Followers

Jan 15, 2015

Kuman GBS Semasa Hamil Bawa Risiko Bayi Mati??

Memang benar… jangkitan kuman GBS pada ibu hamil memang boleh membawa risiko kelahiran pramatang dan kematian bayi yang ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Anda boleh baca pengalaman seorang ibu yang merupakan pembawa kuman GBS ini di sini.

Sedih kan?
Saya pun pada mula-mulanya memang tak pernah dengar langsung tentang nama kuman ni sehinggalah seorang kawan yang saya dah anggap seperti adik sendiri menceritakan tentang masalahnya sebagai pembawa kuman GBS ini. Betapa takutnya dia untuk melahirkan anak secara normal kerana bimbang anaknya terkena jangkitan kuman ini juga. Tapi Alhamdulillah…kedua-dua ibu dan bayi selamat dengan proses kelahiran normal dan selepas pemantauan beberapa hari di hospital, anaknya disahkan bebas dari kuman GBS ini.
Jadi..

Apakah kuman GBS ini?

GBS (BUKAN Geng Bas Sekolah) adalah singkatan kepada sejenis kuman yang bernama GROUP B STREPTOCOCCUS. Sounds familiar? Ya..mungkin kerana kuman yang menyebabkan sakit tekak sehingga batuk kering juga digelar Streptococcus (atau Strep)  TETAPI yang tu ia berada dalam group atau kumpulan A.
Kuman GBS semasa hamil
Kuman GBS – Group B Streptococcus
Jadi,  Group B Streptococcus (GBS) ni ada kat mana pula? Menurut Dr. Suhaimi, GBS ni adalah jangkitan bakteria atau kuman yang boleh didapati pada 20% wanita dewasa yang sihat di kawasan Miss V (vagina) dan/atau rektum(dubur) mereka. Wanita yang telah dijangkiti kuman GBS ini boleh memindahkannya kepada bayi semasa proses kelahiran.

Bagaimana nak tahu jika saya dah terkena jangkitan kuman GBS semasa hamil?

Untuk mengesahkan sama ada ibu hamil adalah pembawa kuman GBS atau GBS positive carrier ke tak.. ibu-ibu perlulah menjalani ujian atau screening ‘swab test’ di mana sampel kultur akan diambil dari kawasan MissV dan rektum untuk mengesahkan kehadiran spesis kuman ini. Ini kerana pembawa kuman GBS ini tidak mengalami apa-apa tanda atau simptom untuk kita mengesannya dengan lebih awal.

Bagaimana seseorang boleh mendapat jangkitan kuman GBS?

Kuman GBS ini biasanya hidup di kawasan seperti usus, Miss V atau rektum. Kuman ini tidak boleh dipindahkan melalui hubungan seks dan ianya bukan penyakit kelamin. Dianggarkan 1 daripada 5 wanita boleh dijangkiti kuman ini tanpa mengetahuinya kerana tiada simptom yang dialami oleh mereka. Jadi, kita dapat lihat di sini, bahawa jangkitan juman GBS adalah lumrah pada wanita.
Tetapi, berdasarkan beberapa blog yang saya baca, salah satu tanda yang perlu anda AMBIL SERIUS, adalah jika anda mengalami heavy discharge (keputihan) semasa hamil dan kegatalan pada Miss V. Tapi, untuk mengesahkannya, ibu hamil tersebut perlulah menjalani swab test yang saya sebutkan tadi.

Bagaimana jika saya disahkan positif kuman GBS semasa hamil?

Jika semasa hamil anda disahkan GBS positif, ini bermaksud bahawa andalah seorang pembawa. Jadi, anda perlulah mengetahui dan memahami segala risiko yang MUNGKIN  bakal anda dan bayi alami dan juga rawatan yang bakal diberikan.

Apakah risiko-risiko pembawa kuman GBS?

Semasa hamil, ibu-ibu yang positif GBS perlu menghadapi risiko-risiko seperti:
  1. Kelahiran pra-matang
  2. Air ketuban pecah awal/pra-matang.
Semasa lahir, ibu yang membawa kuman GBS ini boleh memindahkan kuman tersebut kepada bayinya. Inilah yang paling ditakuti dan kerap berlaku!
Menurut Dr. Suhaimi, jangkitan kuman GBS pada bayi berlaku 1 dalam setiap 2000 kelahiran hidup.  Dianggarkan 70% bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang dijangkiti GBS akan dijangkiti kuman ini TETAPI hanya 1 % sahaja yang akan mengalami sepsis/demam. Jika bayi dijangkiti dan mengalami sepsis pada usia awal(< 4 hari), kadar mortality/kematian adalah tinggi (Dianggarkan 20%). Sebab-sebab kematian adalah kerana pneumonia,septicaemia dan meningitis. Dan bayi-bayi yang survive, 50% akan mengalami kerosakan neurologi seperti buta dan pekak.

Apakah cara-cara rawatan kepada pembawa kuman GBS?

Perkara-perkara yang perlu diketahui oleh ibu hamil adalah:
  • Walaupun kemungkinan ibu-ibu adalah pembawa GBS adalah 1 dalam 5, tetapi saringan untuk kuman GBS tidak dilakukan secara rutin semasa hamil.
  • Walaupun ibu-ibu hamil  diketahui pembawa GBS, antibiotik tidak diberikan semasa hamil kerana GBS akan kembali semula menghuni  vagina selepas habis rawatan antibiotik.
  • Olih kerana itu,rawatan antibiotik akan diberi hanya semasa bersalin.

Siapakah yang perlu diberi suntikan antibiotik semasa bersalin?

  • Ibu-ibu yang mempunyai sejarah bayi  mereka dijangkiti GBS.
  • Ibu-ibu yang GBS ditemui dalam vagina atau kencing bila ujian dilakukan.
  • Ibu-ibu yang mempunyai  factor-faktor risiko berikut:
o   Pra-matang
o   Air ketuban pecah lebih dari 18 jam
o   Demam semasa bersalin
Kesimpulannya ,pembawa kuman GBS adalah lumrah dikalangan ibu-ibu(20%) dan  risiko untuk bayi di jangkiti GBS juga tinggi(70%) tetapi hanya 1% sahaja yang betul-betul serius. Komplikasi jangkitan GBS pada bayi adalah disebabkan oleh pneumonia,sepsis dan meningitis. Jika bayi dijangkiti GBS di peringkat awal usia mereka, kadar kematian disebabkan olih infeksi  ini adalah tinggi(20%). Kalau bayi-bayi ini terselamat, 50% daripada mereka akan mengalami masalah neurologi.
Jadi, berdasarkan pembacaan saya yang bukan pakar dalam bidang ini, inilah serba sedikit yang saya dapat kongsi tentang kuman GBS ini kepada pembaca RahsiaVitaminIbu.com pada hari ini. Kalau ada tambahan info berguna atau pengalaman ibu-ibu lain yang ingin dikongsi bersama, jangan segan silu tinggalkan komen ye!
Dan peringatan untuk semua wanita, jangan ambil ringan masalah keputihan ye.. terutamanya semasa hamil. Untuk mengurangkan keputihan amalkanlah makan yogurt setiap hari ataupun makan bawang putih selalu untuk mengelakkan terkena jangkitan kuman dan bakteria kerana bawang putih memang terkenal dengan sifat antikulat dan antibiotik semulajadi. Kalau tak lalu nak makan yang raw punye banyak-banyak, sekarang ni bawang putih dalam kapsul yang mudah ditelan pun ada. Bolehlah kalau nak diambil bersama-sama vitamin semasa hamil yang lain. Mudah-mudahan kita tak terkena jangkitan kuman GBS ini!

pst: Kawan-kawan, doakan bayi yg bakal saya lahir ini sihat, selamat yea... 

11 princes N princess Yg Sweet:

Kakzakie said...

Kuman geng bas sekolah tu buat kakak gelaklah Me
Bahaya yg tak disedari GBS ni rupanya. Kakak dulu tak tahu pun..

Cik Puan Eka said...

Takut juga dengar kuman GBS ni. Sebab aritu masa start 6 bulan, kluar brown discharge sampailah nak masuk 7 bln. Walaupun kluarnya tak banyak dan bukan hari2, Jenuh jugaklah ulang alik klinik. Doc amik sample bagai tapi negatif kuman2 tu sumer. Skang ni Alhamdulillah. Dah okey dah lepas kawan yg penah kena camtu suggest makan yogurt setiap hari.

nuyui a.k.a miss YUI said...

Bahaya juga kuman ni..

Falsya said...

First time tau psl virus nie..tq sgt coz sharing..

InsyaAllah..kite doakan semoga emme n baby selamat n sihat hendaknye..amin..

Nurzakiah Hanum said...

sangat bahaya

Nur Inani said...

baru tahuu tentang kuman ni. semoga akak dan baby sihat selalu :D

Fiza Rahman said...

Husband saya bekas penghidap GBS. Alhamdulillah dah sembuh ☺

Ainil Hawa said...

hehe saya da buat high vaginal swab test dlu dan mmg ade GBS. Doc pun ckp akan bg cover both mom and baby nanti mase nk bersalin. hehe doakan saya ye. ade 3 bln lg tempoh nk due.

wahida said...

nice sharing beb...

bahaya kuman ni..harap ibu2 hamil termasuk ko selamat dari segala penyakit dan musibah hendaknya...amin...

Azizah Green Line said...

tq sharing kak..ms jijah kt hosp PD dulu ramai ibu2 lepas bsalin kena GBS ni..kena la pantau beberapa hari kat wad

QasehnyaRania said...

baru tahu
thanks sharing

Post a Comment

tq 4ur comments~