copy paste dari http://soleh.net/2014/03/16/petua-mudah-bersalin/
hope dapat membantu mama-mama yang lain juga...
1. Amalkan Bacaan surah Maryam
Surah ini sesuai diamalkan dengan tujuan supaya mudah bersalin, semasa sampai dekat ayat sujud tilawah tu, mmg saya akan sujud. Setiap kali dalam sujud, saya akan berdua supaya dipermudahkan bersalin
2. Khatam Al-Quran Sepanjang Hamil
Sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan, saya akan pastikan saya khatam Al-Quran sekali, tidak perlu terlalu memilih surah, baca kesemua pun lebih baik lagi, pahala pun lebih, mudah-mudahan dipermudahkan oleh Nya.
3. Selalu Bersenam
Nak bersenam sendiri tak pandai, ikut video kat Youtube sebagai panduan,
VIDEO SENAMAN IBU HAMIL
Nanti cari la kat youtube
4. Jaga Pemakanan
saya tidak sesekali makan makanan yang ada MSG, makanan ringan, organ dalaman, termasuk hati dan paru-paru, walaupun di luar kehamilan, ada pendapat yang mengatakan hati baik utk ibu hami, tapi bagi saya tidak, boleh ruju kajian tentang pertembungan sains dengan agama, ada penerangan terperinci
5. Amalan Doa & Selusuh
Saya amalkan doa mudah bersalin, apabila kandungan sudah masuk 7 bulan, samping amalkan minum minyak selusuh dan sapu dperut dari atas ke bawah, bertujuan memudahkan bayi meluncur keluar. kata orang-orang tua, paling baik minyak selusuh itu suami yg buatkan. tapi aya dapatkan minyak selusuh moden dari minyak kelapa dara keluaran Tropika
6. Kerap Bersama Suami
Kerap bersama suami (bersetubuh) pada saat akhir menanti kelahiran.. ikut petua orang-orang terdahulu, selusuh yang paling original.
7. Elakan Terlalu Berehat
Saya selalu duduk itik masa buat kerja-kerja rumah, kemas mainan anak-anak, juga banyakan berjalan semasa minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran
8. Pemakanan Sunnah
Amalkan kurma, kismis, madu dan habbatus sauda sepanjang kehamilan, dipercayai dpt elak bayi jaundice, selain mudahkan proses bersalin
9. Berendam Sebelum ke Hospital
berendam air suam, untuk mempercepatkan proses bersalin, tak semestinya perlu ada bathtub, kolam renang kanak-kanak pun sudah memadai.
10. Pastikan Tenaga Mencukupi
Saya akan pastikan tenaga saya mencukupi seblum masuk labour room, saya makan secukupnya bagi elakkan letih dan lapar sewaktu bersalin.
11.Posisi Bebas, Ikut Fitrrah
semasa dalam kotraksi, saya berposisi mengikut apa yang sara suka, tidak semestinya berbaring terlentang sepanjang masa.
Percayalah tiada yang lebih indah selain saat seorang ibu melahirkan anak dengan penuh ketenangan.
12. Jangan meneran (Straining)
Sewaktu saya terasa sakit masa kontraksi, saya tidak meneran.
Saya sentiasa kawal diri untuk tarik nafas dan hembus perlahan-lahan secara konsisten
Meneran bermaksud menekan atau memberi tekanan kepada otot-otot tertentu seperti dubur dan faraj.
Meneran otot faraj untuk bersalin boleh disamakan sepertimeneran otot dubur untuk membuang air besar. Menerang otot dubur yang kuat dan berlebihan akan mengakibatkan buasir.
13. Jangan Menongkat Kaki
JANGAN SESEKALI menongkat kaki. Bermaksud ibu mengangkat punggung (dalam posisi baring) menggunakan kekuatan otot kaki dengan berpijak di atas katil. Menongkat kaki membuatkan otot tegang, yang kemungkinan besar akan mengakibatkan koyak teruk pada faraj ketika anak sedang keluar. Oleh itu sentiasa longgarkan otot, berikan pergerakan semulajadi terhadap proses kelahiran.
Itu saja 13 petua mudah bersalin yang saya amalkan sepanjang tempoh kehamilan sehingga bersalin.
Pengalaman Habiah binti Abd Kadir aka Soleh.net
pst: Sentiasa berdoa, dan berharap, urusan saya nanti dipermudahkan. Ya Allah! Permudahkanlah urusan ku bersalin...Amiin...
16 princes N princess Yg Sweet:
great sharing
thanks for the tips
Sharing utk ibu2 ngandung..
Good tips babe. Amalkan selalu berjalan masa nak due date tu. Iolls tawaf KLCC, JJ wangsa maju. Esok pagi dah bersalin ☺
semoga dipermudahkan urusan akak melahirkan baby nanti :D
terima kasih share infi,, amat bermanafaat untuk ibu yang bakal melahirkan anak dan ilmu pengetahuan untuk ibu yang nak menambah anak,,
^______^
Moga dipermudahkan urusan bersalin nanti ye emme..
banyak yang diatas pernah kak ana amalkan semasa kehamilan dulu, ada yang petua dari arwah opah kak ana seorang bidan kampung,In Shaa Allah dipermudahkanNya buat eMMe :)
semoga dipermudahkan segalanyerkan...
mohon pertolongannyer selalu...
Thanka sharing kak. Teringin nk mgandung lg
Rasanya akak dah tutup kilang kot, hi3
Moga ia boleh dijadikan panduan oleh bakal2 ibu..
nice sharing..ada antaranya yang IbuNoey buat masa nak bersalinkan anak kedua.so far,memang berkesan la dengan bantuan Allah jugak..
gud sharing..rujukan bg ibu2 bakal bersalin..
*-*
huhu anak 2nd saya tertongkat kaki..lama kena jahit!
Post a Comment
tq 4ur comments~