ni...heeee~
Ni la kembar2 saya ....hahaha~ betulkan ada iras saya, yg kawan-kawan   teka tadi tu   , muka2 dua org ini la, hehehehehe







Jawapannya.... drrrrrrrummmmm!!!

Mana ada saya dalam itu gambar..hehehhee...(tak cam lagik..hahaha)
Saya kan gadis dulang..
harus la dok di pentas
eh! belakang pentas
belakang tabir
saya bersama gadis2 dulang yg lain,
aisk! mane gambar ni...

nant kalo de gambar Gadis dulang, saya UP sini okey...

ST: Ada Tak Nampak Saya???

Kejadian ini berlaku pada 13hb Feb, Isnin lepas...
Just bgtau Me, Ada @ Tak je...
heeeee~
luar Ballroom, Marriott, Putrajaya...
Inilah kawan-kawan opis saya
barisan urusetia yg berkaliber, 
heeeee...

Selamat hari KHAMIS Dearest Bloggers~

Feb 15, 2012

Feb 12, 2012

Di Opis hari ini~

Hai alls~
Saya baru sampai opis
Ada kerja
kerja apa?
kerja update blog le
kikikiki...

Sebenarnya sebentar lagi
akan ke Marriot Hotel, Putrajaya...
ada reherseal ptg ni
saya jadi gadis dulang
dok atas pentas (auwww~ malunya, mesti ramai tgk...hehe~)
gadis tuuuuu~ hahaha~~~
esok pagi Majlis sebenar
Menteri turun tau
ade wartawan
kameraman
fotographer
harap muka masuk tv
hahahaha~
Majlis apa?
Majlis Kecemerlangan Sukan IPT 2011
esok, 13hb Februari 2012
jam 10.30 -1.00 ptg.

Feb 10, 2012

Tazkirah Jumaat : Syukur Jgn Kufur

 jumpa kat Facebook

Buat renungan kite bersama..............

Feb 9, 2012

Sebutir Beras Ibarat Setitik Peluh Petani

 Petani yg berjaya : eMMe

Petani yg berjaya : Ain

ST: Bersama Retis Yuuuu~

Tarikh: 5 Feb 2012 (Ahad)
Tempat: Booth UUM, di Stadium DarulAman, Alor Star, Kedah
Masa: Antara 9.00-6.00 ptg

Semalam Me dah puas berjalan dengan kawan lama Me, Ain (last kami jumpe 2007- kami satu tempat kerja di Putrajaya) sampai la dia bertukar ke Alor Star, Kedah, Alhamdulillah, jodoh tu ada kami pun bertemu, bg Me, Ain seorang kawan yang baik..kalo 'dengaQ' dia cakap loghat Utara... mmg besttt.. tergelak Me, yea la, 'piau' punyeee, heeeee~ pst: Jgn Marah Ain, Sayangggg.... Ain...

Haaa~ ni dia Zehra, belakang tu Didi AF, kowang ingat tak Zehra Zambri Gadis Melayu musim pertama, tak ingat? biar Me je yg ingat kan, haaaa~
Ni Me nak tunjuk retis yg Me jumpa, Zehra Zambri, Diddy AF dan Neves - Pretty Ugly, tapi Me amik gambar dgn Zehra je, coz Me minat dia dan lagu dia yg paling Me suka Malam Yang Ganjil, kowang try le dengarQ, kowang tak suka kotttt....

hahahahaha~ k,bai!

Feb 8, 2012

WW: Dari Padi Hasilnya Beras, Dari Beras Jadilah NASI





ni suku je.
ada lagi
banyak sgt nak di tempek
cukup la stakat ni dulu
kang saya soal tanya nama-nama padi
lom tentu kamu boleh jawap
betul tak?
heeeee~
Tempat: Muzium Padi, Alor Star
Tarikh: 4 Februari 2012 (Sabtu)
Jam: sebelum 6 petang

pst: terima kasih Norain Ahmad kerana meluangkan masa bersama dan membawa kawanmu ini berjalan-jalan bg mengelakkan rasa bosan menemani mr HuB yg bertugas di Stadium Darulaman... aku?cari kawan utk temani ku jalan-jalan...nih la hasilnya dari jalan-jalan tersebut...heeeee~

WW: Senyum itu Penawar Duka

Peeja (sepupu) , Hanis (anak sedara) memangku Sarrah Damia, (anak Buahku) Radhiah (Sepupu), Mak saya, Ita (Sepupu)

Feb 4, 2012

CONTEST : DUIT vs MIMPI by YUI & EZA

Penganjur Contest: Nurul Yui dan Eza Boom Boom

SYARAT - SYARAT

1) Buat entry dengan tajuk " CONTEST : DUIT vs MIMPI by YUI & EZA"

2) Letak banner dan linkkan entry ini

3) Teka jumlah duit dalam gambar diberikan JAWAPAN: RM126.91 sahaja kotttt~

4) Bagitahu impian anda tak lebih 25 patah perkataan 
impian selalunya seperti mimpi kan ^__^
Kak eMMe impikan untuk bertemu dengan Nurul Yui dan Eza Boom Boom coz dowang adalah antara Bloggers yg terbaik, unik, cute, gediks akak rasakan la, hahahahaa....
5) Merupakan blogger yang beralamat di Malaysia 
 memudahkan proses pengeposan kalo Kak eMMe menang pos je ke >> Putrajaya, Malaysia

6) Dah siap teka dan beritahu impian, hantar link entry anda di komen entry ini

Feb 3, 2012

Tazkirah Jumaat: STOP Minum Berdiri

Mengapa Rasulullah SAW melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK..

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung


Jom ke Kedah/Perlis~

Entry ini adalah berkaitan KLIK! di SINI!

Cari booth kami >>Gambar di atas ni masa Zon 1 di Kuantan, Pahang


Zon 3 - Kedah /Perlis
Tarikh: 4-5 Februari 2012 (Sabtu & Ahad)
Tempat: Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah

Hai Bloggers Kedah/Perlis, jom jumpe Retis eMMe
hahahahahhahahaahahah~

Feb 2, 2012

Bahagianya Mereka....

The Pitt and Jolie Family...




Comel.
Bahagia.
Lengkap Hidup mereka
saya pun mau seperti mereka.
Bahagia.
Indah.
Anak-anak penyeri hidup kan...