Followers

May 25, 2012

Mutiara Hadis


Tuan/Puan,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TAJUK : Memudahkan

HADIS :
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Permudahkanlah dan janganlah menyukarkan, berilah khabar yang menggembirakan hati dan janganlah memberi khabar yang menyusahkan hati dan hendaklah patuh mematuhi dan janganlah berselisih faham."
(Riwayat Ahmad)

HURAIAN :
Islam memudahkan sesuatu perkara dan tidak menyulitkan manusia khususnya dalam perkara agama dan dalam melaksanakan urusan sehari-hari. Ajaran Islam itu praktis dan dapat dihayati dalam lingkungan keupayaan manusia dan tidak berlawanan dengan fitrah manusia. Dalam urusan harian, kerja yang payah akan menjadi mudah jika dibiasakan serta mempunyai kemahiran. Kerja yang sukar juga boleh dimudahkan dengan usaha inovasi, kebijaksanaan dan penggunaan teknologi.

SUMBER
1. Panduan Al-Quran dan Hadith, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2009)

14 princes N princess Yg Sweet:

nuyui a.k.a miss YUI said...

haah..toi tu ustazah emme.. =)

Miss Layaleya said...

InsyaAllah..:)

Kakzakie said...

Menggembirakan org lain pun dah dapat ganjaran...

Salmiza said...

Hehe tq sharing...

wahida said...

betul kata kakzakie tu...

munna said...

islam itu indah..... emme eloklah kalau amalkan minum susu masa preggy ni....

MulutPayau said...

thnks dik berkongsi....

-Sara- said...

nice entry n thanx 4 sharing..

BERT said...

gud sharing di hari jumaat yang mulia di bulan rejab ini... sangat bermanfaat.. tq sis :))

ainnoraini said...

terima kasih sudi berkongi benda yg baik...

azizah :) said...

betul tu sis... tq sis.

ieda said...

setujuuu sgt2, insyaallah, kalau kita selalu permudahkan urusan org, urusan kita juga dipermudahkan kan

ps : zahrien x der abang cik, dua org anak akk tuu, anak dara ekekke, dan x der petua apa2 specizl dik, cuma akk suke tgk pic bb, anak org putih, kasa tuu letak di desktop ekekke, dan akk suke sgt minum soya dan vitagen, ituuu je ;)

Zana Adieyza said...

nice sharing my dear... utk peringatan kita bersama..

qaseh johanna said...

semoga semuanya sihat2 aja..info yg terbaek.. :))

Post a Comment

tq 4ur comments~