Di sini saya ingin bertanyakan satu soalan berkaitan dengan hukum mempercayai
petua orang tua-tua. Mengikut petua orang tua-tua, membunuh binatang yang
berdarah adalah tidak dibolehkan semasa isteri sedang mengandung ... takut
terkenan katanya. Bagaimana pula jika suami tersebut membunuh cicak yang
terlalu banyak di rumah dan bagaimana pula jika beliau membunuh serangga
perosak seperti semut, lalat, nyamuk dan lain-lain? ....
Jawab 1
Tidak ada apa yang sisebutkan sebagai kenan. Kepercayaan ini adalah khurafat
dan bercanggah dengan ayat-ayat alQur'an, antaranya:
1. "(Apakah mereka akan mengikut juga akan petua-petua nenek moyang
mereka), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun,
dan tidak mendapat petunjuk." alBaqarah: 170
2. "Dan pada sisi Allah jualah, anak kunci perbendaharaan segala yang
ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja." al An'am:
59
3. Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak
memberitahu perkara ghaib itu kepada sesiapa pun, kecuali kepada mana-mana
Rasul yang diredhai-Nya." alJinn: 26-27
4. "Katakanlah:"Tidak akan menimpa kami selain apa yang telah ditetapkan
Allah untuk kami..."alTaubah: 51
Tidak ada larangan menyembelih binatang, membunuh binatang yang memudharatan
manusia atau membunuh binatang dan makhluk yang merbahaya walaupun isteri
sedang mengandung. Kenan itu adalah kepercayaan orang purbakala dan animisma
yang tidak didatangkan petunjuk ke atas mereka. Islam datang dan telah
membersihkan kepercayaan khurafat tersebut. Bunuhlah lalat, nyamuk, lipas
dan cicak seperti biasa.
Rujukan:
1. Prof (alMarhum) Mutawalli Sya'arawi: asSihr wal hasadu, Akhbarul
Yaum, Cairo
2. Syaikh Atiyyah Saqr, Islam wa Musykilatul hayah, Kuwait
3. Ustaz Ismail Awang, Adat Orang-Orang Melayu yang bertentangan dengan
Aqidah Islam, Pustaka Aman Press Kelantan, 1996.
Sumber:
Al_ahkam online
pst: minta komen kalian, kalo spray lipas tak boleh ke? pukul nyamuk yg hinggap kat badan kita? kenkadang perkara tu spontan kan...bile dah tepuk, baru kita ingat yg kite ni berbadan 3...huhuhu...