Peranan Suami Ketika Isteri Berpantang
1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Keluar dari kebiasaan. Jangan pula mengharap isteri kejut baru terhegeh-hegeh bangun. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri.
2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda. Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula. Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar. Pasti isteri anda rasa amat dihargai.
3. Cubalah belajar untuk mandikan bayi anda walaupun bayi anda masih lembut badannya. Kalau anda tiada kemahiran mandikan bayi ataupun tidak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.
4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diselesaikan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.
5. Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran dengan isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan isteri merasa bosan).
6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton TV.
7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tidak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.
8. Sungguhpun anda letih, jangan ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.
9. Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.
pst: Alangkah best dan indahnye, jika dpt duduk berpantang dengan suami, hhehehe... bukan la nak ckp berpantang dgn mak tak best, kite nak juga tgk kesungguhan dia bila kita dlm keadaan berpantang ni, dpt tgk dengan mata sendiri... uruskan anak2 yg lain... :P
11 princes N princess Yg Sweet:
great sharing
mmg suami kena jaga isteri betul2....
lagipun itu kewajipan..
alhamdulillah abg akak byk membantu walau tak kesemua di atas..
ahahaha
eh tertulis akak ke tadi??
ikikiki mesti kes tadi baca kat blog lain...ter akak plak
suami sangat mainkan peranan masa isteri bersalin. :D
Masa kakak dulu memang MIL kakak dgn bibik yg banyak buat. Cuma bila bersalin anak ke dua dan tiga, anak yg besar dia uruskan. Abang memang tak pandai urus baby. Tukar pampers aje dia tahu. Pakaikan kakak bengkung, pilis, param tu dia pandailah... Masak hihi... jgn haraplah Me, abang beli bahan mentah aje dia tahu Me. Semua yg masak memang bibik atau MIL kakak.
alhamdulillah...laki aku sangat membantu sepanjang aku berpantang...malah dia sanggup sambung cuti nak tolong aku...
tu yg rasa nak beranak ramai2 lagi tu...hahaha...
harap2 kekal lah perangai dia gitu hendaknya...
bersama-sama menyemai kasih sayang agar kebahagiaan kekal di selamanya :)
panduan yg bagus.
kena send ni dekat suami hehehe. tq share sis
Betul tu. Peranan suami jugak penting masa isteri dlm pantang.
Nice sharing... item 3 dan 7 tuh dah memang menjadi routine... so, no problem la...
Post a Comment
tq 4ur comments~