Followers

Jan 7, 2015

Kisah Ini Seperti Kisah Saya

Entry Copy & Paste lagi...dari Facebook Dzul Iman Smart Khalifah Bandar Bukit Raja Klang
Education

( MAAFKAN MAMA SAYANG )
“Kakak!!!!!!!”. Saya menjerit kuat.
Sudah terlambat. Saya hanya mampu memandang, cermin mata saya yang bingkainya sudah patah. Segera suami mengambilnya dari tangan Aqila.
Saya menahan marah, membisikkan pada diri supaya sabar. Sedang mengawal minda agar menekan butang ‘pause’ dari melakukan sebarang tindakan tidak wajar pada anak kecil itu.
Si kecil yang masih belum faham bahawa ibunya sedang marah, meluru pada saya. Senyum dan memeluk erat kaki si ibu ini.
Di saat kondisi kewangan yang agak menghimpit ini, untuk membuat cermin mata baru, ia satu masalah besar bagi saya. Silau mata yang agak tinggi tidak memungkinkan saya memandu dalam keadaan tidak bercermin mata.
Saya diam. Suami juga diam.
Membiarkan sahaja insiden itu berlalu.
Esoknya, satu beg kertas ada di atas meja, berisi cermin mata baru.
Diam-diam suami ke bandar, buatkan cermin mata baru untuk saya. Ditanya harganya berapa, dia hanya menggeleng kepala. Perasaan saya bercampur baur. Terharu dengan tindakannya, dan serba-salah juga ada. Memikirkan duit yang dikeluarkannya untuk cermin mata saya, di saat-saat begini..
Marah pada si kakak berjaya dikawal. Tidak seperti di awal-awal kelahiran si adik dulu. Si kakak kerap menjadi ‘mangsa’ saya melampias marah.
Marah kerana dia mencubit adik dan adik menangis.
Marah kerana dia ulang alik ke dapur, buka peti sejuk dan ambil telur mentah, acapkali pecah terhempas ke lantai.
Marah kerana dia sepahkan mainannya.
Marah kerana dia meragam tak tentu pasal.
Marah kerana dia menangis di tengah-tengah malam kerana saat terjaga, saya sedang menyusukan adiknya.
Marah dilampiaskan dalam bentuk pukulan dan tengkingan. Dan acapkali dia menangis saat menerima ‘habuan’ itu.
Entah bagaimana kacau bilaunya perasaan si anak yang menjadi kakak di usia setahun setengah itu. Masih kecil, masih belum mengerti apa-apa.
Entah betapa kecewanya dia, mungkin merasakan ibu sudah tidak sayangkannya sejak si adik menjengah dunia.
Entah betapa sedihnya dia menghadapi situasi yang berlarutan beberapa minggu ketika saya menjalani tempoh berpantang.
Mengenangkan jahilnya saya ketika itu, betapa saya ini tidak pandai mengurus emosi. Si anak menjadi mangsa.
Kerana itulah, airmata si ibu ini mengalir laju saat Ustaz Rujhan berkongsi kisah ini ketika ceramah beliau di kolej 2 minggu yang lalu. Kisah yang diceritakan oleh seorang ibu, perihal anaknya yang terlalu nakal.
Rumah yang sudah cantik dikemas oleh si ibu disepahkannya. Berulang kali, meskipun sudah dimarahi.
Si ibu ini sudah hilang sabar. Suatu hari, ditariknya telinga si anak bila dia menyepahkan rumah. Diajarnya pada si anak, agar setiap kali ibu menarik telinganya kerana kenakalannya, si anak perlu berkata: “Ibu, maafkan abang”.
Suatu hari, saat ibu sibuk memasak di dapur, si anak seperti biasa membuat sepah di ruang tamu yang telah dihias rapi oleh ibunya.
Ibu meradang. Si anak ketakutan dan lari ke luar rumah.
“Dummmm!!!”. Kedengaran bunyi sesuatu di luar rumah.
Sudah terlambat, saat si ibu meluru keluar, anaknya sudah terbaring di atas jalanraya. Darah merah memenuhi jalan.
Si ibu memangku si anak yang sudah nazak.
Dengan bibir terketar-ketar..si anak menuturkan kata-kata yang cukup mengusik hati si ibu:
” Ibu…maafkan abang.”. Si anak minta maaf kepada ibu kerana telah menyepahkan rumah tadi. Dan itulah ungkapan terakhir anak buat si ibu….
Saya mengesat airmata yang berlinangan. Mengenang saat saya memarahi anak.
Menyalahkan diri sendiri. Sukarkah memberi maaf pada anak? Kita juga pernah kecil seperti mereka. Bersabarlah wahai ibu! Maafkan mereka..
Hargailah saat mereka ada di depan mata. Kerana kita tidak tahu, sampai bila ianya akan begitu. Saat ia hilang, ia tentu satu perasaan yang sangat sukar untuk ditafsirkan.
Nakal anak tangani dengan hikmah.
Marah hanya membuatkan mereka keras hati. Berdoalah untuk mereka, kerana doa seorang ibu, sangat mustajab buat anaknya.
Anak-anak itu adalah rezeki. Hadirnya mereka bersama ujian, cabaran buat mematangkan ibu bapa. Sabar itu harus dipupuk sentiasa. Gerun saya memikirkan, anak-anak andai sentiasa dimaki, diherdik, ditengking ibu bapa sendiri yang tidak pandai mengurus emosi, bagaimana emosinya di saat membesar? Akan jadi pendendamkah anak-anak itu nanti?

pst: ketika saya mengandung, ketika saya penat, ketika saya beremosi, anak - anak la tempat saya lepaskan segala rasa marah... Ya Allah! Ampunkan dosaku..kau berikanlah kekuatan , keimanan, kesabaran dlm aku membesarkan mereka... 

9 princes N princess Yg Sweet:

SSulieana said...

sabar ye emme...dugaan ibu mengandung

Fiza Rahman said...

Emme...masuk habuk dah mataku. Samalah kita. Kekadang dah marah baru menyesal. Pada hal dorang nak kan perhatian sebenarnya. Seharian kat nursery kat. Dengan kita hanya beberapa jam jer. Tu lah masa dorang nak manja². Kena muhasabah diri selalu.

nuyui a.k.a miss YUI said...

Semua ni dugaan n cbrn... moga dpt dikawal kak.

Inani Hazwani said...

kadang kadang kita kena kawal emosi sendiri kak. bila kita marah syaitan akan mengapi apika lagi kita. nnai pun tak lalui lagi benda macam ni jadi tak dapat lah nak cakap lebih lebih. heheh. :D

Kakzakie Purvit said...

Bagus kalau Me dah baca ini moga dapat kawal emosi itu.
Kadang itu semua adalah ujian sebenarnya.
Harap twins tak jadi mangsa - kakak sayang mereka tau..

Ana Jingga said...

ketika awal perkahwinan dahulu kak ana pun sering kali sebegitu eMMe, namun lama kelamaan Alhamdulillah semakin belajar mengawal emosi, semoga eMme terus dipermudahkan sepanjang tempuh kehamilan ni..:)

Mar Mansor said...

sedih baca..tulah kan kadang2 marah sebab dah terlalu penat..saya yang baru anak sorang tu pun ada masanya marah dia betul2..

mayangbakingmadness said...

yer akak pun begitu juga tapi setiap hari kita belajar.. terus terang belajar dari kesilapan dan berusaha untuk tidak mengulangi lagi.. belajar mengawal emosi .. apabila ank semakin besar semakin pandai menilai ... semakin kita akan berusaha mengawal.. kekdg berasa sedih sendiri bila teringat apa yg kita wat kat anak kita ....

Suria Amanda said...

sedih baca..SA dulu macam tu..sgt2 beremosi...nak2 di awal perceraian..tp bila SA fikir semula...x ada gunanya melampiaskan marah atau menjadi baran....so sejak dari tu SA cuba kawal perasaan...sampai la SA jatuh sakit..koma...family berkorban jaga SA, anak terbiar tanpa kasih sayang SA...bila dah sedar...SA jadi seorang yg baru di lahirkan...lebih penyayang dan lebih memberi tumpuan pada anak dan family....alhamdulillah

Post a Comment

tq 4ur comments~