Followers

May 14, 2012

Membunuh binatang ketika isteri hamil


Di sini saya ingin bertanyakan satu soalan berkaitan dengan hukum mempercayai petua orang tua-tua. Mengikut petua orang tua-tua, membunuh binatang yang berdarah adalah tidak dibolehkan semasa isteri sedang mengandung ... takut terkenan katanya. Bagaimana pula jika suami tersebut membunuh cicak yang terlalu banyak di rumah dan bagaimana pula jika beliau membunuh serangga perosak seperti semut, lalat, nyamuk dan lain-lain? ....


Jawab 1
Tidak ada apa yang sisebutkan sebagai kenan. Kepercayaan ini adalah khurafat dan bercanggah dengan ayat-ayat alQur'an, antaranya:

1. "(Apakah mereka akan mengikut juga akan petua-petua nenek moyang mereka), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun, dan tidak mendapat petunjuk." alBaqarah: 170

2. "Dan pada sisi Allah jualah, anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja." al An'am: 59

3. Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib itu kepada sesiapa pun, kecuali kepada mana-mana Rasul yang diredhai-Nya." alJinn: 26-27

4. "Katakanlah:"Tidak akan menimpa kami selain apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami..."alTaubah: 51
Tidak ada larangan menyembelih binatang, membunuh binatang yang memudharatan manusia atau membunuh binatang dan makhluk yang merbahaya walaupun isteri sedang mengandung. Kenan itu adalah kepercayaan orang purbakala dan animisma
yang tidak didatangkan petunjuk ke atas mereka. Islam datang dan telah membersihkan kepercayaan khurafat tersebut. Bunuhlah lalat, nyamuk, lipas dan cicak seperti biasa.

Rujukan:
1. Prof (alMarhum) Mutawalli Sya'arawi: asSihr wal hasadu, Akhbarul Yaum, Cairo
2. Syaikh Atiyyah Saqr, Islam wa Musykilatul hayah, Kuwait
3. Ustaz Ismail Awang, Adat Orang-Orang Melayu yang bertentangan dengan Aqidah Islam, Pustaka Aman Press Kelantan, 1996.

Sumber:
Al_ahkam online

pst: minta komen kalian, kalo spray lipas tak boleh ke? pukul nyamuk yg hinggap kat badan kita? kenkadang perkara tu spontan kan...bile dah tepuk, baru kita ingat yg kite ni berbadan 3...huhuhu...

25 princes N princess Yg Sweet:

cheqna said...

berbadan 3???me ngandung kembar ke???

eMMe said...

@cheqna InsyaAllah cheqna, tgk post lame, de gambar scan Me... heeeee~

nuyui a.k.a miss YUI said...

xtaula nak kata cmne kak..hihi.

Eye_nee said...

Dulu pun akk takut juga tau..kemudian arwah mak mertua akk ckp..tiada apa2 seperti itu dlam Al-Quran....kenan2 ni semua kata2 manusia..cumanya jgn lah pulak kita ni sampai sanggup nak membunuh binatang hanya kerana nak menunjuk-nunjukan yg kita tidak percaya semua kata2 org tua2 dahulu....sehingga jatuh pula sifat menzalimi binatang2 itu pula...Allah kan maha mengetahui sis....KUN FA YA KUN....tidak tercapai akal kita atas setiap apa yg dikehendakiNya...berhati2 tiada salahnya.....

Kakzakie Purvit said...

Kalau emme nak tahu hubby kakak tukang sembelih Qurban/Aqiqah... so masa kakak mengandung dia tetap jalankan tugasnya syukur tak adalah pulak yg tak baik terjadi...

Kita berlindung dari Allah dan yg penting amalan semasa mengandung terutama membaca al-quran kalau boleh perbanyakkan dan pilih suroh terpilih...

eMMe said...

Terima kasih Kak Eye Nee n Kak Zakie... atas komen2 yg membina ini... InsyaAllah kite hanya memohon perlindungan Allah swt...

Camy Alya said...

berbadan tiga? kembar? tahniah kak :)

BERT said...

laki saya slalu bunuh cicak.. lipas dan epnyengat yang cukup bnyak kat umah ni.. setahu saya kak.. kalau haiwan perosak kita boleh bunuh.. tapi kalau bunuh binatang dengan zalim tu yang salah... kenan atau tidak tu kebetulan je kot.. ehhe

kurus said...

kalau binatang besar tuu ada org dulu2 cakap x elok .. sbb kalau bunuh mati terus boleh , tapi yg jenis mati terketik2 nie org tua2 cakap x elok ..
kalau nyamuk dan lipas bukan dlm senarai .. ekek kalau lah nyamuk dan lipas x leh .. alamatnyee banyak lahh bintat2 kat bdn wanita ngandung , tahannn ke huhuh ;))

Rose said...

aku xtau sgt benda2 camni..tapi itu semua pantang larang/adat yg ada certain boleh di ikut dan ada yang xboleh...

Unknown said...

aku pun xpercaya sangat menda ni....tp aku xbuat semua tu kecuali bunuh nyamuk...


setahu aku, apa yang dimaksudkan oleh orang tua-tua adalah takut kita terbunuh Jin yang menyerupai binatang. Dan takut Jin balas dendam.

eMMe said...

Oke Jedi, terima kasih...tu yg nak tau tu...

eMMe said...

KaK Ieda, aa'ah...mane tahan! sakit mata tgk dok merayap2 dlm umah, hahaha.. tengs kak!

Roz, aa'ah...tu aku nak tau tu... takot kan..org kata kene jaga perbuatan time mengandung ni... berhati2 je la...

Salmiza said...

jgn caya sgt... cuma beringat aje bila melakukan sesuatu..:)

Syazni Shamsir said...

emme..

memula saya xnk percaya jugak....tp bila kwn bersalin kena operation,sedikit sebyk ade betulnya..lbh2 lagi kalau suami tu gi mancing then lubang bilik air pon xleh tutup...

a'way...hati2 ye,lagi pulak awak ngandung kembar ni,kena extra care

eMMe said...

Salmiza & Syazni, tengs comment kalian, yea la kene beringat kan kalo nak buat pape, jgn buruk sgt perangai tu, hahahaha!

MulutPayau said...

akak tak percaya pada semua ni...tapi sntiasa beringat...
Akak pernah terkena masa mngdung anak sulung, akak benci sangat pada kucing.....tapi tklah sampai aniaya bntang trsebut...anak sulung akak mmng kena 'kenan kucing'..Alhmdulillah, setelah beriktiar, ia hilang dgn sndiri...Semua tu kuasa Allah...

Unknown said...

x tau nak ckp mcm mana kak...mgkin secara kebetulan. apa pon yg terjadi sume kuasa Allah.

Mama Gee said...

seeloknyaa dielakkan..
tp kalau tak mampu nk elak..Allah itu lebih mengetahui...doakan yg baik2 saje...

eMMe said...

tengs kak MP, Shima, Kak Gee, InsyaAllah..doa pada Allah swt moga2 sihat2 baby2 dlm kandungan...

Izzatul Azma said...

Rasanya yang dimaksudkan mungkin mcm berburu ke apa kot. Kan? mcm memancing tu kee

Anonymous said...

tahniah la akak dapat kmbar comel2..sya pun mcm tu la jgak kak..tak caya sgt psal sume tu..akak ipar sye kta knn..klau ngandung tak bleh ejek2 owg..nnti anak jdi camtu jgak..anak die skrg kcil n mta die besar..tpi comel jgak laa..maaflah xde id .. name sye Leha..hehe.semekom!
!

Anonymous said...

akak brtuah la dpat anak kmbar..

Anonymous said...

klau bunuh tebuan mase isteri ngandung boleh terkena gak ke?

Unknown said...

Setiap apa yg kita bt berbliklh pda allah.sy pn hmil jgk.beringt tu ttp ad tp sntiasa istighfr doa y xpnh puts dlm hti.xpnh pkir bnda xelk..

Post a Comment

tq 4ur comments~