Followers

Jun 19, 2012

Share lebih baik...

Sumber gambar: Blog Semalaysia
Kisah Benar dr seorang sahabat:

"Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Setelah beredar dari rumah pada jam 8.30 malam, tiba-tiba stereng terasa ringan untuk membelok ke surau berhampiran memandangkan azan Isya' sedang berkumandang. "Alang-alang dah azan baik aku singgah kejap."

Setelah selesai Isya' saya terus memecut ke kedai yang terletak agak jauh dari kawasan perumahan saya. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"

"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

"Besok saya call" kata saya.

"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012"
Sumber: Facebook kawan saya

18 princes N princess Yg Sweet:

Zana Adieyza said...

trma kasih sebab sudi share cerita ni.. mmg boleh dijadikan pengajaran utk kita semua agar lebih berhati2.. semoga kita semua dijauhkan dari perkara yg buruk..

Fieza Sani said...

eMMe : tq for sharing sbg peringatan pada kita2 semua..

Rosmawani♥ said...

Semoga kita dilindungi.. Tq share :)

kurus said...

fuh emme .. seram akk baca ..
sib baikk pemuda nie memecut laju dan x turun , kalau tidak .. agak2nya apa yg terjadi kan huhuh

eelobor said...

terima kasih kerana sudi berkongsi cerita ini...

Kakzakie Purvit said...

Macam-macam cara na menipu sekrang nie Me. Kakak takut bila mengenangkan kakak selalu drive sorang-sorang pergi-balik kerja..

cheqna said...

alhamdulillah..
thanks sebab share..at least kami tahu dan akan beware

My Little Diary said...

thanks for sharing this
sgt2 menakutkan...driver perempuan kena lebih hati2, elak memandu sendiri di malam hari.

Unknown said...

fuh ngeri jijah baca sis.. takutnya kalau jadi camni bila kita yg kena.. moga2 di jauhkan :)

tq share kak :)

LYAfrina said...

tkutla bla baca ni.. klo tkena kt kita.. x mustahil klo kt ikut j kta org tu... ermmm.. lps ni kna btl2 beringat n bhati-hati

onlajer said...

As salam mungkin kalau siang orang ramai berani turun juga tengok

Kyra said...

uih bahya tu..orang lani tak leh caya..sya pernah juga terkena tapi ni bukan langgar,tapi mai minta duit,then ngaku dia bukan orang jahat,time tu sya dlm keta,x nak buka tingkap,tapi sya tak kasi pon duit dekat orang tu,sbb nampk cam menipu..aleh2 sya plak kena marah sbb dia minta duit sya tak nak kasi..gilak punya olang..apapun kita kena berhati2 sekarang ni..macam2 blh terjadi

eita said...

zaman sekarang ni bukan semua orang boleh percaya..
macam auta dari betol

ankeljonni said...

terima kasih sbb share cerita ini...

RIZZNA said...

Huhh.,nasib baik. CiM tk penah d uji sbgiñi. Mnta djauhkn..so, skang kena lbh brhati2, lglaa CiM slalu drive mlm2 sorg.

sal ya said...

bahaya kan? especially kalau srg2.

wahida said...

nasib baik dia tak turun...nak kena bagitau kat hubby citer ni...


tengs for info...

SURIA AMANDA said...

Huh...kena hati2 la skrg..org nak merompak or samun or whatever skrg..mcm2 dia buat kan...

Post a Comment

tq 4ur comments~