Followers

Jun 29, 2012

Tazkirah Jumaat 9 Syaaban

Moga Kita tidak berada dalam golongan golongan ini.. Jauhkan lah.. dekatkanlah diri kite dengan Allah swt

Sayang kalian semua...
Sayang menyayangilah... 
antara satu sama lain... 
Begitu juga Allah SWT menyayangi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu disayangi...

Jun 28, 2012

Jualan Gudang Produk Bayi dan Kanak Kanak My Dear


website: My Dear

pst: nak tanye ni kalo beli barang baby sikit2 boleh ke? ke tunggu dulu dah dekat2 nak bersalin? Apa komen n pendapat anda? hehehee........

Jun 27, 2012

Perihal Kehidupan (Saya Copy bulat2)

Assalamualaikum wrh. wbt.

Mohon keizinan untuk menggunakan sesawang ini bagi tujuan perkongsian ilmu. Semoga Allah membuka hati-hati kita supaya dapat menerimanya
dengan hati yang terbuka. InsyaAllah.

Fikir-fikirkan lah.....


Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
 
•Ada 3 Hal yg dpt menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam
 
•Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
 1. Harapan
 2. Keikhlasan
 3. Kejujuran
 
•Ada 3 Hal yg paling berharga :
 1. Kasih Sayang
 2. Cinta
 3. Kebaikan
 
•Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
 1. Kekayaan
 2. Kejayaan
 3. Mimpi
 
•Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
 1. Komitmen
 2. Ketulusan
 3. Kerja keras
 
•Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
 1. Tekad
 2. Kemahuan
 3. Fokus
 
•Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
 1. Rezeki
 2. Umur
 3. Jodoh
 
 TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
 1. Tua
 2. Sakit
 3. Kematian.
 
Ya  اللّه , sahabatku yg membaca ini adalah sahabat yg soleh & solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang..maka sayangilah dia serta kasihilah dia..bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya..murahkan rezekinya.. sihatkan tubuh badannya..jika dia melangkah, selamatkanlah dia..permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..
 
        آمِيّنْ..آمِيّنْ..آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ Kirimlah kpd sahabat ² yg kamu SAYANGI..
 
                   ​​اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ hidupmu juga akan bahagia kerana mereka juga mendoakanmu..amin..

Sumber: ada kawan anta kat emel gmail saya, hihihi...terima kasih kawan! 

Jun 26, 2012

Hari ini 3 cerita dalam 1~

Betul kan kata kata atas tu?

apa lah ertinya...
takkan kemana pun nak bangga2 n bermegah2...
sekarang kita bangga
esok2 lom tentu kite leh bangga
sebab kekurangan dan kelebihan tu
hak sementara
dunia hanya pinjaman...

Hari Jadi hari ini.
Puan Aida  dan adik ipar saya Cik Adawiyah
Dengan ucapan
Semoga dikurniakan umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati.


 Alhamdulillah.
Jam 8.00 pagi tadi
ada monthly check up kat Hospital...
setakat ini masuk 17 minggu pregnant
tiada masalah...
Syukur kepada Allah swt

Jun 25, 2012

Berita Menarik Hari ini~

Wanita dibelasah pengemis selepas beri sedekah 


Niat baik seorang wanita yang menderma 50 sen kepada lelaki bertongkat yang menyamar sebagai peminta sedekah bertukar tragedi apabila dia dijerut leher dan ditumbuk di muka sehingga pengsan. Bukan sahaja itu, telefon bimbit dan wang tunainya turut disamun pengemis terbabit. Kejadian berlaku kira kira jam 12.30 tengah malam berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Hang Tuah.

p/s : Alert kepada orang ramai, jangan cepat percaya kepada pengemis yang berkeliaran. Banyak yang menyamar. Sehinggakan ada yang lebih kaya dari kita sebenarnya. Terutamanya pengemis warga asing.


pst: isk2... macam macam berlaku skrg ni, nak bagi sedekah pun boleh kene belasah... huhu.. nak sedekah pun kene berhati2 skrg ni... huhuuhuu...

Jun 22, 2012

Jun 21, 2012

Dapat Parcel dan Model Maternity Dress hahahaha!

Salam.
Seronok dpt parcel semalam.
Dari JB. Jauh.
Syukur. Selamat sampai di tangan.

Terima kasih kat Kak Nina aka Cik CiM seorang blogger yg baru saya kenali. Tapi mesra dan friendly nya
mengalahkan dah kenal lama, hehehe... Tengs once again Sis!

Smalam, sebelum tido dah setel keje semua.. baru la boleh buka kotak misteri eh! bukan.parcel yg Kak Nina kirim kan, (kebetulan Mr HuB takde...kih kihkih!) dan ada beberapa gambar yg sempat dirakamkan utk share dgn kakak2 adik2 bloggers semua..heheheh..

Jgn gelak tau! senyum.... je kay!

Besar gak kotak dia.. nasib la ringan je!
Ambil sisi menegak plak hihihi!

 Jeng! jeng! jeng!

 Taa Daaa...!!!

 wat self timer, ala..mata sebelah tak nampok!!
hahahahaha!!! belasah je la, malas dah nak tangkap manyak2 kali...

 Baju ke Dua..

 Baju ketiga...

Baju keempat...fuh!!! Model tak profesional, gitu la, main sarung je tudung pakai keje semalam, hahahaha!

ada jugak Kak Nina akak Cik CiM kirimkan suar jeans maternity, tapi tak muatttt.... badan saya terlalu gebu... sayangnyeee lah tak pat pakai jeans, huhuuhuh....

Sekian,

pst: Alhamdulillah... masih ada insan yg benar2 ikhlas dalam persahabatan, walaupun hanya di alam maya
sangat menghargai... Syukur bertemu dgn insan yg kite tak kenal secara berdepan, tapi sudah cukup utk harapkan perhubungan ini kekal ke akhir hayat sehingga anak cucu cicit. 
InsyaAllah...

Terima kasih.. kalian begitu berharga buat Me...
tanpa kalian, blog ini pasti sepi...
Love u All A Lot!
Muacks~

Jun 19, 2012

Share lebih baik...

Sumber gambar: Blog Semalaysia
Kisah Benar dr seorang sahabat:

"Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Setelah beredar dari rumah pada jam 8.30 malam, tiba-tiba stereng terasa ringan untuk membelok ke surau berhampiran memandangkan azan Isya' sedang berkumandang. "Alang-alang dah azan baik aku singgah kejap."

Setelah selesai Isya' saya terus memecut ke kedai yang terletak agak jauh dari kawasan perumahan saya. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"

"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

"Besok saya call" kata saya.

"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012"
Sumber: Facebook kawan saya

Kisah Sedih Beli Popia semalam~

Semalam adalah hari puasa saya yg ke 5.. Alhamdulillah...
Semalam saya sibuk BW blog kawan2 saya... singgah la jugak blog
Zana Adieyza beliau ade citer pasal popia sedap kat UNITEN dari minggu2 lepas lagik
sehingga la minggu ini ade komentors cite lagi pasal popia...tu yg buatkan saya teringin sangat
untuk mencuba merasa n menikmati... terus saya call Zana Adieyz tanya kat mane popia UNITEN sedap tu...
perasaan saya sgt excited, tak sabar nak belinya.. serta merta saya remind Mr HuB pasal popia tersebut..

Sesampainya kami berdua di tempat Kakak jual popia tu.. pelanggan dah ramai... beransur ansur pelanggan datang dan pergi bersama popai masing2,
tinggallah saya berdiri di depan meja Kakak Popia Sedap tu...
Datang lagi pelanggan lain...dapat dulu popia
Lama saya terpacak depan Kakak tu..dia wat tak nampak pun
Tanya saya pun tidak...
datang lagi pelanggan... dowang dulu gak dpt...
Mr HuB dah 2 -3 lalu.. saya still tak dpt popia saya...
(muka saya dah berubah..) bengang pun ada gak!!
Kakak tu tak pandang saya pun..
Lama saya di situ..
Last skali saya bagi duit RM2 kat Mr HuB buat bayar popia
Saya terus blah dari situ...(bengang giler)
Hati saya dah mula menangis...

Tak lama lepas tu terus saya melintas jalan utk ke kereta...
Masuk je kereta
saya terus........
Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa (menangis) semahu2 saya...
Ya Allah! saya betul2 terasa dgn kakak popia tu
sedih kenapa dia buat kat pelanggan dia yg buyung ni camtu
tau la dia dah ramai pelanggan tetap
kenapa saya dilayan begitu

Maaf la, saya dah rasa popia kakak
tak sedap! Indah kabar dari rupa...
Saya tahu kakak tak ikhlas bagi popia tu kat saya...
Mr HuB pun ckp.. kakak tu cam taknak bagi popia tu kat Mr HuB...
dia cam nak bg kat pelanggan lain yg dtg kemudian... nape wat cam tu Kak!!!??!!
Kenapaaaaa!!!?!?!?!

Sedih teramat sgt semalam.... takkan lupe sampai bile2
saya takkan pegi beli kat kakak popia tu lagik... 


 pinjam popia Zana Adieyza hehehehhe~

Jun 18, 2012

Prosedur Ujian MGTT (Meal Glucose Tolerance Test) @ minum air gula~

       Ujian MGTT adalah untuk mengenalpasti samada anda mengidap penyakit kencing manis semasa hamil.Kebiasaannya ujian ini dilakukan pada wanita yang berisiko tinggi.Ia boleh dilakukan walaupun pada trimester pertama.

Prosedur Am:
 
1.    Anda perlu berpuasa sekurang-kurangnya 10 jam sebelum darah diambil. Hanya air kosong dibenarkan minum sepanjang tempoh tersebut.
     
       Contoh : Darah akan diambil pada hari Jumaat pagi,maka anda perlu berpuasa pada malam hari Khamis bermula  pukul 10 malam sehinggalah berjumpa dengan doktor pada keesokan hari.

2.     Datang ke Klinik untuk mengambil darah dan selepas itu anda akan dibekalkan dengan air glukosa.

3.   Anda perlu menunggu selama dua jam berikutnya  untuk mengambil darah semula.  . Hanya air kosong dibenarkan minum sepanjang tempoh tersebut.

4.    Selepas darah diambil, barulah anda dibenarkan makan seperti biasa.
 
 
pst: 15 Jun 2012 (Jumaat lepas) Alhamdulillah resut ujian MGTT saya normal 4.4!!! Syukur.... erkkk!!!??? ade minum2 lagik ke pas ni, hahahaha.. redah je laa... yg tak sanggup tu cucuk 2 kali tu... grrrr~  Ada org tanya awalnye wat ujian MGTT

Jun 15, 2012

Siap Sedia la ~

(Entry autopublish)
masa ni saya dah brada di Klinik
pagi pagi kene bersedia minum air gula...
Tah ape la rasa agaknya..
manis ke?
tawar ke?
harap2 saya leh tempuh saat ini dengan tenang

"Ya Allah padamu aku memohon pertolongan, agar dimudahkan urusan ku ini..."

"Selamatkan aku dan bayi bayiku...."


Jun 14, 2012

Citer pasal Check UP semalam~

Salam...
Selesema masih bersisa, takde tanda tanda kurang...
tu yg harus dicatat oleh misi dlm buku merah
urin test okey~
tekanan darah (HB) okey~ 11.5g/dL tapi misi suh jaga jaga jgn bawah 11.0g/dL
Misi tu ade cite pasal Hemoglobin, ape tu hemoglobin?

HEMOGLOBIN ialah molekul protein yang terdapat di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa gas oksigen (O2) daripada organ paru-paru ke seluruh tubuh manusia dan kembali semula ke paru-paru dengan membawa gas karbon dioksida (CO2) setelah diambil daripada semua jaringan tubuh manusia.

Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL
 
jaga jaga camner?
jaga makan, makanan yg seimbang
makan kerang, daging, hati n makan banyak sayur sayuran hijau
makan lah buah2an masam seperti limau, belimbing besi
tak pun buat la air limau ke
Misi tu siap perli "durian brani lak makan''
hahahahahhaa~

Misi ade buat ultrasound semalam...
confirm dengar dua degupan jantung (tak termasuk jantung ibunya yg berdegup kencang...)

Alhamdulillah..........Misi pun sonok, dia bilang tula kali pertama dia check org yg twin pregnancy, hehehe (suka lak saya dgr...)

pst: Esok (Jumaat bersama 15 Jun) saya kene Puasa, Misi suh dtg dia nak jamu minuman air gula

gulp!!!!

Mudah mudahan esok berjalan dengan lancar bersama keputusan yg baik... InsyaAllah...

Jun 13, 2012

Saya dan Selsema Durian ke?!

Serius tak tau
Serius lupa
Serius tak sedar

hahahaha...

Sekarang Me diserang selesema
bibir Me merah merekah sebab panas
Semalam lak puasa
lagi la panas

Petang tu balik kerja terus masak utk berbuka
mmg gagahkan juga la..

minta2 jgn la demam...
kesian baby2

gara gara Me makan durian 2 ulas je
sedapnya... mmg teringin sgt
mmg ngidam sgt

 Bersin.Selsema.Bersin lagik!sotsetsotsetsottt~

mana tahan tengok jea...

Jun 12, 2012

Thx Mama Gee @ Kak Gee

Assalamualaikum semua kakak2 adik2 bloggers semua
Me dah kembali bertugas
Alhamdulillah... rasa sihat sgt ari ini
Syukur
semua bloggers yg Me sayangi sihat ke?
harap begitu juga la yea!

Juz wanna say a very very big thanks to Mama Gee
atas pemberian sourvenier yg sgt2 comel..
n sgt2 Me hargainya... suka sgt2!! hope one day kite leh jumpe
InsyaALLAH...
pst: Bagi tau la Me kalo ade kakak2 n adik2 bloggers nak bagi sourvenier lagik, kikikikikiki!!!

Jun 11, 2012

Isnin saya cuti

cuti yeay!
cuti blog juga yeay!
ala! sehari jerk!
alaa.. drop je komen kalian
nnt saya balas BW yea!
TQ daun keladi
pasti kita jumpe lagi
lebiu~


Sumber gambar: Abgteror.com

Jun 10, 2012

Baby baby ... kenapa comel sgt ni...

Assalam semua... selamat hari Sabtu.. watpe tu.. tgk baby comel2 nak, heeee~

entry ini adalah Auto publish, Me bercuti berhari minggu bersama keluarga mertua di kg...





Anda boleh baca Petua Nak Dapat Anak Comel Dan Putih Serta Mudah Bersalin kat blog Kak Wana...

Sumber: TQ kak WanaYusuf

Jun 9, 2012

Semalam Tengahari Itu...

Semalam Jumaat (8 Jun 2012). Me telah mengajak BFF teman makan kat SR yg baru dibuka di Galeria PjH di Presint 4... Idam je eMMe ni... selagi tak dpt, dok tagih je la,hihihihi~ layan je la slagi leh layan...

kasi lentok skit, sebab tergoda dgn Spagetti Meatball
my BFF order Nasi Goreng Thai dan Chicken Grill Blackpepper
tadi add Chicken Lasagna
(euww..ayam...loya la tekak! apsal Me order erk!!)

pst: betul ke tak brape bagus makan makanan fastfood ni... hurm.. camner ek kalo tekak ni nak makan makanan seumpama ini...???InsyaAllah saya leh kawal lagi..tak minta hari2 pun...

Jun 8, 2012

Cerita Semalam + Cerita Hari ini...

Semalam saya dah ahli rombongan telah melawat ke Istana Negara Lama jam 9.00 pagi tayar bas bergolek...


Akibat keterujaan saya bergambar bersama Seri Paduka Baginda Yg diPertuan Agong dan Permaisuri Agong di sini...

Pantang ada paparazi, ngeeee~

with Eja - kasi gedix skit ngeeee~

Bergambar di singgah sana - tak sah pasangan merak sejoli ni kalo tak bergambar, heeee~

Baca latarbelakang Seri Paduka Baginda

Bergambar berdua lagi... 

my officemate cam gi raya lak,hehehe~

Dindaaa...Kandaaa...Lalalallaaaa~ hehehe~

Sebelum kuar dr perkarangan istana Negara Lama pas ni tak tau bile lagi dpt jejak kaki ini

Tempat pengawal berdiri kami wat tempat kami posing, heeee~

Saya rasa gembira sebab berpeluang melawat Istana Negara lama
Tak pernah
seumur hidup inilah sekali
Kesian tak?
Kesian kan....
selalu kite naik kereta lalu depan istana je
pas ni harap dpt gi Istana Negara yg baru tu...huhuhuh...

byk lagi la yg dipamerkan...tak larat nak up2 byk2, skit2 suda
kowang tgk je muka kite orang ni sampai muntah yea, hahahaha~

pst: ada nampak perut skit kan...kan...?? Abaikan botol air biru tu ekk, hahaha... penat la jalan2...
pas tu gi Muzium plak, huhuhuuh.... 

Jun 6, 2012

Cerita Semalam, dan Cerita Hari Ini

Semalam 5 Jun 2012- Saya terpaksa Half Day...
Saya dan Mr HuB, harus melawat Abah iaitu Pak Mertua saya
yg menjalani pembedahan di Hospital Kuala Pilah
Abah sihat sebenarnya, tapi hari tu dia ada wat check up n Doc bgtau perlu jalani pembedahan untuk buang lendir (kot) yg sudah membesar sebiji bola pingpong....

Semalam juga saya dapat bersembang dgn Abah coz kakak n abg ipar saya dok cerita saya pregnant kembar, Abah tahu saya pregnant, tapi dia tak tau saya twin pregnancy, (hihihihi) Bila dowang tanya abah ade ke keturunan belah Abah or Arwah Mak yg kembar, Abah ckp ade, belah arwah Mak.... (iaitu adik bradik arwah Mak)

Saya hanya tersenyum je la... Abah sempat bgtau biar sepasang... cepat2 saya amin kan..... hehehe...

Hari ini 6 Jun 2012 - saya baru nak update jam menunjukkan hampir  pukul 4.00 ptg.. bos masih meeting, tadi busy, ni tak busy tu yg baru update blog tu..pas ni boleh BW kt blog kowang kan... hehehe...


 tgk tu cucu2 dia sume dok kerumun atas katil atoknya... Abah pun rileks je tak sakit ke Abah?

 Petunjuk di mana tempat Abah kene operated, ngilu lak saya... 

 Muka ada senyum ke tarak senyum... yg pasti saya senyum sumbing...
huihuihui...

Puasa hari Ketiga InsyaAllah.............
Saya 

Jun 5, 2012

Suka tgk baby berenang...



Kami tertarik menonton video yang berdurasi 3:11 Boleh tgk video di: SINI minit dibawah yang menunjukkan bagaimana angkasawan pertama negara Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri beliau Dr Harlina mengajar anak mereka,Sophea Isabella (Bella) teknik-teknik berenang dan menyelam

Tidak seperti di barat, di Malaysia jarang sekali kita melihat ibubapa yang meluangkan masa melakukan aktiviti sebegini.Tambahan pula mentaliti segelintir ibubapa dalam masyarakat melayu mereka menganggap aktiviti ini terlalu kejam untuk dipratikkan kepada bayi yang baru bulanan usianya
Tetapi mereka tidak sedar,kajian menunjukkan ianya memberi implikasi positif kepada bayi dari sudut tindak balas, tumpuan, kepintaran dan kecerdasan, tabiat sosial, keyakinan diri, kebebasan, serta mampu menangani situasi di luar jangkaan di masa hadapan

Sumber: En Nakal.com

Jun 4, 2012

Puasa Hari Pertama InsyaAllah...

Alhamdulillah setakat ini
dpt menunaikan ibadat puasa

Selamat berpuasa kepada yg berpuasa ganti atau sunat

tak lama je lagi nak berbuka puasa

Maghrib cepat skrg ni
masa yg sesuai utk berpuasa

mane yg lom ganti puasa, ayoh sama sama

ape Menu berbuka kalian
cuba share same skit!

Jun 1, 2012

Restoran Mohd Chan | Makanan Cina Muslim

Sumber: shakiddo dot com

 sumber: Azim Ashaary
 ( tak bawak kamera... mmg takde gambar dirakamkan malam tadi...ehehhehe)

Semalam Me dpt surprise dari en HuB Me... surprise ke? bg Me ianya satu kezutan yg susah nak berlaku
akan berlaku dirasakan 'special' baginya...hehehehe~ lagi pun Me penah ckp 'teringin' nak makan shark fin soup... akhirnya... Mr HuB bawa isterinya tercintanye di sebuah restoran makanan Cina Muslim...

"B, betul ke kite nak makan kat sini?
"Betul la...kata nak makan shark fin soup"
(senyum berbunga bunga terpancar di wajah ku)
(nak makan puas puas)
taknak makan lain
taknak nasi
nak shark fin soup je...

hehehe... (manyak tol saya makan malam tadi... nasi, ikan siakap tiga rasa.. shark fin soup lagik...)

Sedap tau..kowang suka?
kowang try la makan kat Restoran Mohd Chan, area Bangi ade satu cawangan, tempat lain pun ade
mmg banyak cawangan...

Terima kasih 'B'... (senyummm sambil menghirup shark fin soup bermangkuk mangkuk

last2 rase nak 'kuar' balik
tahan2...sayang woo kalo 'buang' kat tepi jalan, heheheheh~