Followers
Aug 9, 2010
Menanti Kehadiran RAMADHAN AL ~ MUBARAK
ALHAMDULILLAH~ Jika kita dipanjangkan umur, kita akan menemui Ramadhan lagi iaitu pada hari Rabu ini 11 Ogos 2010. Sempena Ramadhan yang akan menjelang ini, saya dan famili ingin meminta maaf zahir dan batin jika ada entri-entri di blog ini yang pernah menyinggung perasaan anda. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan2 blog dan mengenali saya.
Marilah kita sama-sama berazam/bertekad untuk meningkatkan amalan kita pada bulan Ramadhan tahun 2010 ini, semoga semakin bertambah baik dari Ramadhan kita pada tahun-tahun lepas. Mungkin ini adalah Ramadhan terakhir kita..
Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (solat Tarawih, tadarus Al Quran dll)
Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu 5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8 ) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan : – Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. – juga doa pada sepertiga malam.
Amalan-amalan di bulan Ramadhan (Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Perasaan tidak sabar untuk menanti Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8 ) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu 12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV dan melayari internet yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri di siang hari
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat awal waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah
47) Solat Witir
(artikel ini saya dapat dari emel yg dihantar oleh seorang rakan...mohon keizinan utk tempek di blog saya...maaf andai ada salah silap)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 princes N princess Yg Sweet:
SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT RAMADHAN KAK EMI!!!!!!!!!!!!
Selamat Menyambut Puasa untuk Emmi, Ujang,Family dan rakan2 dlm bloglist Emmi! ;)
thanks, sya...selamat juga utk sya n famili yea...
kak jue, selamat menyambut Ramadhan juga buat kak jue n famili...
SElaMaT BeRpOse KaK aMy N AzWaN..
Klu MasaK BerBuKe SeDap2, JgN lUpa AnTaR uMh CkEt
CiAn Kat BaBy DlM PerUt Nie he3
selamat berposer laling :) semoga kita semua akan lebih diberkati ramadhan kali ini :)
sweet mom, InsyaAllah, kalo dpt kite berbuka same2 lagi senang....
Mrs Nageb, selamat berpuasa juga...InsyaAllah, kita pasti dpt keberkatan dariNya..Aminnn....
kak emme syg, selamat menyambut bulan ramadhan. kalo kak emmi nk mkn sorok2, ajak lyn taw. lyn nk join. ngeee~~♥♥
hahahha....kalo 'time' kite samee, lehla makan sowok2 lyn...ngeh2!
selamat menyambut ramadhan bersama suami tercinta..
bestkan puasa ada org teman :)
faten, Terima kasih puan...yea, tahun ni kite same2 berpuasa bersama dgn teman hidup kan...Insyallah...
Selamat Berpuasa...Semoga Puasa Kali Ini Penuh Keberkatan Dan Ketakwaan...
Thank you Sis Eye Nee...Insyaallah n Mudah2an...Amin.............
emme:
selamat berpuasa jugak wak...
*bercumbu x bleh... kiss pipi bley kn? he3
hehehe...Iena, thanks n hepi Ramadhan to u again! kiss cepat! hahahah...
Salam Me..nk jugak interframe..hehe
Selamat menjalankan ibadah puasa bersama Mr. Hub & family tercinta. Hope we can present our fast & "amalan" this Ramadan with our heart & soul..insyallah.
Regards,
~Kak Nainy~
thanks for ur interframe sis nainy,
Salam Ramadhan buat sis n famili jugak, semoga amalan kita diberkati Allah, Insya Allah...laf u kak nainy...
salam ramadhan emmi..;D
SALAM RAMADHAN AIDA n MIDI~
selamat berpuasa mE
puasa jgn ponteng tau..hehehhe
mrs. Apai: salam Ramadhan buat mu jua...
Gyena: ops..boleh ke tak ponteng ek?huhu...
Post a Comment
tq 4ur comments~