Followers

Aug 30, 2010

Salam Merdeka - 1 Malaysia Menjana Transformasi




Semangat nye bila ramai-ramai nyanyi lagu Patriotik Jalur Gemilang pagi tadi
alaa...tak amik gambar la...huhuu...

Semangat nye bila ramai-ramai kibarkan Jalur Gemilang

Semangat nya bila seorang lelaki berdiri gagah sambil melaungkan MERDEKA! MERDEKA! 7 kali
sambil diikuti hadirin-hadiran di hadapan lobi Kem. Pengajian Tinggi E3, Kompleks E.

Semangat nya apabila Majlis Penyerahan Bendera Jalur Gemilang kepada Pegawai2 Jemputan

Semangatnya bila pelepasan pelajar-pelajar bermotor dan berbasikal sambil membawa Jalur Gemilang...

Ruginya saya tak rakam kan detik hari bersejarah itu...

Selamat Menyambut Merdeka sambutlah dgn jiwa yg MERDEKA.

dan Selamat Bercuti~

Aug 26, 2010

Sambal Tokok Sis Eye Nee



Hahahaa...dapat tau resepi terus google gambar Sambal tokok
cam teringin je nak buat..hurm...very the Simple yea sis Eye Nee, tapi tak same la dgn Sis Eye Nee buat...dianye cam menarik sgt...(siap teguk air liur kalo tgk sambal tokok dia tau...hehe)

Bahan-Bahan:
Cili Merah 1 Btg
Cili Api 5-6 Btg
Limau Nipis
Ikan Bilis
Bwg Merah Kecil
Gram+gula (sedikit)

Goreng ikan bilis..Cili Merah+cili api tu dilayukan kat dlm rice cooker masa nasik nak kering tu...

Tumbuk semua bahan...perah air asam..baru letakkan ikan bilis...tumbuk ikan bilis tak bg hancur...masih rangup gitu...dah siap..Sedia utk dihidang.

TQ Sis, ku abadikan di dalam blog ku...

The way to eat a Mangosteen......




Dapat dari Inbox Gmail saya....hehehee....ade yg dah tau n dah cuba ke?

Terengganu Permata Hati Contest


Salam Sejahtera buat sume blogger setiaku, juz straight forward je la okey, kowang pernah atau tak pernah pergi Terengganu? Suka jenjalan ke Terengganu? Me suke, tu pasal la me join Contest ni, mane tau ade rezeki, mungkin rezeki anda juga, sape tahu. Ikut saja...

Syarat-Syarat Dan Peraturan:-

* Saya dah jadi follower Terengganu Permata Hati
* Saya dah Masukkan blog Terengganu Permata Hati Ini dalam Blog List saya.
* Saya dah Letak Banner Contest ini diatas dan di'side bar' saya dan 'link'kan kepada blog ini.
* Slogannya: Saya Teringin Sangat ke Terengganu Kerana "telah terlalu lama saya tidak ke terengganu, Last Tahun ke Terengganu adalah tahun 2008, itu pun masa mula-mula saya kenal mr HuB saya, Saya berharap utk menjejakkan kaki ke Terengganu skali lagi dan menjadikan salah satu percutian yg terhebat dalam hidup saya dan itu lah impian saya bersama insan yg saya sayang".

Gambar tempat yang saya teringin atau suka di Terengganu ialah Pulau Perhentian atau Pulau Redang. Saya tidak pernah lagi ke Pulau Perhentian, tapi pada tahun 2008 saya pernah ke Pulau Bidong.


Kenangan di tepi pantai...


Pulau Bidong yang indah...

* Saya mengetahui Contest ini dari RozSyah Referrer terbanyak juga akan diberi hadiah misteri.
* Saya ingin 'Tagged' Contest nie kepada

1) Anita Fauzie
2) EKA
3) Shima
4) Anjelik
5) CINTA ITU DIA

* Akhir sekali, saya telah pun tinggalkan jejak iaitu html blog saya supaya Terengganu Permata Hati boleh menjejaki saya.

Senang dan Mudahkan Kan...Korang pe tunggu lagi, selamat berjaya!

Tarikh Tutup
31hb Ogos 2010

Aug 25, 2010

Hai Penggemar Ikan Bakar

Pernah jalan2 n makan2 di Tasik Idaman? Bangi Lama? Asyik makan kat Bandar Baru Bangi, sesekali bertukar selera kita. Harus cuba ni...ini entry patutnya dah lama UP di sini, tapi ini baru berkesempatan...

Tak susah jalan dia, tak sesat pun, jumpe bangunan MINT, Lembaga perlesanan Atom Malaysia, ini adalah kali ke-2 mE ke sini, bila tak dapur tak berasap, di sini lah tempatnya utk makan ikan bakar sampai kenyang...tak sabar kan tunggu waktu berbuka.


(nilah tempatnya...cantik, tenang, aman dan jauh dari hiruk pikuk kota...)


(dari jauh tempat makan di tengah tasik, bila jejak di situ beralun ombak tasik, bau tasek, ade yg suke kot..)


(Ini Menu untuk 5 orang makan 1 heroin (aku la tu) 4 Hero...) Macam Boleh Habis je lauk2 ni semua, hahahaa...so, hasilnya Pari Bakar ditapau skit sowang, hhahaaa..ingat kuat sgt makan yg hero2 nih, hahaha...

Friendly Blogger Award



Salam, juz wanna say Thanks to Shima atas pemberian award tersebut. Thanks once again, coz sudi memberikan anugerah yg terindah itu. hehehe..terharu rasanya. Malu la. bukan apa, cam tak layak je dpt award tu. tapi..saya terima dgn hati terbuka, bukan susah pun nak komen2 kat blog kawan2, just klik2 je, selesai sudah keje di pejabat, mengerjakan blog sajalah, nak FB jauh skali la, kalo dah kene BLOCKED! tak leh wat ape la...

Kita terus kepada soalan utama ya:(nasib baik tak banyak soalannye..suke!)

1) Nyatakan 7 makanan/minuman kegemaran anda sewaktu berbuke puasa/sahur..
Makanan Berbuka :-

1. Nasi (wajib ada)
2. Kalo tak Ikan. Ayam
3. Sayur
4. Kuih Manis n Pedas biasanya me suke Donut, ketayap, murtabak, popiah salah satu la, bukan kuat makan pun.

Waktu Sahur:-
5. Harus la Nasi (takut gigil di siang hari)
6. Susu or Holick or Milo or air masak (minum puas2)
7. Lauk semalam, panas kan saja, hahaha...save masa. hehehe...

2) Berikan kepada 5 orang @ lebih kepada rakan blogger anda.

1. Kak Juliana
2. Anita
3. EKA
4. Rozsyah
5. Cinta Itu Dia
6. Apai
7. Nak kasi lagi skali kat Shima boleh tak? hahhaaa...gurau je*

Sila amik award anda di sini yea. Check it OUT..TQ~

Aug 24, 2010

Kasih Sayang Saya Pada Mak


(licin pinggan ayah, pinggan di sebelah tu tak luak n tak sentuh lagi, rasa seronok berbuka sama mak n ayah tak hilang lagi..byk sgt lauk, tak tahu nak makan ape..hahaha...)

SEMALAM kan saya MC, risau dgn kondisi diri, pagi2 tu saya ke Klinik,
utk check darah n jumpe Dr, syukur saya tiada suspek denggi, cume kurang air
Dr saran supaya saya banyak kan minum air, cam tak bagi puasa jea...

BALIK dari klinik, saya terus call Mak, bila sakit, bila rindu, bila tringin nak makan masakan mak, baru ingat Mak, baru call Mak, hahahaa...
Tak sangka mak n ayah datang umah anak perempuan sowang dia ni...manja betul...

SEMALAM juga saya sepatutnya rehat n tido, tapi tak boleh, tak sampai hati tgk mak sowang2 kat dapur, lalu saya dtg membantu n tolong ape yg patut,

Tolong Blend Cili utk wat Rendang Ayam
Tolong kupas bawang untuk wat Sambal kerang
Tolong tumbuk Ketumbar utk wat Gulai Pindang
Tolong blend tepung + santan + gula utk wat puding roti
Tolong bancuh air stoberi + susu cair utk minuman berbuka
Tolong basuh pinggan pas makan
Tolong mcm2 TOLONG La....seronok la tak terkata...mr.HuB pun seronok kan yang...lama tak dpt suasana begini...haii....ilang penat ilang sakit berganti SUKA...

GEMBIRA saya dgn kehadiran Mak Ayah, rasa nyawa dah bercantum kembali
rasa sihat je badan
hilang demam serta merta.

RASA sonok kalo tinggal dgn mak, tak la sakit lama2 begini
manja kan...walaupun dah besar panjang...
apa buleh buat, anak mu ini RINDU dgn air tangan mak nya yg satu...
KASIH Ibu tiada tolok bandingnya...
Sayang Mak!

Kenapa Chewing Gum Kene Banned di S'pore?


Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In
Singapore .. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie...

Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand , dia makan malam dengan
Raja Siam .
Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat Raja Siam lepas
makan udang, apa orang Thailand buat dengan kulit udang?

Raja Siam jawab : Kami tak buat apa. Kami buang aje.

PM Singapore : Ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang jadik
keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand ...
Lepas tu diorang makan limau plak.

PM Singapore tanya lagi : Lepas
makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau??

Raja Siam jawab : Kami tak buat apa, kami buang aje.

PM Singapore : Ooo kat Singapore , kami recycle kulit limau jadik Jus
Limau, lepas tu kami eksport ke Thailand .
Last sekali, diorang makan chewing gum. Seperti biasa PM Singapore pun
tanya : Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan??

Raja Siam jawab : Kami tak buat apa, kami buang aje.

PM Singapore : Ooo kat Singapore , lepas makan chewing gum, kami
recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand .

Raja Siam plak tanya: Apa orang singapore buat dengan kondom selepas
digunakan??

PM Singapore jawab : Kami tak buat apa, kami buang aje.

Raja Siam : Ooo kat Thailand , lepas guna kondom, kami recycle jadik
chewing gum, lepas tu kami eksport ke Singapore .
Erk! Muka PM Singapore jadik merah padam dan sebaik saja PM Singapore
Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore , sampai
sekarang!

Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore ."

Aug 20, 2010

Status Hari Ini dari Minggu Lepas


Saya tak sihat ari ni
Bukan ari ni je
semalam lagi
bukan semalam lagi
minggu lepas lagi
dah rasa seram seram sejuk
urat2 pun sengal2 jea

Memula tu dpt selesema
rasa demam pun yea jugak
Amik la ubat demam
lupa nak amik ubat slesema skali

minggu ni dua2 ade demam dan selesema
tapi gagah kan juga dtg keje
no MC2, kalo bleh taknak jumpe Doc

YaAllah, berikan aku kesihatan dan kekuatan untuk ku...

Petang ni maybe tak masuk keje
rasa cam nak baring n tidur je

sori kenkawan, tak dpt join shoping kat PICC....
maaf juga tak dpt coment2 kat blog kawan2
situasi diri tak mengizinkan utk turut serta
doakan ku kembali ceria dan sihat sejahtera
Amin.....

Aug 19, 2010

100 people smile at Me


Salam Ramadhan buat sume yg menjengah ke blog yg tak berapa nak lawa ni.



Inilah Kak Wana Yusuf

Baru ushar blog dia semalam, dlm pencarianku mencari resepi2 baru, search punya search
terjumpa lah blog Kak Wana ni... melalui blog beliau tahulah saya, bahawa dia suke memasak untuk keluarganya. Maybe kak Wana hobinya memasak dan mencuba sesuatu resepi yg baru n lain dari yang lain. Betul ke kak? Itu cuma agakkan saya la... Kalau salah kak Wana Betulkan yea.

Yang lain-lain pun Terima Kasih
Kalian beri semangat kepada saya untuk terus berblog
Terima kasih tak terhingga
selain Doa, muga kalian baik-baik aja...

cuma harapan saya, anda sume terus mengunjungi blog saya
dan andai sudi, jadilah followers saya OK!

Salam Kasih Mesra~

Aug 17, 2010

Selamat Ulang Tahun Sayang...


Selamat Ulang Tahun Sayang...
buat dirimu yang kukasihi
hanya dirimu yang kucintai
Takdir telah menemukan kita
Untuk sehidup semati

Selamat hari Jadi Sayang
Hari Jadi Yang ke ..
Kuharap dirimu kan selalu tersenyum
ketawa
gembira
dan Bahagia
hanya itu saja yg kupinta dan harapkan
hanya itulah doaku buatmu
Agar ketenangan sentiasa dalam hidupmu

Hepi bufday to u Bie
that's only word i wish to u
and hope u always LOVE Me
really NEED YOUR LOVE~

Semoga Kasih Sayang kita berkekalan ke akhir hayat
Sayang B Selamanya...

Aug 12, 2010

TAKLEHLETAKTAJUK

Salam Rakan2 blog yg dikasihi skalian,

AGAK Lama juga saya tidak meng'update' blog ini, rindu bangat sama kalian...
hope kalian pun punya rasa yg sama seperti ku...hurm....muahahaha...

juz wanna share to u alls...ade yg penah dpt ke crite ini?ade yg belum?takpe...kita layan je okey....


1 - DON'T SLEEP WITH WATCH
Watches can emit a certain level of radioactivity. Though small, but if you wear your watch to bed for a long time, it might have adverse effects on your health.


2 - DON'T SLEEP WITH BRA
Scientists in America have discovered those that wear bras for more than 12 hours have a higher risk of getting breast cancer. So go to bed without it.


3 - DON'T SLEEP WITH PHONE
Putting the phone beside your bed or anywhere near you is not encouraged. Though some of us will use phones as alarm clocks, but please put the phone as far as possible. Scientists have proved that electrical items including mobile phone and television sets emit magnetic waves when used. These waves can cause disruptions to our nervous system. Therefore if you need to put your mo! bile phone near you, switch it off first.


4 - DON'T SLEEP WITH MAKE UP
People who sleep with make up might have skin problems in the long run. Sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in breathing and problem in perspiring. You will also need a much longer time to go into deep sleep.



Lastly.....


5 - DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE / HUSBAND
You may never wake up again. : )

Petang Semalam an.......


JAM dah dkat kul 5.00 ptg, biasa Me sebelum pulang, solat Asar dulu kat opis,
gi arr solat...abis solat, rasa cam nak baring kejap, SEKEJAP je tau...
baring, mata pun pejam....kroh..kroh...Sedar-sedar je mr.HuB kejut kan, dia ckp, puas dia kejutkan aku, ketuk dinding surau lelakila, sampai la ketuk pintu surau perempuanla, last2 dia buka terus pintu surau perempuan, takot2 jugak la dia nak buka pintu surau tu, mane la tau, kot2 ade org lain sembahyang...ha ko! terbungkang aku...sedar dah pukul 5.40 ptg, amik ko, tidur mati! pengsan sekejap~ penat badan wei seharian puasa...haha~*pening je bila bangun mcm nak tumbang, bangun secara mengejut kan...tak elok tu...

Aug 11, 2010

Jom Solat Tarawikh~


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul 'Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

Aug 9, 2010

Menanti Kehadiran RAMADHAN AL ~ MUBARAK


ALHAMDULILLAH~ Jika kita dipanjangkan umur, kita akan menemui Ramadhan lagi iaitu pada hari Rabu ini 11 Ogos 2010. Sempena Ramadhan yang akan menjelang ini, saya dan famili ingin meminta maaf zahir dan batin jika ada entri-entri di blog ini yang pernah menyinggung perasaan anda. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan2 blog dan mengenali saya.

Marilah kita sama-sama berazam/bertekad untuk meningkatkan amalan kita pada bulan Ramadhan tahun 2010 ini, semoga semakin bertambah baik dari Ramadhan kita pada tahun-tahun lepas. Mungkin ini adalah Ramadhan terakhir kita..

Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (solat Tarawih, tadarus Al Quran dll)


Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu 5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8 ) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan : – Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. – juga doa pada sepertiga malam.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan (Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Perasaan tidak sabar untuk menanti Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8 ) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu 12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV dan melayari internet yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri di siang hari
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat awal waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah
47) Solat Witir

(artikel ini saya dapat dari emel yg dihantar oleh seorang rakan...mohon keizinan utk tempek di blog saya...maaf andai ada salah silap)

Aku Bz Ari NiH~ BuZZ!!


AWAS ya kamu sume!
blog2 yg ada dlm list aku
akan diterjah
dan dikomen!
hahahaa...
takde entry menarik hari ni
SO, harus lah aku terjah blog kowang
dan bersediah


AKU DATANG BUAT KOMEN2 PANASS!!!BOOM kan blog kowang!!!!

Itulah yg ku BZ kan ari ini...my duty today!!bos takde!!!
yeayyy~
hahahahaa....yahooo...~

Aug 7, 2010

Aku dan Lirik Lagu Ini~Besttt...

Hye! Me kat opis ari ni...huhu..teman my mrHuB ade keje..byk tau keje dia...huhuu...
Me pun banyak keje okeyy...keje ngadap belog, hahaha...
sambil dgr lagu ini...


Adakah mungkin ikan… Lemas di air
Adakah mungkin orang… Lemas dek udara
Segala yang terlampau, membawa bahaya
Serupa jua cinta… pun membunuh

Telah kulihat, kuamat, kukenali sangat
Cinta berubah… dan evolusinya
Dari asmara jadi rumah tangga
Seperti mama dan papa

Chorus:
Mama jangan lupa Papa sangat sayang Mama
Walau terlalu lama Papa bersama Mama
Papa jangan lupa Mama sangat sayang Papa
Walau selalu Mama marah marahkan Papa
…Mama sayangi Papa

Mungkin terlalu manis… Menjadi racun
Mungkin terlalu pahit… Pun menjadi kacau
Hidup perlukan drama, barulah berwarna
Kembalikan yang suam… balik hangat

Telah kulihat, kuamat, kukenali sangat
Cinta berubah… dan evolusinya
Dari asmara jadi rumah tangga
Seperti mama dan papa

Mama jangan lupa Papa sangat sayang Mama
Walau terlalu lama Papa bersama Mama
Papa jangan lupa Mama sangat sayang Papa
Walau selalu Mama marah marahkan Papa

Seringkali alam kenyataan… Pelik dari alam khayalan
Seringkali mudah tak hiraukan… Dari mencapai sebuah pengertian

p.s.: kowang tau kan ni lagu Ning Baizura, sape ade lagu dia, pls 4ward kat Me...hihi

Aug 6, 2010

Mau Citer Pasal SEMALAM~

SEMALAM...pas keje, byk tempat aku pegi, byr kereta la, teman mrHuB gi byr kereta kat AMBank Alamanda la, masuk Carefour la, gi Dinner Taman Warisan la..rasa mcm byk sgt makan SEMALAM, yg SEMALAM punya pun tak 'keluar' lagi...hai...masalah betul!

SEMALAM...dengan Satenye, dengan Nasi Goreng Kampung nye, sampai umah lak, dgn Pulasannya, dengan Duriannye, haii..musim buah la katakan, sonok kenyang perot suka hati...

SEMALAM...kalo dihitung dari hari ini, lagi 5 hari je kita akan berpuasa di Bulan Ramadhan...harus lah makan mcm2 kan...

SEMALAM... tak jadi lak nak beli beras kat Carefour

Maybe, HARI INI kot dapat selesai kan ape yg difikirkan dlm kepala ni.

~Sekian~

Aug 5, 2010

Problem satu jadi dua?~


TADI...aku ke Putrajaya utk selesaikan masalah Blackberry (BB) bos aku dgn Pegawai IT, kononnya nak minta tolong pegawai tu kot2 la boleh check BB dia...belum pun selesai masalah, dah tambah masalah, PASSWORD BB tak lepas masuk, sampai 5 kali cuba tak lepas2, call lak CELCOM, suh dtg check kat booth BB dowang..sesilap, leh kembali jadi 'HP baru', katanya org CELOM lost sume dlm BB tu, uwaaa...!!! kan tambah masalah tu...kalo pakai HP canggih2 nih tak tau gune bukan ke nyusah kan diri sendiri/org lain...dah brape kali dah henset kat tgn dia problem...nasib la mood boss aku okey...ayat baikk punye kasi kat boss...ayat nak selamat diri...kowang pun tau kan...pheww~

"Anniversary Contest by MaslinaMansor"

Apa yang perlu korang buat...?

->Copy image kat atas tue dan buat tajuk seperti diatas.

Happy Anniversary



-> Uploadkan gambar korang dan pasangan korang. Yang dah kahwin, gambar isteri/suami. Yang bercouple. Girlfriend/boyfriend. Yang takdak pasangan, guna gambar parents korang... (Kalau boleh tue, yang dah kahwin dan bercouple, jangan la pertaruhkan gambar parent yer... :)



->Ceritakan pasal pasangan korang/ parent.
Mr.HuB seorang yang nakal, suke bergurau, ketawa, kenkadang masyam, ikut la mood datang bulan dia, kenkadang sweet kuat ngusik sakat...pendek kata dia ni just perfect! lucky had him as my Husband...chewah!

->Hadiah yang pernah diberi kepada pasangan. Manakala parent- tanyalah mak abah korang hadiah apa yang pernah diberi kepada pasangannya.
Asal dia Hepi, Senang Hati, Tersenyum Lebar sudah...

->Ayat paling " Jiwang Karat " korang pernah luahkan pada pasangan. Kalau mak ayah korang, korang tanyalah apa yang diluahkan pada pasangannya. (Ayat "I LOVE YOU " tak dikira, dah biasa sangat)
B, walaupun kite sering gado2 manje, marah2 sayang, mE akan sentiasa menyintai B sampai bila2..

->Aku nak bagi hadiah kat hubby, cadangkan 3 hadiah apa yang sesuai...( Jangan murah sangat )
1) Kemeja utk ke Pejabat yg branded!
2) Sport Rim Kereta...wah!
3) Ajak Candle Lite Dinner di Hotel (maybe..)

->Tinggalkan URL entry korang disini

Tempohnya...?

Bermula 16 Julai 2010 - 9 Ogos 2010.

Masih belum terlambat untuk kowang join Contest by Maslina Mansor ni...hadiah menarik menanti anda, saya dah join contest ni anda pula bagaimana??cepat2, jgn ketinggalan!

Aug 4, 2010

Hadiah Untuk Pengantin Lama~


TERKEJUT aku dengan hadiah kawen yg dikirimkan oleh seorang sahabat lama ku, mmg aku tau dia mahu kirimkan hadiah kawen ku yg sepatotnya disampaikan pada majlis kawen ku, tapi setelah hampir setahun baru aku terima hadiah dia, nama dia Miza, skrg dia stay kat Seremban, atas sebab masalah kesihatan, beliau tidak dpt hadir majlis aku, lantas hadiah dikirimkan, mungkin itulah cara dia untuk menggantikan ketidakhadiran dia pada waktu itu...Terima kasih sahabat ku Miza! Sayang sgt persahabatan ini harapnya berkekalan.

Makan Malam Free yang sedap!


WELCOMING DINNER WITH CHANCELLOR, UKM, HOTEL EQUATORIAL BANGI, DYMM YG DIPERTUAN BESAR NEG SEMBILAN, TUANKU MUHRIZ
Venue: Equatorial Hotel, Bangi
Date: 2nd August 2010 (Monday)
Code Dress: Batik
Anjuran: Pusat Sukan, UKM

Aug 2, 2010

Putrajaya -> Sentul -> Melaka wif LoVe~

SALAM all my love blogger fwen,

hope sume Okey, sihat2 belaka hendaknya...
mE tak mo citer panjang2
Juz wanna share my prog last weekend...check it out!wekewekeweke (bunyik piring hitam)

Berhampiran dan tidak jauh dengan Pantai Puteri tersergamlah Eye On Malaysia yg terbengkalai tak tau bile akan beroperasi...
mr Hub,abg ngah (berkaca mata..machoo...hihi)
tak lupa juga pasangan yg masih hunnybunnymoon...

Lagi pix yg menarik narik:

Gambar Dinner Ikan bakar di Crystal Bay dan Pantai Puteri bley tengok org ramai main layang2 kat situ...syok utk lepak dari yg couple hingga la keluarga...

Since aku kawen, aku tak penah gi umah abg ipar aku nih...nilah 1st time mr HuB ade masa nak bwk aku gi jalan2...hahahha...tq k.ngah n anak2nya coz mengalu2kan kedatangan kami...
muahs!