Followers

Dec 1, 2010

Bersabar Dalam Berdoa


Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”

(Muslim)

Huraian:

Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya.

Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya.

Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui.

Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya.

Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah.

Antara isi doa baginda ialah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya.

Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


pst: Dalam kita mengimpi dan menginginkan sesuatu, kita harus la berdoa dan sentiasa ingat pada Allah, hanya Dia yg maha mendengar dan maha mengetahui apa yg baik utk kita...Oleh itu, bersabar dan berdoalah kita walaupun kite sudah memilik sesuatu yg org lain tak miliki, tapi jgn leka n alpa dgn ape yg kita ada...malah, BERSYUKUR lah...dan INSAFI lah...

RUANGAN AGAMA di Tengahari buat renungan kita bersama.

14 princes N princess Yg Sweet:

mummysyafie said...

tak pernah lupa untuk berdoa setiap hari, walaupun saya tak tahu sama ada doa saya tu termakbul atau tidak..

My Little Diary said...

salam,
dah dekat nak lunch...makan aper arini? :)
jika Allah swt tidak makbulkan doa kita, bermakna DIa merancang sesuatu yg lebih baik buat kita...percayalah..

cheqna said...

Cheqna setuju =)

Eye_nee said...

Berdoa kerja Kita...Memakbulkan bukan urusan kita...

Unknown said...

berdoa dan bertawakallah :)

Ena said...

Terus Berusaha, Berdoa dan bertawakkal kan emme.. ;D

Ayuraza said...

TUHAN dah siap sedia dengan rencananya..jika doa lmbat dimakbulkan..bukan beerti DIA lupa..tapi mungkin rencananya lebih besar dan baik bagi yang mengetahui :P

shahrilhakime said...

Kekadang kite terlupe......
bile doa kite tak dimakbulkan dalam mase terdekat ...kite maghah pade Allah....tapi kite lupe beghape banyak nekmat Dia yang kite dah ambik....tapi kite tak bersyukor????tak berteghime kasih pade DIA???

said...

suker ayat nih

Dalam kita mengimpi dan menginginkan sesuatu, kita harus la berdoa dan sentiasa ingat pada Allah, hanya Dia yg maha mendengar dan maha mengetahui apa yg baik utk kita...Oleh itu, bersabar dan berdoalah kita walaupun kite sudah memilik sesuatu yg org lain tak miliki, tapi jgn leka n alpa dgn ape yg kita ada...malah, BERSYUKUR lah...dan INSAFI lah...

al-lavendari said...

Satu tazkirah yang perlu diambil ingatan oleh semua terutamanya kepada mereka yang cepat atau sudah berputus asa.

eMMe said...

thx to all my bloggers frends,
mummyshafie,
rima,
cheqna,
Sis Eye Nee,
Lydzar,
Ena,
Ayuraza,
D08,
Yanie
Hj Uncle...

itula mood mE dikala tgh ari tadi...
tah nape tah
tetibe rasa cam tu...
ternyata kowang sume faham perasaan mE
Doakan yg terbaik utk mE, hanya Tuhan saja tempat kumengadu...hanya DIAlah yg berhak di atas hambanya..kita sebagai hambanya, tunduk dan patuh pada kehendakNya...

Lina Rahim said...

hm..menyedarkan diriku yang terleka..Allah dah rencanakan yang paling terbaik untuk kita..tapi itulah, kita selalu membandingkan diri kita dengan orang lain, sedangkan keperluan kita setiap manusia adalah berlainan..saya berdoa semoga Tuhan mengampuni dosa saya..

eMMe said...

Lina~ Amin...moga Allah swt mengampuni dosa2 hamba2nya....

SINGALAUTMETRO said...

elok gak ruangan agama tengah hari sebab syaitan banyak kat tengah hari..

Post a Comment

tq 4ur comments~